CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3808|Reply: 1

Tidak Beradab! Apa Nak Buat Dengan Gangguan Jiran Dari Neraka?

[Copy link]
Post time 22-3-2021 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by natrahn at 4-5-2021 03:51 PM





Manusia ni macam-macam perangai, selalunya orang Malaysia ni memang cukup bertolak ansur, tapi ada juga situasi perangai mereka yang melampau sangat!


Kalau dapat jiran yang memahami adalah satu rezeki. Tapi, tak semua merasa ada jiran yang baik.


Jadi, apa perangai jiran yang kita boleh anggap sebagai gangguan? Jom tengok!




1) Jenis pengotor


Kredit Foto - Harian Metro



Paling menyakitkan hati bila jiran yang suka buang sampah merata-rata. Sekali dua berlaku boleh tahan lagi, kalau setiap hari, memang menyusahkan!




2) Suka buat bising


Kredit Foto - abcdadecoracao.com



Boleh berdarah telinga kalau setiap hari jiran duk pasang muzik kuat-kuat. Lagi-lagi masa kenduri, bukan main syok dia karaoke tanpa mempedulikan situasi orang sekeliling.


Malah, ada juga jenis yang suka ubah suai rumah pada waktu yang tidak sesuai.




3) Parking kenderaan sesuka hati


Kredit foto - Siakap Keli Blogger




Sudahlah penat balik dari kerja, nak masuk rumah/parking tak boleh pula. Ada kereta jiran yang dah park dulu depan rumah kita.




4) Ada haiwan peliharaan tapi tak reti jaga


Kredit Foto - Verst



Memang tak sampai hati tengok haiwan peliharaan milik jiran yang tak dibela sebaiknya. Makan tak bagi, kurung pula dalam sangkar. Bila tak berkurung, najis merata-rata pula.




5) Pasang CCTV yang menghala ke rumah jiran


Kredit Foto - TV Malaysia Facebook




Hak privasi jiran sudah dicabuli. Rasa macam gerak-geri kita sentiasa diperhati sampai terpaksa tutup semua tingkap dan langsir walaupun hari siang.




Apa yang kita boleh buat?


Jika anda terbelenggu dalam masalah ini nampaknya anda boleh lakukan langkah berikut.




1) Berbincang dengan baik


Sebelum mengambil tindakan undang-undang, apa kata kalau anda cuba untuk bincangkan perkara ini dengan mereka terlebih dahulu. Cuba bersemuka dulu dengan jiran anda. Luahkan ketidakselesaan anda pada mereka dan ajak berbincang.




2) Buat aduan kepada pihak berkuasa


Bagi kes jiran yang bising atau menggangu ketenteraman, anda boleh memfailkan laporan polis di balai polis terdekat (PDRM) atau hubungi mereka untuk membuat aduan. Bergantung juga pada jenis perumahan. Sebenarnya, anda boleh buat aduan pada beberapa badan berkuasa tertentu.


Seperti dipetik dari PropertyGuru, bagi yang duduk di hartanah berstrata seperti kondominium atau pangsapuri tu, anda boleh mengadu pada kepadaBadan Pengurusan Bersama (JMB). Ia boleh dibuat sebab penduduknya terikat dengan undang-undang dan peraturan bersama seperti yang ada dalamAkta Pengurusan Strata 2013.


Namun, jika tiada sebarang tindakan oleh JMB, anda boleh rujuk Pesuruhjaya Bangunan (COB).


Bagi yang tinggal di rumah bertanah, anda boleh mengadu pada pihak berkuasa tempatan. Contohnya, Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).




3) Bawa ke mahkamah


Kredit Foto - PropertyGuru




Ini cara terakhir yang anda boleh pilih. Memang banyak prosedur perlu dibuat tapi sekiranya anda mempunyai dokumen dan bukti yang kukuh, semuanya akan jadi mudah. Biar mahkamah yang sabitkan kesalahkan mereka tu.




Memang tak dapat dinafikan hidup berjiran ni benda yang tak boleh elak. Jadi, jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
apa nak buat? maki kan jer! viralkan jah macam dibah aa buat! cakap elok2 tak nak dengar kan? ko tunggu jah laharan makian dari netizen semalaya baru ko tahu sape lagi neraka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:51 PM GMT+8 , Processed in 1.971307 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list