Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
763
View
1
Reply

[Tempatan] Cabul wanita atas motosikal

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Cabul wanita atas motosikal

https://www.kosmo.com.my/2021/02/23/cabul-wanita-atas-motosikal/

Oleh ROHANA MOHD. NAWI
23 Februari 2021, 8:39 pm


Gambar hiasan

KOTA BHARU C Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa yang berusia 26 tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh adik perempuannya dari Taman Tengku Anis di sini untuk pulang ke rumah.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dihampiri sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Katanya, lelaki yang berusia 22 tahun itu secara tiba-tiba memegang bahagian badan wanita berkenaan sebelum memecut laju meninggalkan mangsa.

Ketika melarikan diri, mangsa sempat mengecam motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang suspek.

Mangsa yang bekerja sendiri terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira pukul 9.23 malam, katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, polis terus menjalankan gerakan mengesan lelaki terbabit dan berjaya menahannya di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor di sini.

Katanya, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi selepas kira-kira empat jam polis menerima laporan daripada mangsa.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Lelaki terbabit yang bekerja sendiri ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut, katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. -K! ONLINE.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-2-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak memasal tido lokap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list