Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
4316
View
70
Reply

[Tempatan] Kaki melecur, membusuk gara-gara bertungku

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-2-2021 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Kaki melecur, membusuk gara-gara bertungku

https://www.utusan.com.my/berita ... ara-gara-bertungku/

Oleh ROHANA MOHD. NAWI
26 Februari 2021, 9:11 am


ABDULLAH yang terlantar selepas kakinya melecur dan membusuk akibat bertungku ditemani Hasnah di rumah mereka di Kampung Senawang Pulai Chondong, Machang. - UTUSAN/ROHANA MOHD NAWI

MACHANG: Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasih seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini yang terpaksa memohon simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kehidupannya yang berubah akibat penyakit kencing manis.

Semuanya bermula lebih sebulan lalu apabila dia bertungku selama 12 jam gara-gara kakinya berasa kebas sebelum didapati melecur teruk dan melarat menjadi kudis serta mula membusuk.

Lama kelamaan, Abdullah Hussain, 55, tidak lagi mampu berjalan sehingga dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sejak sebulan lalu.

Lelaki itu kini terlantar di rumahnya di Kampung Senawang, di sini dan bergantung hidup kepada isteri Hasnah Mahmood, 52, yang menoreh getah dengan upah sekitar RM300 sebulan.

Menurut Hasnah, sebelum kejadian itu, suaminya minta untuk ditungku untuk menghilangkan rasa kebas di kaki.

Selepas 12 jam selesai bertungku, kedua-dua kaki suami berasa sakit dan didapati melecur teruk di beberapa bahagian di kaki kiri, termasuk tapak kaki.

Dengan bantuan anak, dia dibawa ke Klinik Kesihatan Pulai Chondong sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediaman mereka hari ini.

Hasnah berkata, doktor memaklumkan kaki kiri Abdullah terpaksa dipotong segera kerana kuman sudah merebak ke bahagian tulang, buah pinggang dan hati.

Tetapi dia tidak sanggup kakinya dipotong dan meminta kebenaran doktor untuk pulang ke rumah kerana mahu ikhtiar cara tradisional, katanya.

Sejak Abdullah terlantar sakit, Hasnah bergilir-gilir dengan anaknya yang tinggal berdekatan untuk mengurus makan minum, mencuci kudis dan menukar lampin pakai buangnya.

Dengan pendapatan menoreh getah, memang tidak cukup untuk membeli ubat serta barang keperluan suami termasuk lampin pakai buang.

Saya juga terpaksa menjaga seorang cucu berusia empat tahun yang kematian ibunya sejak setahun lalu selain menyara seorang lagi anak yang masih belajar di tingkatan tiga, katanya.

Sekiranya ingin membantu keluarga itu, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun Bank Islam 03-045-02-2109985 atas nama Hasnah Mahmood atau menghubunginya di talian 013-9922846. -UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 26-2-2021 10:57 AM | Show all posts
tungku ka kencing maneh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:16 AM | Show all posts
Salah cara treatment bukan memulih tapi memudaratkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kencing manis teruk.. saraf biasanya dah numb area tu.. dia rasa kebas.. suruh isteri tungku.. bila di tungku melecur.. luka tak aik dah jadi gangrene..
sebab tu doktor nak potong kaki nak elak melarat
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:21 AM | Show all posts
antivaxx takde petua ke nak ubatkan kaki beliau?
rendam habatussauda ke, minyak zaitun, air zam zam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:24 AM | Show all posts
tungku ke bakor kaki? sampai melecur teruk...salah rawatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ikutlah nasihat doktor bang.. tungku tu tradisional lah tu.. tengok kesan dia lagi mudarat pada kaki ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:40 AM | Show all posts
Xtau lak kalau rasa kebas boleh bertungku
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnye dia hanya perlu rendam kaki dengan air panas suam, dan makan Mercomin untuk hilangkan kebas saraf untuk pesakit Diabetic.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 12:08 PM | Show all posts
Tak semua orang ada pengetahuan bila dah kena sakit macam ni


Dari kita kecam, baik menderma


Tu nombor akaun ada, derma la walaupun rm1


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 12:41 PM | Show all posts
Allahu... kesiannya.. kencing manis tak terkawal.. saraf dah rosak. Kaki kebas tu biasa bagi orang2 kencing manis ni. Ditungku lama2.. bukan berasa.. tu yang sampai melecur. Kalau orang normal.. tak dan melecurla dah melompat kepanasan. Ni dia tak berasa.. panas sangat la tu.

Kenapala tak diikut nasihat doktor tu.. potong kaki.. untuk peringkat awal.. mungkin boleh potong takat buku lali or bawah lutut. Kot boleh elak kuman merebak. Dibiar mcm ni.. nak usaha cara kampung.. sayangkan kaki.. takut jadi kudung... now.. tak boleh guna jugak walau masih ada kaki tu.

