Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
396
View
5
Reply

[SARAWAK] Covid19 19/02/2021

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-2-2021 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 69 kes.

Manakala terdapat 199 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (126), Kapit (15), Sri Aman (13), Bintulu (13), Kuching (7), Miri (6), Dalat (5), Kanowit (5), Meradong (4), Subis (2), Samarahan (1), Serian (1) dan Beluru (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,624 kes.

A. Kes Kematian Baharu COVID-19.
I. Kes Kematian Ke-68.
Kes kematian ke-68 merupakan kes ke-7,089 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan masalah kesukaran bernafas. Saringan ujian rt-PCR yang telah dibuat di hospital adalah positif pada 16 Februari 2021.
Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 18 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.

II. Kes Kematian Ke-69.
Kes kematian ke-69 merupakan kes ke-5,862 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 83 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan nafas. Kes mengalami gejala demam, batuk dan kurang selera makan beberapa hari yang lepas. Saringan ujian rt-PCR yang telah dibuat di hospital adalah positif pada 08 Februari 2021.

Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Dislipidemia.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 19-2-2021 07:01 PM | Show all posts
B. Kes Baharu COVID-19

I. Daerah Sibu (126 Kes)
a) 103 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 15 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Sibu.
c) 8 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Sibu.

II. Daerah Kapit (15 Kes)
a) 9 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Kapit.
c) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Kapit.
d) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
e) 1 kes merupakan saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan di daerah Kapit.

III. Daerah Sri Aman (13 Kes)
a) 8 kes saringan orang kena tahan (OKT) melibatkan warganegara Indonesia. Kes ini dikategorikan sebagai kes Import A iaitu mendapat jangkitan dari Indonesia.
b) 4 kes yang melibatkan kluster Kejatau.
c) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Samarahan.

IV. Daerah Bintulu (13 Kes)
a) 10 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Jun Heng.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Bintulu.

V. Daerah Kuching (7 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan kluster Jalan Green.
b) 2 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes ini dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Kuala Lumpur.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Kuching.
d) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Kuching.

VI. Daerah Miri (6 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Miri.

VII. Daerah Dalat (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VIII. Daerah Kanowit (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

IX. Daerah Meradong (4 Kes)
a) 4 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Meradong.

X. Daerah Subis (2 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XI. Daerah Samarahan (1 Kes)
a) 1 kes merupakan saringan sebelum bersalin di fasiliti kesihatan di daerah Samarahan.

XII. Daerah Serian (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Univista. Kes dikategorikan sebagai kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Samarahan.

XIII. Daerah Beluru (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Seruas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2021 07:04 PM | Show all posts
C. Kluster Baharu [Dua (2) Kluster Baharu]

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu jangkitan COVID-19 seperti berikut:

I. Kluster Jalan Green, Kuching.
Kluster Jalan Green adalah satu kluster komuniti yang telah dikesan di Daerah Kuching. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,093 dan ke-7,094 yang telah dikesan melalui saringan orang kena tahan (OKT) tangkapan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 14 Februari 2021 di Daerah Kuching. Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak-kontak kepada kedua-dua kes indeks ini, tambahan empat (4) kes telah dikesan. Sehingga 19 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari seramai 148 individu telah disaring dimana
• 6 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• 30 kes negatif, dan
• 112 kes masih menunggu keputusan.

Kesemua enam (6) kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Tiada kematian melibatkan kluster ini.

II. Kluster Kejatau, Sri Aman.
Kluster Kejatau adalah satu kluster di tempat kerja yang melibatkan sebuah pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan Fasa 2, Jalan Kejatau, di Daerah Sri Aman. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,437 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 27 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Sri Aman. Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak-kontak kepada kes indeks ini, tambahan enam (6) kes telah dikesan iaitu lima (5) kes dalam kalangan rakan sekerja dan satu (1) kes dalam kalangan ahli keluarga. Empat (4) kes baharu dilaporkan hari ini.
Sehingga 19 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari seramai 92 individu telah disaring dimana
• 7 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• 6 kes negatif, dan
• 79 kes masih menunggu keputusan.
Kesemua enam (6) kes telah dimasukkan ke PKRC Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Tiada kematian melibatkan kluster ini.

D. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 24 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Jalan Green, Kuching : Baru diisytiharkan hari ini.
II. Kluster Kejatau, sri Aman : Baru diisytiharkan hari ini.
III. Kluster Jan Yong, Kapit : tiada penambahan kes.
IV. Kluster Geronggang, Sibu : tiada penambahan kes.
V. Kluster Mas Merah, Sibu : tiada penambahan kes.
VI. Kluster Univista, Samarahan : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 47. Sejumlah 200 individu telah disaring dimana, 143 negatif dan 10 masih menunggu keputusan makmal.
VII. Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching : tiada penambahan kes.
VIII. Kluster Gelong, Kapit : tiada penambahan kes.
IX. Kluster Kidurong Dua, Bintulu : tiada penambahan kes.
X. Kluster Nanga Lijan, Julau : tiada penambahan kes.
XI. Kluster Seruas, Beluru : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 80 kes. Sejumlah 350 individu telah disaring dimana, 246 negatif dan 24 masih menunggu keputusan makmal.
XII. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes.
XIII. Kluster Jun Heng, Bintulu : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33 kes. Sejumlah 300 individu telah disaring dimana, 243 negatif dan 24 masih menunggu keputusan makmal.
XIV. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes.
XV. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes.
XVI. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes.
XVII. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes.
XVIII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes.
XIX. Kluster Rakut, Miri : tiada penambahan kes.
XX. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes.
XXI. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes.
XXII. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 10 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2609 kes. Sejumlah 35,000 individu telah disaring dimana, 32,192 negatif dan 199 masih menunggu keputusan makmal.
a) Sub-Kluster Tangap (Subis) : tiada penambahan kes.
XXIII. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes.
XXIV. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2021 07:05 PM | Show all posts
E. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Terdapat 121 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (73), PKRC di bawah Hospital Kapit (17), Hospital Umum Sarawak (13), Hospital Miri (10), Hospital Sarikei (4) dan Hospital Bintulu (4). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 5,479 orang atau 71.87% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,047 orang dimana:
⚫️ 1,136 kes di Hospital Sibu;
⚫️ 309 kes di Hospital Miri;
⚫️ 198 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
⚫️ 171 kes di Hospital Umum Sarawak;
⚫️ 162 kes di Hospital Bintulu;
⚫️ 55 kes di Hospital Sarikei;
⚫️ 14 kes di Hospital Sri Aman (PKRC Sri
⚫️ Aman); 1 kes di Hospital Limbang;
⚫️ 1 kes di PKRC Lawas.
Hari ini, 238 PUI baru telah dilaporkan dan sebelas (11) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2021 07:05 PM | Show all posts
Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.

Daerah Sarikei telah kembali ke status Hijau daripada status Kuning setelah tiada (0) kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2170 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua belas (12) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Lundu juga kekal berstatus Jingga dengan 28 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sri Aman, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 98 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala 12 daerah lain kekal berstatus Hijau.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2021 07:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list