Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
489
View
2
Reply

[Tempatan] Haji hadi lebih suka islam di era penjajahan British.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-3-2021 05:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-3-2021 01:16 PM

Ada hakim ‘tidak peka’ terhadap Islam dalam membuat keputusan, kata HadiFMT Reporters -

March 4, 2021 10:42 PM



Presiden PAS menyifatkan sesetengah hakim baharu “hilang sensitiviti agama”.



PETALING JAYA : Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa sesetengah hakim baharu “hilang sensitiviti agama” apabila membuat keputusan melibatkan kepentingan Islam, tanpa menggunakan budi bicara.

“Mereka membuat keputusan berasaskan buku yang dibaca, bukan mengikut pertimbangan akal yang mempunyai budi bicaranya,” kata Hadi dalam Facebooknya.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah, sebagai tidak sah.

Panel sembilan hakim mahkamah tertinggi negara memutuskan badan perundangan negeri dibenar meluluskan undang-undang mengenai kesalahan di bawah agama Islam selagi kesalahan itu tidak terkandung dalam Senarai Persekutuan.

Hadi berkata ada kalangan hakim bertindak tanpa rasa peka terhadap Islam, walau dibandingkan dengan hakim zaman penjajah Inggeris.
“Apa yang menarik, penjajah British sendiri pada zaman penjajahan sangat berhati-hati agar tidak menyentuh sebarang sensitiviti penganut Islam, sehingga mereka meletakkan kuasa Islam kepada raja-raja.

“Bahkan beberapa keputusan mahkamah oleh hakim berbangsa Inggeris dibuat dengan sangat berhati-hati.
“Malangnya, ada dalam kalangan Melayu-Islam yang tiada dalam hatinya, kepekaan terhadap Islam, walaupun (negara) telah mendapat kemerdekaan lebih setengah abad,” kata Hadi.

Merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, Hadi berkata penghakiman itu menonjolkan “kalangan mereka yang … berwajah Inggeris lebih daripada bangsa Inggeris sendiri.

“Mereka muncul atas pelbagai nama media, NGO dan individu sehingga umat Islam dapat mengenali secara dekat siapa wajah mereka yang sebenarnya.
“Terpulang kepada diri masing-masing, sama ada ingin menepuk dada tanya iman atau tepuk dada tanya selera makan,” tambah beliau.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-3-2021 05:28 AM | Show all posts
Adui lah TGHH nih, hakim tu buat pernghakiman berdasarkan rujukan Perlembagaan Negara... kalau dia ikut budi bicara yg berlawanan dgn apa yg ditulis dlm Perlembagaan Negara maka ianya menyalahi Artikel 4...

so inilah masanya utk TGHH dan PAS mengulangi perjuangan lama untuk mengubah Perlembagaan negara....nyatakan dgn jelas yg PAS hendak membuat perubahan agar Quran dan Sunnah menjadi rujukan tertinggi, bukan bermain kata2 ayat retorik "PAS menjunjung Perlembagaan Negara yang berkonsepkan  Islam Agama Persekutuan bla bla bla" tu yg akhirnya tetap jua Perlembagaan yg prevail
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebai dungu

Dulu tu penjajah cucuk jarum ..divide n rule..secularism

Adat melayu n islam..kami anjing british tak campok ..tuanku sultan mutlak atas itu

Ekonomiiiiii..keselamatan dan lelain kami jaga

Wokeh???

Wooookeh...bagus..tau hangpa hormat ye..good

Lebai dungu tak reti guna akal..the capacity to think..99.99 percent..takdok dlm dunia ORANG ISLAM amnya

Beratus taun melayu islam hidup terpecah..ada mende tuuu ikut islam..ada mende tuu tak yah!!!
Lebai hadi bebal sure tau mmg tau tapi buat tatau..AMANAT HADI tu cite gitu gak

Tapi sb duniawi..depa ni ulama suu' ..ulama jahat..akhir zaman

Kes ni buat Pas setan sme sonok..DIVERT janji hudud hukum islam n layan kes ni ajak lebai dungu sme kutuk tok hakim

Nk buat hukum undang undang islam or buat satu law je di mesia cukup senang..guna majlis sultan melayu pressure mps islam gubal perlembagaan ..jadikan syariah je law mesia..mustahil ke? Tak mooooo je

Singapore gubal sme akta yg termaktub dok pelihara hak pribumi temasek..tenguk nasib depa ari ni!!

PAS mmg parti syaitan pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list