Pakcik aku sorang potong kaki. Memang awal2 reluctant.. tapi ikut je nasihat doktor. Potong paras bawah lutut. Now alhamdulillah kuman tu tak melarat. Guna wheelchair, dialisis .. dan masih boleh berkebun and jalan2 bercuti. Nak sihat macam dolu2 memang tak la.. tapi sekurang2nya boleh elak yang lebih teruk
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 12:44 PM | Show all posts
1. kebas sbb kencing manis tak terkawal.

2. pegi tungku, benda tu panas, pacik maybe dah x boleh rasa sbb kaki dah kebas. tgk2 dah melecur. kaki kencing manis ni kalau luka habis la. especially kencing manis teruk. senang infection.

3. kaki pakcik tu wajar dipotong. tgk dressing pun kaler dah semacam. kalau tak potong, boleh kena sepsis. septic shock, lps tu paham2 sendiri jela.

4. ramai org x nak potong kaki sbb byk risiko. lps ptg kena jaga betul2. luka sembuh baru boleh physio utk pakai kaki palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena ajar dari muda2 cara pemakanan yg betul. Kena buat kempen besar-besaran. Kalau tak memang forever la baca berita macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Org diabetics mmg tak blh rendam kaki air panas ke atau bertungku. My husband pernah tersilap dulu rendam kaki kat Felda Sungkai punya air panas tu, mmg melepuh tulang keringnya keluar cecair.  

Pastu iols bagi minum air gamat, dia amalkan bbrp bulan, luka melecet tu pun bertaut balik.  Air gamat rasa masin macam air laut katanya... Rasa kalau tak kena gaya tak kuat semangat, tak lalu nak habis.

Dia pun dah stop makan Mecomin, dan ikut ubat doktor hospital bagi je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 26-2-2021 01:30 PM
prettyuglybabe replied at 26-2-2021 11:21 AM
antivaxx takde petua ke nak ubatkan kaki beliau?
rendam habatussauda ke, minyak zaitun, air zam zam ...

Yang kau bodoh tak reti mintak vaksin kat Bill Gates untok pokcik ney kenape?  Bukan kau hantu vaksin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:37 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-2-2021 01:29 PM
Yang kau bodoh tak reti mintak vaksin kat Bill Gates untok pokcik ney kenape?  Bukan kau hantu vak ...

kencing manis ada vaksin meh?
are u that stupid?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:46 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-2-2021 07:10 PM

kenapa dia bertungku sebaba kebas? pins and needles kan? sesemut kan kebas kebas ni?
dia ada penyakit saraf ke diabetes ye , selalunya kekebas ni type 2 diabetes lah. tapi kat article tak dinyatakan pulak?

bahaya mengenakan bebenda panas bila hujung saraf kulit kekebas sebab saraf tu  tak dapat proses rangsangan sakit dan haba yg dikesan dari kulit ke otak , sebabnya uraf saraf tu dah tak berfungsi dengan baik, rosaklah.jadi isyarat ' sakit dan panas' - persepsi deria ' sakit ' dan ' panas' ni tak dapat ditafsir diotak sebab tuuu, dia tak sedar.semua bhn rangsangan deria ni , input saraf ni mesti tiba kat korteks otak batulah kita dikatakan ' sedar akan persepsi itu ' . bwah dariotak u tak akan sedar nyer.

sebab apa rosak? selalunya org yg berpenyakit diabetes ni , kan kandungan glucose atau gula dalam darah tu tinggi ( dalam bentuk sorbitol kot - i lupa dah ) , so gula gula ni akan kerap berkumpul kat salur darah halusssss  yg melingkari urat urat saraf kecil , vasa nervorum tu dan ia akan menjejaskan aliran darah dan segala pertukaran  bhn yg penting , bak kata ia akan ganggu fungsi salur darah tu dan nerve pun tak dpt bekalan yg baik dari salur darah tu.maka saraf pun dah tak elok jadinya.
so in a way , rosaklah.

kesian pulak, sebab dah gangrene. kuman dah masuk melalui luka. Kuman + gula dalam darah = party.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-2-2021 01:37 PM
kencing manis ada vaksin meh?
are u that stupid?

Mana tau.  Mintak2 dapat..  Kah2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:55 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-2-2021 01:37 PM
kencing manis ada vaksin meh?
are u that stupid?

haisshh....u ni garangnyer haishhh...dia tak tau tak palaa...hehee
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 02:01 PM | Show all posts
che-cikL replied at 26-2-2021 01:00 PM
Org diabetics mmg tak blh rendam kaki air panas ke atau bertungku. My husband pernah tersilap dulu r ...

wow, melepuh ( rujuk kamus DBP hehehe ) ....maksudnya menggelembung cecair dalam kulit ...wah ni dah macam melecur le kan?bless him.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list