Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2107
View
33
Reply

Layan tiga anak conteng dinding rumah

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Layan tiga anak conteng dinding rumah

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... nteng-dinding-rumah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 8:30 PM

Murnaena Muhammad Nasir
am@hmetro.com.my


Anak sulung Muhammad Haffiz, Intan Nur Hanifah, menunjukkan contengan yang dihasilkan dia dan adik-adiknya.  FOTO ihsan pembaca

Kuala Lumpur: Kelakuan anak-anak menconteng dinding di rumah kebiasaannya tidak disenangi ibu bapa.

Namun berbeza bagi bapa tiga anak, Muhammad Haffiz Yaakop, 37, yang memberi lampu hijau kepada anak-anaknya menghasilkan contengan di dinding.

Dia yang bekerja sebagai Juruteknik Pengeluaran di sebuah kilang berkata, rutin anak-anaknya menconteng dinding itu bukanlah dianggap satu masalah sebaliknya mengabadikannya sebagai suatu memori keluarga.

"Rumah yang saya beli ini juga dinamakan 'Rumah Iepa' sempena anak sulung, Intan Nur Hanifah, 10, maka saya biarkan saja dia dan adik-adiknya menconteng.

"Tetamu datang juga seronok melihat kesan contengan yang dibuat anak-anak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia dan isteri, Intan Hanina Mohd Sirat, 38, tidak menganggap contengan anak-anaknya itu sebagai musibah.

"Kelakuan anak-anak itu tidak bermaksud kami gagal mendidik dan tidak pulak memberi kebebasan mutlak kepada mereka.

"Kebiasaannya kami akan turut serta setiap aktiviti yang mereka lakukan seperti bermain permainan video atau melayari media sosial.

"Dengan cara ini, secara tidak langsung kami dapat memantau aktiviti harian anak-anak," katanya yang menetap di Labu, Negeri Sembilan.


Muhammad Haffiz bersama keluarganya. FOTO ihsan pembaca

Bercerita lanjut, Muhammad Haffiz berkata, contengan pertama dibuat anak sulungnya sejak usia tiga tahun lagi.

"Saya ada rekod contengan pertama kakak sulungnya di dapur, saya fikir waktu itu sikit saja dan masih awal lagi.

"Apabila adik-adiknya, Muhammad Nur Hanif, 7, dan Intan Nurhana Muhamad Haffiz, 6, meningkat usia, tidak sangka mereka pula sambung 'legasi' kakaknya.

"Mula-mula sikit saja, lama-kelamaan saya menjadi seorang bapa yang lebih penyabar," katanya.

Muhammad Haffiz juga sering membuat perkongsian mengenai aktiviti bersama keluarganya di Facebook, Youtube dan Instagram.

"Banyak aktiviti kami anak-beranak lakukan bersama, tujuannya saya mahu anak-anak menganggap saya sebagi kawan dan tidak kekok untuk meluahkan sesuatu.

"Saya juga muat naik kebanyakan aktiviti kami di media sosial supaya ia menjadi kisah hidup kami secara tidak langsung video dan gambar itu menjadi 'back up' data supaya kami dapat tonton di masa hadapan," katanya.

Terdahulu, Muhammad Haffiz memuat naik beberapa bahagian contengan dinding yang dilakukan tiga orang anaknya di Facebook sehingga mendapat pelbagai reaksi warganet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-2-2021 11:07 PM | Show all posts
Teringat dulu iolss beraya rumah jiran. Penuh hasil seni anak2 dia kat dinding tu. Dia cakap malas la nak cat. Nanti anak dia conteng balik. So dia biar je.

Kalau macam budak2 yg mak iolss jaga ni, takde lak dorg conteng dinding. Mak iolss bagi buku conteng, dorg conteng la situ. Tapi kadang2 tu terconteng jugak simen. Seb baik boleh padam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lebih baik...daripada....MENCONTENG arang ke muka mak,apak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mcm kesalahan besar pula anak2 conteng dinding ibarat kita tak didik.  Anak aku pon kdg2 terlepas jugak ke dinding walau dh larang keras. Dh bagi kertas buku semua.  Bila tanya kenapa dinding dia jawab nak lukis yg lagi besauuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 23-2-2021 11:23 PM
lebih baik...daripada....MENCONTENG arang ke muka mak,apak...

Apa ye nama filem melayu yg start dgn anak dia conteng arang kat dinding & muka bapak dia. Hattan kot yg jadi bapak tu. lama dah iols cari.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-2-2021 11:36 PM
Tapi mcm kesalahan besar pula anak2 conteng dinding ibarat kita tak didik.  Anak aku pon kdg2 terlep ...

Betul jugak jawapan anak cuolls. So nanti belikan kertas mahjong dekat dia takpon cat satu dinding tu pakai cat blackboard tu kehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah hg, lantak hg lah. Asalkan kalau pegi rumah org deorg behave dan tak buat perangai loqlaq suka2 hati, sudah. Jgn pula kalau pg rumah org hg tak tegur perangai tak senonoh anak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dah besar jaga mak ayah baik2 macam mana dia jaga awak penuh kasih sayang
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 23-2-2021 11:37 PM
Apa ye nama filem melayu yg start dgn anak dia conteng arang kat dinding & muka bapak dia. Hattan  ...

Cerita Buli afdlin shauki
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 01:07 AM | Show all posts
naina replied at 23-2-2021 11:36 PM
Tapi mcm kesalahan besar pula anak2 conteng dinding ibarat kita tak didik.  Anak aku pon kdg2 terlep ...

