Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
336
View
0
Reply

[SARAWAK] 428 pelajar di Sarawak tidak dapat duduki SPM kerana pandemik COVID-19

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 05:02 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai 428 pelajar dari 32 buah sekolah di seluruh Sarawak tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seramai 414 orang dan kes positif COVID-19 (14).

Daripada jumlah tersebut, 205 orang pelajar ialah lelaki dan 223 orang pelajar perempuan, katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Norisah Suhaili memberitahu seramai 35,312 pelajar di Sarawak menduduki peperiksaan SPM 2020 yang bermula 22 Februari hingga 25 Mac 2021.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 33,064 pelajar atau 93.63 peratus merupakan calon SMK dan 942 orang atau 2.67 peratus adalah calon Sekolah Menengah Swasta.

Manakala 361 orang atau 1.02 peratus pula merupakan calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 945 orang atau 2.68 peratus adalah calon persendirian.

Calon-calon berkenaan akan menduduki SPM di 294 pusat peperiksaan dengan diawasi seramai 226 orang penyelia kawasan dan 2,566 pengawas peperiksaan, katanya sambil menasihati pelajar dan guru supaya sentiasa mematuhi amalan SOP sepanjang tempoh pandemik.

Marlinda Mardzuki



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list