CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1443|Reply: 4

Prestasi Safawi Rasid Meningkat Selepas Berlatih Di Portugal

[Copy link]
Post time 7-3-2021 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Mutu permainan penyerang kebangsaan  Muhammad Safawi Rasid semakin meningkat selepas bersama kelab bola sepak Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada musim lepas, kata Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora.


Mora berkata, Muhammad Safawi memiliki peluang terbaik untuk belajar melalui pengalaman dengan sebuah pasukan yang bersaing di dalam antara liga teratas Eropah dan memahami kehendak di peringkat tertinggi.




Kredit foto: IG Safawi




“Jika Safawi tidak meningkat  selepas berlatih di Portugal, maka itu hanyalah membuang masa.


"Beliau berpeluang untuk ke tempat lain bagi melihat sendiri bagaimana latihan dan kehendak yang perlu dipenuhi, saya rasa beliau tahu apa yang perlu dibuat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Piala Sumbangsih malam kelmarin.


Muhammad Safawi menjaringkan gol pada hari lahirnya yang ke-24 itu untuk membantu JDT mengekalkan piala itu buat empat musim berturut-turut selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.


Muhammad Safawi berpindah ke Portimonense SC Oktober lepas tetapi tidak berpeluang untuk melakukan aksi sulungnya di Liga Primeira dan hanya memanaskan bangku simpanan pasukan bimbingan jurulatih Paulo Sergio.


Bagaimanapun, beliau diturunkan buat kali pertama dalam pasukan Portimonense  SC bawah 23 tahun (B-23)  tetapi ia tewas 1-3 kepada Sporting Lisbon dalam pertandingan  Liga Portugis B-23.


Beliau yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada 2018 dan 2019 dalam  Anugerah Bola Sepak Kebangsaan kemudian kembali menyertai skuad Harimau Selatan.


“Beliau sering melakukan kelainan dengan sepakan percuma, penalti dan sepakan untuk jaringan gol.  Bagi saya Safawi seorang pemain hebat dan aset penting JDT.  Syukur kami mendapat beliau kembali dan membantu kami untuk menang dan hari ini (semalam) terbukti, beliau bermain dengan baik,” kata jurulatih berusia 41 tahun berasal dari Mexico itu.




Sumber: Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp x meningkat kat portugal nun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 12:27 PM | Show all posts
Ngarut jer, mmg prestasi Pawi camtu jer dari dulu....mmg kena akui dia yg terbaik di Msia skang nih tp xder lah nmpk meningkat pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 12:37 PM | Show all posts
GF die leh bangga x ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 02:16 PM | Show all posts
axl_bach replied at 7-3-2021 12:27 PM
Ngarut jer, mmg prestasi Pawi camtu jer dari dulu....mmg kena akui dia yg terbaik di Msia skang nih  ...

aku ingt forum ni da kentandusan pminat bola

nasib baik ada sorang axl bach
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.330503 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list