Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
3116
View
72
Reply

Buka sempadan, rentas negeri selepas imunisasi capai tahap tertentu. Raya?

[Copy link]

Author: CARI-HBZ       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-3-2021 12:06 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: "Walaupun aktiviti ekonomi akan terus dibuka, kawalan pergerakan masih diperlukan," kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata, ia termasuk kawalan sempadan antarabangsa, kawalan rentas negeri dan aktiviti sosial serta perniagaan yang mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan.


Katanya, pembukaan aktiviti seumpama ini hanya dapat dilaksanakan selepas pelaksanaan imunisasi mencapai tahap tertentu dari segi liputan rakyat.


"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga bersiap sedia untuk memastikan sekurang-kurangnya 126,000 orang individu dapat diberikan suntikan vaksin Covid-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara.


"Kerajaan mensasarkan 80 peratus penduduk, iaitu bersamaan 26 juta individu, akan menerima suntikan vaksin yang diberikan secara percuma.


"Insya Allah, dengan langkah kawalan pergerakan yang masih berkuat kuasa, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan dan pelaksanaan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sudah pun dimulakan, kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara kita dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ini.







Muhyiddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengharungi cabaran 2020 dan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada sektor kesihatan serta ekonomi negara.


Muhyiddin berkata, banyak yang dipelajari dalam tempoh setahun itu dan kerajaan bertekad untuk memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak pada tahun ini demi kesejahteraan rakyat.


Menurutnya, kerajaan akan menggubal strategi mengawal penularan Covid-19 berdasarkan data diperoleh dan akan mengambil pendekatan lebih bersasar dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat di lokasi kluster jangkitan.


Pada masa sama, beliau berkata, aktiviti ekonomi akan terus dibuka tertakluk kepada amalan penjarakan sosial serta SOP ketat.


Mengambil kira situasi itu, katanya, kerajaan akan merangka empat langkah tambahan dalam tempoh terdekat.


"ertama adalah menyediakan bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan, terutama golongan miskin dan mengalami kehilangan pendapatan.


"Kedua adalah meningkatkan sokongan kepada perniagaan khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi dan perniagaan yang sedang dalam proses pembukaan semula pasca PKP," katanya.


Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, langkah ketiga yang dirangka iaitu untuk memberi tumpuan kepada sistem penyampaian awam, terutama memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan, menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan dan mengurangkan karenah birokrasi supaya aktiviti ekonomi kembali rancak selain menggalakkan pelaburan baharu dari dalam serta luar negara.


Beliau berkata, keempat adalah memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan selaras dengan pertumbuhan sumber kekayaan baharu dan transformasi ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahuan serta inovasi.




Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-3-2021 12:12 PM | Show all posts
Sebenarnya ramai yang bersujud shukor ke hadrat illahi kerana tidak perlu menjadi babu di hari raya nanti.... juga kurang aktiviti mengata orang lain di hari raya....

Semoga kita semua dilindungi Awloh

hallelujah!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:15 PM | Show all posts
lupakan jelah nak beraya macam zaman kanak2 dulu pada masa pandemic ni. selagi belum ada herd immunity, baik lah korang duduk rumah beraya sesama keluarga sendiri je. kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:15 PM | Show all posts
amanat muhyidin ni da mansuhkn amanat hadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas dpt tau kaka bawang punya appointment kena kensel, iols tak voley nak husnuzon dgn kerajaan ni atopon yg lepas. Sumer sama shj.
Kata ada beksin, tapi tak bg pun pastu pompang kata org tanak. Padahal yg nak amik tak diberi.. poooddaahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 2-3-2021 12:12 PM
Sebenarnya ramai yang bersujud shukor ke hadrat illahi kerana tidak perlu menjadi babu di hari raya  ...

Betul.....

aku harap pkp ni sampai lepas raya......klu blh lepas raya haji.....

perghhh....bahgia nya hidup ku klu ni jd kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:07 PM | Show all posts
Sampai hujung tahun kot. Fasa 1 pun tak habis lagi, nak kena tunggu fasa 2, fasa 3 pulakkkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:14 PM | Show all posts
tak payah la nak raya2 dulu...settlekan dulu covid ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnampak hala tuju nk raya tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-3-2021 12:22 PM
Lepas dpt tau kaka bawang punya appointment kena kensel, iols tak voley nak husnuzon dgn kerajaan ni ...

Ya setuju dgn awak
Boleh plak kaum keluarga VIP dapat high priority sampaikan menidakkan hak frontliners
KJ kena lebih strict & proactive untuk menangani isu ni
Jangan biarkan isu DOUBLE STANDARD semakin PARAH
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:29 PM | Show all posts
Bagus la..x pyh beli baju raya..bajet pun dh abis beli bj skolah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesah psl raya. Cuma kesah org tua keseorangan dirumah sana. Selalu sakit. Ituhari 4 pagi call sakit.  Nasib la pasang cctv boleh pantau. Dlm bilik je tak pasang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:07 PM | Show all posts
kita raya light-light santai-santai je.Tak boleh merentas negeri, tapi beraya dalam negeri yg sama. Panjang dah langkahnya.Esoknya terus puasa 6
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:17 PM | Show all posts
mcm dah bagi hint je mcm raya ni x boleh lagi..erm...siannya parent yang duduk sorang2 sementelah anak2 bekerja di luar sempadan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk: Sebenarnya ramai yang bersujud shukor ke hadrat illahi kerana tidak perlu menjadi babu di hari raya nanti.... juga kurang aktiviti mengata orang lain  ...


iols la tu, dahla jauh perjalanan utara ke selatan, mertua lak jenis sanggup hentam menantu dari suruh anak2 pemalas. iols bahagia je raya pkp.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:23 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 2-3-2021 01:02 PM
Betul.....

aku harap pkp ni sampai lepas raya......klu blh lepas raya haji.....

alang2 pkp je la selagi hayat ko ada
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:24 PM | Show all posts
ToungeSoup replied at 2-3-2021 02:17 PM
mcm dah bagi hint je mcm raya ni x boleh lagi..erm...siannya parent yang duduk sorang2 sementelah an ...

tah2 parents lg suka

tk payah nk masak kn utk korang

asal balik nk lemang la dodol la ketupat la keputat la
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:28 PM | Show all posts
senang jaaa nak kasi semua ambik vaksin...

bagi alasan ni.. sapa x ambik..jgn mimpi nak rentas negeri ..beraya ..melancong....

org malaysia kan sinonim ngan cuti panjang...asal panjang jaa jalan... tak kire raya apa pun semua org raya...

percayalahhhhh...penuh nanti kuota vaksin tu..takut x cukup pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:28 PM | Show all posts
iols x kisah sgt pasal raya ni
yg iols kisah nak balik kampung oiii tengok mak ayah kt kampungggg
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
rajamoney: amanat muhyidin ni da mansuhkn amanat hadi ke?

Mau tak mansuh.masing2 dah dapat faraid jawatan dalam kerajaan.mau apa lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list