Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
657
View
0
Reply

30 Tahun Simpan Mayat Ibu Dalam Tong Atas Bumbung Rumah

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-2-2021 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Seoul: Simpan mayat ibu selama 30 tahun.


Itu tindakan lelaki di Dongdaemun di sini, yang mengaku menyimpan mayat ibunya di dalam tong di bumbung rumah, lapor Yonhap News Agency.


Menurut polis tempatan, lelaki itu tinggal di rumah terbabit.


Ketika disoal siasat, dia mengaku menyimpan mayat itu kerana terlalu sayang.


Pada mulanya, mayat wanita itu ditemui pekerja pembersihan di dalam tong di tingkat tiga di rumah berkenaan.


Pekerja itu melaporkan penemuan itu kepada polis.


Susulan kejadian, polis memulakan siasatan pada 10 Februari lalu.


Berdasarkan siasatan, mayat wanita itu ditemui dibungkus dengan kain putih dan disaluti bahan organik seperti lilin.




Gambar Hiasan




Pasukan penyiasat yakin pemuda terbabit bercakap benar ketika memberi keterangan kepada polis.


Bagaimanapun, pasukan forensik mengambil sampel untuk ujian deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan hubungan antara lelaki itu dan mangsa.


Polis juga meneliti kemungkinan membatalkan dakwaan terhadap lelaki berkenaan.


Sementara siasatan dijalankan, pemuda berkenaan ditempatkan di pusat jagaan.


Dalam pada itu, ahli keluarga lain memutuskan untuk mengebumikan mayat ibu mereka selepas siasatan kes selesai. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:06 AM | Show all posts
kira teknik dia berjaya laa menghapuskan bau??
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:57 AM | Show all posts
fuhh
mcm dlm filem psycho
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list