Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
13991
View
210
Reply

[Dunia] Istana Buckingham dalam krisis selepas pendedahan Harry, Meghan / Meghan berniat bunuh diri, dakwa keluarga diraja rasis

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-3-2021 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-3-2021 09:27 AM

Istana Buckingham dalam krisis selepas pendedahan Harry, MeghanMac 9, 2021 @ 10:47am

Putera Harry (kiri) dan isterinya Meghan (tengah), dalam wawancara bersama hos televisyen, Oprah Winfrey. - Foto AFP



LONDON: Ratu Elizabeth mengadakan perbincangan tergempar hari ini, selepas Putera Harry dan isterinya, Meghan, mendedahkan kehidupan dalam Istana Buckingham menerusi wawancara yang mendapat perhatian dunia, lapor media tempatan.

Mendedahkan hasrat mahu membunuh diri, saudara rasis dan pewaris takhta yang terperangkap dengan tradisi, wawancara Duke dan Duchess of Sussex bersama Oprah Winfrey itu adalah antara yang paling mengejutkan sejak pendedahan oleh mendiang ibu Harry, Puteri Diana pada 1995.

Harry mendedahkan berasa amat kecewa dengan bapanya, Putera Charles, yang tidak lagi mengendahkan panggilan telefonnya untuk satu ketika. Harry mendakwa, Charles yang juga pewaris Ratu Elizabeth, serta abangnya, Harry, 'terperangkap' dengan konvensyen monarki.

"Mereka tidak boleh keluar. Saya sangat kasihankan mereka atas perkara ini," kata Harry dalam wawancara yang disiarkan CBS pada malam Ahad, yang menjelaskan tindakannya bersama Meghan meninggalkan kehidupan diraja tahun lalu.

Meghan, bekas pelakon yang memiliki darah kacukan, menyifatkan dirinya sebagai tidak bersedia secara naif untuk menjalani kehidupan dalam keluarga diraja Britain.

Beliau mendakwa dinafikan bantuan terhadap krisis kesihatan mentalnya, malah terdapat kebimbangan rasmi oleh pihak istana mengenai warna kulit anak yang masih di dalam kandungannya. "Saya... tak mahu hidup lagi," katanya kepada Winfrey.

Meghan, 39, turut memaklumkan mengenai 'kebimbangan' terhadap kemungkinan betapa gelap kulit anaknya, Archie, yang mana diceritakan oleh Harry mengenai perbualan berhubung rupa anaknya menjelang kelahiran pada 6 Mei 2019.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan menamakan individu berkenaan, namun pada Isnin, Winfrey memaklumkan, Harry memberitahunya bahawa ia bukan Ratu Elizabeth, 94, dan suaminya, Putera Philip, 99.

Pendedahan itu mencetus pelbagai reaksi di Britain dan Amerika Syarikat (AS), khususnya dakwaan mengenai sikap perkauman.
Kumpulan antimonarki, Republic, berkata pendedahan itu menunjukkan institusi berkenaan berdepan 'krisis terburuk sejak pengosongan takhta pada 1936', merujuk pada keputusan Edward VIII turun daripada takhta untuk mengahwini janda warga AS. - AFP








Meghan berniat bunuh diri, dakwa keluarga diraja rasis
Mac 8, 2021 @ 5:18am

Putera Harry dan Meghan Markle. - Foto AFP



NEW YORK: Isteri Putera Harry, Meghan Markle mendedahkan beliau pernah mempertimbangkan untuk membunuh diri selepas menyertai keluarga diraja Britain selain mendakwa wujud perkauman dalam sistem monarki itu pada satu wawancara di televisyen.

Menjelaskan keputusan mereka keluar daripada kehidupan keluarga diraja, Meghan berkata, beliau dinafikan bantuan ketika berdepan masalah kesihatan mentalnya serta kebimbangan mengenai warna kulit anaknya yang belum lahir.

Meghan yang berasal dari keluarga bapa berkulit putih, manakala ibunya berkulit hitam, berkongsi kisahnya dalam satu wawancara bersama Oprah Winfrey yang menjadi satu kisah luar biasa dalam sejarah diraja, sekali gus dilihat menggugat institusi Britain.

"Saya tidak mahu hidup lagi. Itu pemikiran berterusan yang sangat jelas, nyata dan menakutkan," katanya kepada Winfrey.


Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai pemikiran untuk membunuh diri, Meghan menjawab: "Ya. Ini sangat jelas. Saya takut, kerana ini sangat nyata. Ini bukan idea yang mudah dipisahkan. Ini satu kaedah dan bukan diri saya," katanya.


Meghan, 39, juga menceritakan berkenaan kebimbangan keluarga diraja mengenai warna kulit anaknya, sambil mengatakan Harry hanya berkongsi mengenai penampilan Archie serta hak kebebasannya menjelang kelahirannya pada 6 Mei 2019.

