Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
392
View
0
Reply

[Tempatan] Hentikan Bantahan, Langkah Usir Pendatang Myanmar ‘Tidak Dibuat Terburu-Buru’, Kata Pakar

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-2-2021 08:56 AM | Show all posts |Read mode

Jabatan Imigresen mengizinkan tiga kapal tentera laut Myanmar membawa pulang pelarian Myanmar dan pencari suaka beberapa jam selepas menerima perintah mahkamah menghalang langkah tersebut. (Gambar Reuters)


FMT

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mempertahankan langkah kerajaan menghantar pulang lebih 1,000 pendatang tanpa izin ke Myanmar walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan sementara langkah itu.

Pakar Kajian Strategik dan Antikeganasan Universiti Malaysia Perlis Mizan Mohammad Aslam berkata, semua pihak perlu melihat pengusiran itu secara holistik demi keselamatan negara, bukannya membantah secara beremosi.

Katanya, langkah itu tidak diambil secara terburu-buru, malah dirancang sejak sekian lama dengan mengambil kira faktor hubungan diplomatik.

“Perlu diingat, kerjasama untuk menghantar pulang pendatang yang termeterai antara Malaysia dan Myanmar adalah julung-julung kalinya diadakan,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas bantahan beberapa kumpulan terhadap pengusiran tersebut.


Mizan Mohammad Aslam


“Ia adalah detik bersejarah dan mempunyai implikasi besar, terutama kepada hubungan dua hala diplomatik antara kerajaan Malaysia dan Myanmar.

“Terma yang terkandung dalam perjanjian yang termeterai antara kedua negara ini pastinya tidak boleh dihuraikan kepada umum kerana ia melibatkan keselamatan kedua-dua negara.”

Mizan, yang juga ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri, tidak menolak tindakan beberapa kumpulan membantah pengusiran itu dibuat atas kepentingan tertentu, termasuk agenda politik.

Beliau turut mencadangkan supaya Malaysia menyelesaikan isu berkaitan pelarian Myanmar termasuk Rohingya di negara asal mereka.

“Perlu dilihat juga prospek Malaysia dan Asean bekerjasama dengan kerajaan Bangladesh untuk memperkukuh kedudukan Pulau Bashar Chan yang dikhaskan untuk pelarian agar masalah ini tidak dibawa masuk ke Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Human Rights Watch (HRW) menggesa ketua pengarah imigresen digantung tugas dan satu siasatan dibuka berhubung penghantaran pulang lebih 1,000 pendatang tanpa izin ke Myanmar walaupun terdapat perintah mahkamah untuk menghalang langkah tersebut.

Walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan sementara untuk menghentikan pengusiran membabitkan hampir 1,200 pelarian Myanmar dan pencari suaka kembali ke tanah air mereka, Jabatan Imigresen mengizinkan tiga kapal tentera laut Myanmar untuk membawa mereka dari pangkalan tentera laut di Lumut, Perak, beberapa jam kemudian.

Sambil menyifatkan Jabatan Imigresen seolah-olah berada “di atas undang-undang”, timbalan pengarah HRW (Asia) Phil Robertson berkata, langkah itu “benar-benar keterlaluan dan tidak dapat diterima”.

Menurut Jabatan Imigresen, pendatang asing tanpa izin tersebut dihantar pulang ke Myanmar secara sukarela.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi mampus lah hrw
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:21 AM | Show all posts
masa ni la aku merayu seluruh tentera bawang semua turun padang serang HRW tu. ini ttg kedaulatan negara malayasia kot n kau org luar nak kecoh apa hal ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:42 AM | Show all posts
Nak masuk sini naik tongkang pun boleh..nak htr bkn main susah..dh kapal askar Myanmar sendiri dtg ambik..pandai la diorang..nak tolak masuk masuk laut semua sekali pun lantak la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawa balik NEGARA SENDIRI  ko kata salah.....masuk secara haram negara orang ko diam...Ingt Msia ni...'tempat pembuangan sampah'....ke....sukati jer ko 'campak' orng kat Msia ni...jilake betul la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah rakyat mereka, pandai2 lah kjaan Myanmar
Mesti mereka nak rakyat mereka semula
Bodoh bangang HRW Phil apa ntah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list