Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
13685
View
318
Reply

[Tempatan] Korang nak senang jadi lah founder NGO,tak payah susah2 jual product sampah..buat baik je boleh jadi jutawan..bkn aku cakap,artikel ni cakap.

[Copy link]

Author: makadek    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-3-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Artikel ni aku ambik dr blog
Aliph.my dia tulis seminggu yang lalu
Jadi masih baru lagi naaaa...
Jom baca...


Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?

Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!

Korang tau tak yang bank negara (BNM) allow mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.

Bila NGO tu kau yang control. Kau CEO, kau founder, kau pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang pecaya dia.

Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!

1. GAJI.
Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.

Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!

2. SUPPLIER.
Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.

Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.

3. KRONI.
Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.

Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!

4. BUAT PROGRAM BISNES.
Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.

Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.

5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!
Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.

Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.

6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.
Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.

Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.

7. BELI HARTA UNTUK NGO.
Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.

Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!

8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.
Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin.

Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh juta! Semua salea itu dari NGO yang dibayar dengan duit derma atau infaq korang.



Setakat ni 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.

Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.

Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik.

Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?

Kau jangan terkejut orang yang run NGO kaya ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Kita tak boleh lepas ke situ. Unless MA (management account) dia terbocor lah.

Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% ma, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang orang ada bahagian masing-masing.

Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.

Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-3-2021 11:56 PM | Show all posts
Ooo..tulah aku bukan nak mengata ustaz tu. But dia pandai bisnes
Yang bodoh ialah orang pandai2 sains ke apa yang taknak keluar gua buat promosi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-3-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-3-2021 11:56 PM
Ooo..tulah aku bukan nak mengata ustaz tu. But dia pandai bisnes
Yang bodoh ialah orang pandai2 sai ...

Aku tk mengata sapa2 cuma aku jln2 kat gugel terjumpa ...author ni ada argue dgn ngo lain sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-3-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Part 2--

Busy betul beberapa hari ni. Maklumlah, aku ni banyak kerja. Masa aku menulis hanya atas jamban dan dalam perjalanan sahaja. Jika tiada 2 perkara tersebut, maka tiadalah tinta dan kata.

Aku bukan macam sesetengah orang. Dia tak bekerja. Dia makan duit bini. Bini kerja gomen. So, dia banyaklah masa jadi cybertrooper. Bina page dan hari-hari buat content.

Nak tunjuk diorang ni berguna sikit, buatlah NGO kononnya baik. Tolong asnaf, walhal dia kikah duit NGO yang dia tunggang tu dengan macam-macam program derma dan infaq.

Bila kita minta audit report, management account, bank statement, epf statement, terus tutup page NGO dia. NGO pun jenis takda web. Sembang kencang je.

Di barat juga, masyarakat dah ramai bunyi pasal integrity NGO-NGO bertaraf antarabangsa yang membayar gaji pegawai pengurusan dengan amaun yang sangat tinggi.

Jadi, berhati-hatilah menderma kepada NGO! Pastikan anda SCRUT dulu NGO tu. Bagaimana caranya. Aku ulang lagi.

1. Tengok founder-co-founder NGO tu ada kerja tetap dan dah settle down ke? Atau ada business entity yang dah well established ke.
2. Minta audit report NGO tersebut yang terkini dan sebelum-sebelum ini.
3. Minta management account NGO tersebut.
4. Minta bank statement NGO tersebut.
5. Minta epf statement NGO tersebut.

Kalau dia terkial-kial, pusing-pusing dan defensif tak pasal-pasal. Kau kena turn on red alert lah. Mesti ada something wrong. Kalau takda masalah, apsal goyang?

Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 terbayang sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tahu. Paling hebat siap ada cable top top people.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-3-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Jngan fikir pelik2 ....korang nk detail p je kat aliph.my  cari kt gogel... Dia dok argue dgn sorang mamat... Hihi...

Aku saja tepek utk bacaan serta pengetahuan am
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu x derma kat dorang ni... cth misi pergi luar negara tu...

.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:17 AM | Show all posts
hmm... menarik topik thread nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg bnyak sangat iklan pembinaan masjid dengan tahfiz dekat instagram tu macam mana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang kerja untuk yang tamak pahala.... 24/7 nampak wangi di mata marhein
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Good articles TT.. Mmg ramai je jenis otak gini.. Berkat ntah mana.. Ank cucu still merempat lepas tu.. Another cara is koop.. Tu pon dpt fund dr govt.. Kerajaan ni bodoh..asik kasi org pijak.. Sebab yang pijak tu pon geng2 dorg jugak

Amanah bethoollll
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 6-3-2021 12:08 AM
sebab tu x derma kat dorang ni... cth misi pergi luar negara tu...

.

Ye kaka pon dah stop 3thn lps sbb tgk retis berjimba g palestine semua tu.. Tolong nye sikit tp fundingnya besar

Antara yang kaka ban ialah viva palestine, islamic relief.. Pakai duit kayakan kroni.. Buat report annual pon buku tebal full color siap hi quality paper glossy lagi.. Nmpk sgt duit tu masuk kocek masing2

Dan masa2 yang amik retis p oversea semua kaka ban. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
nowhite replied at 6-3-2021 12:18 AM
Yg bnyak sangat iklan pembinaan masjid dengan tahfiz dekat instagram tu macam mana pulak

Yang tu kaka bpendapat sek govt n kerajaan negeri sedia byk blambak.. Yang ko p buat sekolah sendiri tu dh kenapa klu tahu 'duit nk sustain pon xde'

Dah xcukup yg ko suh dan kerah cari duit bkn ngko.. Tp murid2 tu.. Puikkk
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-3-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 6-3-2021 12:32 AM
Yang tu kaka bpendapat sek govt n kerajaan negeri sedia byk blambak.. Yang ko p buat sekolah sendi ...

Aku paling benci kena p mintak sedekah ...igt tak time sek rendah
..kena g ketuk pintu ..cikgu bagi kad hijau suruh kita mintak sign nama org sedekah..aku berjaya kumpul 2rm je
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa join Telegram ustaz selebriti kuat menderma kulu kilir langgar SOP boleh nampak kan mesej hari2 mintak derma? Kihkih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo baru tau.. kalau mcm ni, lepas ni aku beli barang dapo sendiri jela. G cari org susah sekitar rumah aku ni. bagi direct je. Lg puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu selalu fikir org fully run ngo ni hidup cmne.. Mana dtg income.. Rupa nye begini lah hidup
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 6-3-2021 12:40 AM
Aku paling benci kena p mintak sedekah ...igt tak time sek rendah
..kena g ketuk pintu ..cikgu b ...

Benci jugak..aku tak mintak pun..abah aku pun tak bagi ketuk rumah orang mintak. Abah aku yg bg duit penuhkan buku tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
No 8 tu sedang berlaku di kedai runcit "halal mart" yg baru buka kt area tmn rmh aku...dia buat foodbank lps tu sapa nk sumbang kena beli dr kedai dia je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list