Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
864
View
7
Reply

[Tempatan] Kumpulan anti-vaksin jual produk pilihan rupanya

[Copy link]

Author: R2D2    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan anti vaksin ada agenda lain?   
myMetro>mutakhir
BERNAMA

Kuala Lumpur: Menjual produk yang kononnya mampu menjadi alternatif kepada vaksin adalah antara objektif kumpulan anti vaksin di Malaysia untuk terus menentang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S.Malar Santhi berkata, apabila kumpulan anti vaksin berjaya membuatkan orang ramai keliru mengenai vaksin, maka mereka boleh menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin Covid-19 seperti vitamin C, magnesium atau pelbagai jenis minyak.

"Selain itu, kumpulan anti vaksin di negara ini juga seakan-akan mendapat satu kepuasan apabila mereka berjaya mempengaruhi individu lain supaya menolak vaksin.

"Itu antara manfaat yang mereka perolehi berdasarkan pemerhatian saya," katanya menerusi program Malaysia Petang Ini bertajuk 'Vaksinasi negara akan berjaya' terbitan Bernama TV di sini, tadi.

Dr Malar Santhi yang juga antara pakar pegawai perubatan aktif di media sosial, turut menjelaskan kebanyakan individu yang menolak vaksin tidak mempunyai hujah atau maklumat yang munasabah dan berasas, malah bertentangan dengan ilmu sains.

Beliau yang percaya program vaksinasi negara akan berjaya, menyeru semua rakyat Malaysia berlapang dada mendapatkan vaksin Covid-19 kerana petugas barisan hadapan dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu dan ia akan membina keyakinan rakyat di negara ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula esok, dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 individu.

Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya membabitkan 9.4 juta individu manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 7:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-2-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang antivac tu makan sampai 1000 ke 2000 vitamin sehari ngadu cirit birit bila mkn vitamin dah pakar sangat napa ngadu cirit birit?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:00 PM | Show all posts
Minyak dhab ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ko longgokkan orang2 yang nak spread awareness dengan kaki bisnez ney sume..  Kasehan.  Terdesak sangat dah nak tutop keburukan vaksin, which kat manual dalam kotak dia pon ade tulih sekali la mangkok oii..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau pun marah bila org xbg diorg gi hosp bila emergency
Tp puak bengap ni, nnt dah sihat mula kecam doktor sbb suntik ubat2 yg diorg tak sempat google ingredient nya
Menyusahkn je.

Org xpnh nk kecam madu ke habbatussauda ke
Org marah diorg overclaim je

Screenshot_20210223_094048.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:33 PM | Show all posts

Sama laa.... ko kecam obat moden, selit teori konspirasi ujung-ujung jual produk sambil selit bau-bau islamik.
Dr. pun lulusan OIUCM.
Yang jenih low information citizen tu telan ajer laa bulat-bulat.

http://cvtmalaysia.blogspot.com/2018/11/penjelasan-prof-nw.html
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 23-2-2021 09:39 PM

Buad live streaming cucok 1 sepital ko tu sudah la duktur oii..  Usah la cucok nurse aje.  Nurse malam2 memang kene cucok pon..  So duktur cucok last ka pehtu korang yang cucok each other?  Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul sgtttt. Kwn aku la tuu. Beriya kutuk2. Ha skrg dia jual mcm2 magnesium la vit c la. Benda supplement percaya pulak. Xpaham aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list