[Tempatan]
Kes bunuh Nik Khatijah Nik Mud mati dijerut: UPDATE #771, #774, #775, [VIDEO] Rakan sekerja didakwa bunuh Nik Khatijah
[Copy link]
Author: EJALTI
From the mobile phone
Show all posts
Read mode
|
Edited by EJALTI at 19-3-2021 07:15 AM
Mangsa bunuh disahkan Pengurus Jabatan Advokasi Ikram
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... atan-advokasi-ikram
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 7:17 PM
Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui dalam keadaan leher dijerut di Taman Bangi, hari ini, ialah Nik Khatijah Nik Mud.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan perkara itu menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro sebentar tadi.
Terdahulu dalam satu kenyataan media, polis memaklumkan mayat warga tempatan dijumpai dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah di Taman Bangi.
Ia hasil maklumat seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai mayat dipercayai seorang wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.
Sementara itu, Pertubuhan Ikram Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang juga Pengurus Jabatan Advokasi badan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Hari ini Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menerima berita duka pemergian seorang kakitangannya, Almarhumah Nik Khatijah Nik Mud yang meninggal dunia di rumahnya.
"Takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah, warga kerja Ibu Pejabat Ikram dan ahli-ahli Ikram Kajang, semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas pemergian ini," katanya dalam kenyataan itu.
Allahyarhamah, 32, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.
"Allahyarhamah seorang yang amat komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
"Dengan segala khidmat baktinya untuk dakwah melalui Ikram, moga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya dan digolongkan dalam kalangan mukminin, amilin dan solihin serta dikurniakan syurga-Nya, amin," katanya dalam kenyataan itu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
moga arwah diampunkan dosa nya oleh Allah Taala.....main jerut jerut segala.... |
|
|
|
|
|
misteri sgt cmna kereta dia jumpa jauh dari rumah .mcm org larikan je. n kawan yg post dia hilang ni ada mention dh pesan kt dia ni jgn mudah percaya org n ada bg pepper spray. kena stalk ke?ya Allah mcm mcm kes ye skrg |
|
|
|
|
|
Orang kena bunuh dah mula ni.. ada masalah apa si pembunuh ni eh? Dendam? Cemburu? Marah? |
|
|
|
|
|
kesiannya...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ada keadilan untuknya |
|
|
|
|
|
nia_salina replied at 8-3-2021 08:31 PM
misteri sgt cmna kereta dia jumpa jauh dari rumah .mcm org larikan je. n kawan yg post dia hilang ni ...
Sekarang ni hati2 la..... |
|
|
|
|
|
Misteri betul kes ni.. Innalillah utk arwah |
|
|
|
|
|
Semalam ke kelmarin kawan dia kecoh duk cari dia kat group bandar baru bangi.
Sebab jumpa keta je kat econsave jln reko tu adoii menakutkanlaa dahla tak jauh belaka dgn rumah iols
|
|
|
|
|
|
Kes dendam atau rompakan?.. innalillah |
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 8-3-2021 09:14 PM
Al-fatihah..
Kalaulah si mati boleh bercakap.. 
Kene bunoh di rumahnye ke? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
makiting replied at 8-3-2021 08:32 PM
Orang kena bunuh dah mula ni.. ada masalah apa si pembunuh ni eh? Dendam? Cemburu? Marah?
Aku cuba nak kait dengan job dia. Advocation |
|
|
|
|
|
wikedsaikel replied at 8-3-2021 09:14 PM
Aku cuba nak kait dengan job dia. Advocation
Takan sampai nak bunuh...lagipun bukan melibatkan kes profile tinggi pun setakat NGO Ikram ni.
Harap takda menda lain |
|
|
|
|
|
Ini bukan hilang pergi kenduri kahwin di johor tu kan |
|
|
|
|
|
Al Fatihah utk arwah.. moga diampunkan segala dosa.. |
|
|
|
|
|
Innalillah...
dahsyat sungguh skrg, main bunuh2 je seangkatan negara latin dah malaysia |
|
|
|
|
|
|