"Sepanjang saya hamil, kami bersama-sama membincangkan sama ada Archie tidak diberi kebebasan, tidak diberi gelaran selain bimbang dengan perbualan mengenai betapa gelapnya kulit ketika dia dilahirkan," kata Meghan kepada Winfrey.

Selepas membuat keputusan berpindah ke Amerika Utara, bekas pelakon televisyen itu mula digambarkan akhbar Britain sebagai keras kepala, licik dan pasangan yang terburu-buru serta pentingkan diri apabila keluar dari kehidupan diraja.

Wawancara dua jam bersama pasangan diraja di televisyen Amerika Syarikat (AS) itu antara yang popular sejak puteri Diana, ibu Harry menceritakan perkahwinan dengan Putera Charles pada 1995.

Winfrey dilapor menjual kandungan wawancara itu kepada saluran AS CBS dengan harga AS$7 juta hingga AS$9 juta (RM28.6 juta hingga RM36.8 juta) bagi mempertahan hak kandungan antarabangsa, yang akan menarik perhatian pihak monarki Britain.

Sementara itu, Megan dengan tegas juga menafikan dakwaan beliau membuatkan isteri Putera William, Kate Middleton menangis sebelum perkahwinannya dengan Harry.

"Semua orang di sana tahu itu tidak benar," kata Meghan kepada Winfrey, sambil menceritakan kisah di sebaliknya bahawa Kate kesal akan sesuatu dan meminta maaf.

"Beberapa hari sebelum pernikahan, beliau kesal dengan satu perkara. Ya, halnya mengenai gaun gadis bunga dan itu membuatkan saya menangis, ia betul-betul menyakitkan perasaan saya," katanya.

Meghan menyifatkan kejadian itu permulaan pembunuhan karakternya dan titik perubahan dalam hubungannya dengan keluarga diraja.
"Saya memahami bukan saja saya tidak dilindungi namun mereka juga sanggup berbohong untuk melindungi anggota keluarga yang lain," katanya. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/03/793856/meghan-berniat-bunuh-diri-dakwa-keluarga-diraja-rasis





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 8-3-2021 07:02 PM | Show all posts
Putera Harry kecewa dengan Putera CharlesMac 8, 2021 @ 4:13am

Putera Harry dan Meghhan Markle ketika ditemubual selebriti Oprah Winfrey. - Foto AFP



NEW YORK: Putera Harry semalam berkata beliau benar-benar kecewa dengan bapanya ketika beliau dan isterinya Meghan Markle membicarakan mengenai pengunduran daripada keluarga diraja Britain selepas Meghan menerima layanan kasar daripada media dan kurangnya sokongan daripada keluarga diraja.

Ketika ditemubual selebriti Oprah Winfrey dalam program temubual CBS selama dua jam, Oprah bertanyakan Harry bagaimana hubungannya dengan Putera Charles sejak mereka berpindah ke Amerika Syarikat.

"Ada banyak yang perlu diselesaikan... saya merasa sangat kecewa, kerana dia pernah mengalami perkara hampir serupa, dia tahu bagaimana rasanya," kata Harry penuh emosi.

Katanya, Charles selaku pewaris takhta dan abangnya, Putera William terperangkap dengan peraturan monarki, tetapi berjanji akan menyayangi bapanya.


Bapa dan abang saya, mereka terperangkap... mereka tidak boleh keluar, saya benar-benar merasa belas kasihan ," katanya.
Sementara itu Harry berkata, beliau dan isterinya sudah melakukan yang terbaik untuk berada dalam keluarga diraja.

"Saya sedih apa yang berlaku sudah berlaku, tetapi saya tahu, dan saya selesa apabila mengetahui bahawa kami melakukan segala yang kami mampu untuk menjadikannya lancar," katanya.
Pada Januari 2020, Harry dan Meghan mengumumkan mereka mengundurkan diri dari keluarga diraja diraja sepenuhnya. - AFP






Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam meghan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Meghan ke kate yang nangis?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantok lah meghan pun nak ugut mcm2.. attention seeker betul dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:20 PM | Show all posts
Theyols prefer yg sama taraf...itu mksud nya. Dah Harry nak sangat... ko lah akhirnya jd mangsa institusi diaorang kena berprotokol bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-3-2021 07:20 PM
Theyols prefer yg sama taraf...itu mksud nya. Dah Harry nak sangat... ko lah akhirnya jd mangsa inst ...

Harry yang asal dah lama kene tukor menjak umor 8 taon lagi.  Pegi gugel..  Dah mati kene bunoh dah pon sebab Charles tak mengaku anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rumours kata nya harry bkn anak kandung charles... harry ni anak hasil hubungan mendiang diana dgn laki lain.. yg sah william jer...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-3-2021 07:36 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-3-2021 03:39 AM
FOTHER-MUCKER replied at 8-3-2021 03:02 AM
Putera Harry kecewa dengan Putera CharlesMac 8, 2021 @ 4:13am

Putera Harry dan Meghhan Markle ket ...
Bukankah sebelum ini Meghan yang bagi tau mereka tidak mau Archie memiliki sebarang title dan mahukan Archie hidup secara normal?
Sekarang sudah lain pula!