Terlepas tu lain cite sis...kita tau budak dlm peringkat nak explore mcm2.
Tapi kalau  dibiar esok pegi rumah orang pun dia buat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 02:55 AM | Show all posts
Maaflah, bukan bokeh simpan sampai tua pun, lepas tu apa? Beli cat..





Tak minat rumah berconteng, nampak comot aje, nampak selerak, nampak cam tak peduli aje anak buat apa..

Hidup kena disiplin, my daughter hobi dia melukis, ingat rumah kami ada contengan, langsung tidak, me asuh conteng kat kertas.

Dinding penuh lukisan, dan nampak lebih cantik bandingan contengan kat dinding entah apa apa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 04:02 AM | Show all posts
naina replied at 23-2-2021 11:36 PM
Tapi mcm kesalahan besar pula anak2 conteng dinding ibarat kita tak didik.  Anak aku pon kdg2 terlep ...

aku penah beli whiteboard n blackboard yang jenis tampal kat dinding...  idok le deme conteng kat situ...  dinding jugak yang dicari...  menangis aku...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 24-2-2021 02:55 AM
Maaflah, bukan bokeh simpan sampai tua pun, lepas tu apa? Beli cat..



komen yg POYO, alih2 nak crite anak dia la paling bagus baik serba serbi, org lain comot tak de displin la, bla bla bla..makcik bawang la ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 08:44 AM | Show all posts
kakigebang replied at 23-2-2021 06:26 PM
komen yg POYO, alih2 nak crite anak dia la paling bagus baik serba serbi, org lain comot tak de di ...

Suka hatilah, dah anak sendiri..takkan nak cerita yang tak betul semata mata tak mau dipanggil poyo hahhahhaahhahahahhahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 08:53 AM | Show all posts
faraway1 replied at 24-2-2021 02:55 AM
Maaflah, bukan bokeh simpan sampai tua pun, lepas tu apa? Beli cat..

betul sis, i berpendapat anak nak salurkan kreativiti bukan di dinding. masa diorang kecik - kecik i bawa balik kertas recycle dari office utk diorang melukis dan menconteng. kalau diorang conteng dinding sila lap cuci semula. tak kisah la orang nak kata apa yang penting i nak ajar disiplin esok - esok jangan dinding toilet sekolah or mana - mana tempat awam kau pergi conteng.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 09:14 AM | Show all posts
arffa replied at 23-2-2021 07:53 PM
betul sis, i berpendapat anak nak salurkan kreativiti bukan di dinding. masa diorang kecik - kecik ...

Kan.. Kenalah asuh, tu semua kira disiplin..Bukan dikasi buat segala mala atas nama kononnya tanda anak bijak.



Dulu me ada penyewa, anak dia autism, tapi satu dinding tak diconteng sama sekali, heran gila, sebab anak dia pecahkan tingkap tu semua, tapi dinding cantik, so me tanya mak dia, dia jawab sentiasa ada kertas dan pantau.

So maknanya bolehlah diajar bukan ikut aje kata anak.

So itu me buat dengan anak..


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:38 AM | Show all posts
Maafla, aku tak berapa nak setuju pasal conteng dinding rumah ni. Bagi aku mencontengboleh tapi kena pada medium yang betul. Anak-anak perlu didik dengan disiplin, rasa hormat dan rasa tanggungjawab. bagi aku conteng dinding satu aktiviti tak bertanggungjawab. Belila kertas mahjung ke, white board ke dan bagitahu anak kenapa tak boleh conteng dinding. Iya conteng tu satu medium kreativiti anak tapi biar kena pada tempat. Comot satu hal, lps tu anak akan pikir ala conteng jelah..dinding je kot..aduhh..sedih sbb patutnya mereka dh start tanam pd jiwa anak-anak , rumah kena kemas, nak conteng kena kena pada tempat. Rumah tu jiwa kita bg aku laa..kalau dinding serabut dengan contengan, jiwa mata yg tengok pun akan jadik serabut. Ni pada akula.Pendapat orang lain-lain. Aku  tetap kata melepaskan anak conteng dinding tanpa had adalah satu kesalahan besar
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 drpd kecik wajib ajar mana boleh mana x boleh mana yg okay utk buat salah dan kena betulkan balik
Sebab dunia ada undeng2
Apatah lagi akhirat
Takde makna nak sekat kreativiti anak
Kalau anak conteng dinding
Sila ajar anak padam balik
Sampai bersih
Selagi terus menconteng di dinding atau tempat2 yg x dibagi kebenaran oleh makpak selagi itu anak2 wajib bersihkan balik
Kecuali mak Pak bg sbb nak ajar jangan sukahati dengan barang yg bukan hak sendiri
Mana best
Conteng kertas kemudian jadi frame jadi kenangan atau conteng dinding pastu kena padam sampai bersih
Anak2 ni kadang cakap saja x lekat kat kepala jadi kena cakap tunjuk dan buat juga pantau
Ingat senang nak didik anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 24-2-2021 04:02 AM
aku penah beli whiteboard n blackboard yang jenis tampal kat dinding...  idok le deme conteng kat  ...

Aah. Xberminat la dorg ni benda2 kecik cmtu. Nak besar alam2 mcm dinding tu jugak dicari.. Geram je. Nak cat penat tahuuu. Hai la anakkk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 24-2-2021 08:44 AM
Suka hatilah, dah anak sendiri..takkan nak cerita yang tak betul semata mata tak mau dipanggil poy ...

Tp bukan ke omputih mmg ada dinding khas dorg conteng, baling2 cat,mural..tu klu xdidik betol2 pon blh lepas kedinding luar jugak tu. Konsepnya biar anak explore gituhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list