CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2320|Reply: 1

[Tempatan] Wanita disambar buaya ketika mandi di jeti. #2, Mayat wanita dibaham buaya diju

[Copy link]
Post time 2-4-2021 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 3-4-2021 01:59 PM

Wanita disambar buaya ketika mandi di jeti

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... etika-mandi-di-jeti

Disiarkan pada: April 2, 2021 @ 4:51pm

Erika George

USAHA pencarian mangsa oleh penduduk rumah panjang di kawasan hulu Sungai Peking Tinjar, iaitu lokasi terakhir buaya ganas itu dilihat membawa tubuh mangsa sebelum tenggelam semula.  FOTO Tular

Miri: Seorang wanita hilang selepas disambar buaya ketika mandi di jeti hadapan Rumah Panjang Mathis Depa di Sungai Peking, Tinjar di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, beberapa saksi mendakwa ternampak mangsa yang dikenali sebagai Runyan Tempan, 38, disambar reptilia berkenaan sebelum diheret ke tengah sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Terry Robson Nyanggau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa tiga jam perjalanan dari Bandaraya Miri itu.

"Maklumat awal yang kita terima mangsa disambar ketika mandi di jeti di hadapan rumah panjang yang didiaminya.

"Penduduk turut melakukan gerakan awal mencari mangsa menggunakan perahu panjang ke hulu sungai," katanya.

Menurut Terry, usaha pencarian mangsa pada hari pertama akan dijalankan sebaik sahaja sampai di rumah panjang berkenaan.

"Pasukan bomba akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum memulakan usaha pencarian berdasarkan maklumat daripada saksi dan penduduk setempat," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2021 09:58 PM | Show all posts
Mayat wanita dibaham buaya dijumpai

https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... ham-buaya-dijumpai/

Oleh ALICIA JOHNY KUEH
3 April 2021, 2:52 pm


Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

MIRI – Mayat seorang wanita yang dipercayai dibaham buaya di sungai berdekatan rumah panjang Mathis Depa, Sungai Peking, Tinjar, Bakong di sini, telah dijumpai hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dengan anggaran jarak lebih kurang 100 meter dari jeti rumah panjang terbabit sekitar pukul 10.30 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan anggota badan masih lengkap dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu laporan hari ini.

Difahamkan mangsa yang dikenalpasti sebagai Runyan Tempan, 38, sedang mandi bersama anaknya di sungai berkenaan tengahari semalam.

Semasa anak mangsa naik ke darat untuk mengambil baldi, penduduk kampung yang berada di sekitar kawasan tersebut telah melihat seekor buaya tiba-tiba membaham mangsa.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Luang Ganggang telah dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengahari.

Perjalanan pihak bomba ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira tiga jam dengan jarak sejauh 141 kilometer. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048807 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list