Meghan Markle's 'honest answer' on why she believes Queen didn't make Archie a prince
Meghan Markle explained why she believes the Queen didn't give Archie a HRH title during her interview with Orpah Winfrey.
When Meghan and Harry's first child was born in 2019 he was not made a Prince, instead taking the royal family's surname Mountbatten-Windsor.
The decision was in keeping with the couple's vision for him to have a 'normal' life and was widely reported to be what they wanted.
Even though he was seventh in line to the throne, he will move down the list significantly when his cousins Prince George, Princess Charlotte and Prince Louis have children - and the chances of Archie ever becoming king are very, very small.
In a teaser clip for the interview, Oprah asks: "How did they explain to you that your son, the great grandson of the Queen, wasn't going to be a prince.


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 8-3-2021 07:28 PM
rumours kata nya harry bkn anak kandung charles... harry ni anak hasil hubungan mendiang diana dgn l ...

Seyes ahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:40 PM | Show all posts
wpun ai meluat to the max dgn ginger lapdog nih tp dia anak kandung Charles lah, Diana first berkenalan dgn James Hewitt masa Harry mencapai umur toddler gituh.

anyhoo... Meghan Markle the Forever Victim, sentiasa ditindas dan teraniaya oleh korga kandung dan in laws. malang sungguh nasibnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh lady D nk bunuh diri, ko pun nk bunuh diri jgk. Grow up kakak, create your own issues and stories don't steal other's.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 8-3-2021 07:37 PM
Seyes ahhhh

kabar angin ... ntah betol atau tak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg masuk keluarga, ko jugak yg rasiskan diorg. Dah tau kan apa makan nya nk jadi BRF. Itupon untung la queen bg. Baik anto pembunuh upahan sebelum Harry kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 9-3-2021 02:47 PM
allshares replied at 8-3-2021 07:45 PM
Eh lady D nk bunuh diri, ko pun nk bunuh diri jgk. Grow up kakak, create your own issues and stories ...

Meols pun rasa dia ni copycat trying hard sgt nk jd Princes Diana II tapi footnote jer. Nak lawan Kate tu...Meghan ni x relevan ..x tergugat pun kerana dia sorang institusi yg dah beribu tahun ni. Ko sapaaaa? Bwh telapak kaki diaorang jer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bertahan lama la perkahwinan theyols ni. Haritu black people bukan main lagi bersorak prince harry inbreed tu pilih meghan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 8-3-2021 08:15 PM

Itu je ler modal dia, race card

attention whore betul, giler drama. Drama pun drama, asalkan jadi perhatian. Ada problem dgn family, ada problem dgn FIL, toxic betul dia ni. Dia je yg ada perasaan, asyik merempan je keje.

Archie anak dia yg belum tentu lahir dari perut dia (surrogate rumor) hanya akan layak dpt title prince lepas Prince Charles naik takhta. Tapi kalau iols jadi Charles, biar je Archie takde title sbb parents senget mcm tu yg tak habis2 buruk2 kan dia dan BRF. 2 attention whores ni bitter sbb tak dapat apa yg diorang nak sbb tu asyik throwing tantrum, macam budak2 tapi umur dah tua bangka nak masuk 40
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:08 PM | Show all posts
oh btw tukang interview masa pertunangan dua mangkok ni pun kena komplen sbb kononnya 'tak mesra' dgn MM. Bila lah agaknya Meghan dpt merasai kebaikan sesama manusia. Begitu sedih sekali hidupnya.

Meghan reportedly took issue with the way in which the BBC's Mishal Husain conducted she and Harry's engagement interview in 2017.

The presenter allegedly didn't show enough empathy for Meghan and Harry, according to insiders.

A source told the Sunday Times: She complained it hadnt gone well, that Mishal [Husain] wasnt empathetic enough, wasnt warm enough, said the source.



https://www.thesun.co.uk/news/uk ... bbc-mishal-hussain/

Of course Meghan complained about the presenter who did her engagement interview. Mishal Hussein is a BAME female who read law at Cambridge (extraordinarily bright & well educated). She had a testy interview with the leader of Myanmar who insulted her faith. She has won numerous awards & has been groundbreaking (1st Muslim presenter on BBC today) & wrote a best selling book on women achieving goals. Meghans light dims on comparison to this amazing role model for women of colour in the U.K.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 8-3-2021 08:08 PM
oh btw tukang interview masa pertunangan dua mangkok ni pun kena komplen sbb kononnya 'tak mesra' dg ...

Tang mana yg tak mesra?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik megan cucuk muka sblm interbiu acik oprah ka? Mcm acik tekya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list