Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
611
View
7
Reply

Air Selangor Perkenal Projek Takungan Air Pinggiran Sungai Terbesar Di Malaysia!

[Copy link]

Author: CARI-HBZ       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-3-2021 01:53 AM | Show all posts |Read mode





Sebahagian penduduk Selangor, terutamanya di Klang dan Petaling boleh menarik nafas lega kerana tak lama lagi anda akan menerima bekalan air dari Sungai Klang.


Air Selangor yang sentiasa komited membekalkan air bersih ke setiap isi rumah baru-baru ini memperkenalkan Skim Bekalan Air Rasau, Projek Takungan Air Pinggiran Sungai terbesar di Malaysia bagi meminimumkan sebarang kemungkinan permasalahan air di masa hadapan.                                    


SUNGAI KLANG BAKAL DIHIDUPKAN KEMBALI
Sungai Klang yang terdiri daripada 13 anak sungai utama bakal dipulihkan semula setelah terjejas teruk akibat pencemaran sejak beberapa dekad lalu.


Inisiatif pembersihan dijalankan agar ia dapat dimanfaatkan sebagai kawasan aktiviti rekreasi, ekonomi, pelancongan serta sumber air mentah yang baharu kepada pengguna khususnya di daerah Klang dan Petaling.







Sungai Klang dapat membantu meningkatkan margin simpanan air sehingga 15% berbanding keseluruhan simpanan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Januari 2021 yang berada pada tahap 12.8%


Dengan peningkatan margin simpanan air ini, ia dijangka dapat memastikan masa depan air yang lebih lestari untuk 8.4 juta orang pengguna dan ianya bakal direalisasikan menerusi pembinaan Projek Skim Bekalan Air Rasau.


PROJEK TAKUNGAN AIR PINGGIRAN SUNGAI (TAPS) SIAP MENJELANG 2024
Sebanyak 9 buah kolam perlombongan bijih timah sedia ada dengan keluasan sekitar 489 hektar telah dikenal pasti dan berpotensi dijadikan kolam untuk Projek Takungan Air Sungai (TAPS).


Oleh kerana ia adalah projek TAPS terbesar negara, tempoh pembinaan dianggarkan akan berjalan selama dua tahun setengah sehingga tiga tahun sebelum ia dapat beroperasi sepenuhnya.


Kesemua kolam ini bakal menyimpan sebahagian besar sumber air mentah dari Sungai Klang termasuk Sungai Air Hitam dan Sungai Rasau.


Dengan pembinaan TAPS, stesen pam air mentah bakal mempunyai pilihan untuk menghentikan abstraksi air dari sungai sekiranya berlaku pencemaran tetapi dalam masa yang sama loji rawatan air masih dapat beroperasi kerana sumber air mentah beralih kepada TAPS.


BEKALAN AIR BAHARU MENERUSI SKIM BEKALAN AIR RASAU
Loji Rawatan Air Rasau (LRA Rasau) Peringkat 1 dianggarkan mampu menghasilkan bekalan air bersih sehingga 700 juta liter sehari (JLH) untuk kegunaan penduduk di Pulau Indah, Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Ketam, Taman Bukit Lipat Kajang, Seksyen 16, Kawasan Perindustrian Bukit Rajah C Pelabuhan Utara, Bukit Tinggi & Botanik, Bandar Puteri & Putera 2, Taman Sri Andalas, Taman Sentosa, Bayu Perdana, Bandar Klang, Teluk Gedung, Persiaran Raja Muda Musa, Sobena Jaya, Pandamaran, Jalan Tengku Badar sehingga Sijangkang (Kuala Langat).







Air Selangor turut merancang untuk membina LRA Rasau Peringkat 2 pada tahun 2028 yang berupaya untuk menghasilkan 1,400 JLH.


Melalui Skim Bekalan Air Rasau, lebih 60% bekalan air bersih dan selamat dapat disalurkan kepada pengguna di Wilayah Klang, manakala selebihnya akan disalurkan dari sumber Loji Rawatan Skim Bekalan Air Sungai Selangor.


Sekaligus, mengurangkan kebergantungan dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.


Penduduk Klang juga bakal menerima bekalan air alternatif dari Loji Rawatan Air Rasau Peringkat 1 apabila ia siap dibina sekiranya terdapat gangguan di Skim Bekalan Air Sungai Selangor. Dianggarkan sekitar 467,000 akaun pelanggan bakal menikmati kelebihan ini.


Bagi memastikan proses pembinaan berjalan dengan lancar, Air Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyelia projek dengan baik termasuk hal pengambilan tanah dan kelulusan permit. Mereka juga berjaya mendapatkan kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Alam Sekitar.


Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sesawang rasmi Air Selangor dengan hanya klik di SINI.


#KitaJagaAir #ProtectOurWater





Sumber : SirapLimau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-3-2021 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap x der LG isu air Lepas projek ni siap
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kilang2 tepi sungai.. pencemaran ttp la berlaku sampai kiamat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm..simpan dulu la komen sampai projek siap
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:05 AM | Show all posts
ok...kita tunggu dan lihat...
akan ada tak lg masalah air..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:57 AM | Show all posts
mimpi lah nak bersih kalau penguatkuasaan rondaan pun tak buat.nak harapkan tanam sikap cintakan sungai dikalangan masyarakat lagi la kelaut.. sedangkan kilang2 haram rilek beroperasi buang toksik dalam sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
nowhite: Hurm..simpan dulu la komen sampai projek siap

Kannnnn..bab sembang,bukan babi jer,tongkol batu pun terbang.time buat terowong smart,KL takkan banjir...tengok2 banjir ngalahkan kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 10:47 AM | Show all posts
hepi tgk sg.klang skrg ..burung bangau,ikan pun dah banyak berenang dlm sungai ..dah  x kotor mcm dulu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list