Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
356
View
0
Reply

Mandikan Kereta Dengan Air Yasin Amalan Khurafat

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-2-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Mandikan Kereta Dengan Air Yasin Amalan Khurafat

“Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang lain. Maka (perbuatan sebegitu) perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan ikutan,” tegas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.




Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir individu beragama Islam yang dipercayai memandikan kenderaan baharu mereka menggunakan air daripada solat hajat dan bacaan Surah Yasin.

Berdasarkan perkongsian beberapa individu menerusi laman media sosial Facebook, difahamkan langkah tersebut diambil untuk mengelakkan kenderaan mereka ditimpa perkara tidak diingini misalnya kemalangan atau kecurian.

Amalan dikongsi melalui ruangan komen sebagai respons terhadap berita kemalangan melibatkan kenderaan milik seorang pelakon terkemuka tanah air, baru-baru ini.

“Solat hajat dan membaca Surah Yasin memang perbuatan yang elok. Tapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya, itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.

“Senang kata, amalan itu baik pada asalnya. Tapi kemudian (bertukar) jadi buruk hingga membawa tanggapan serong dalam kalangan masyarakat disebabkan perbuatan sebegini,” katanya.

Menurut Mohd Yusof, tindakan mereka menguar-uarkan perbuatan tersebut kepada orang ramai juga secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah wujud cubaan menyebarkan fahaman sedemikian.

“Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu lagi tidak betul dan (boleh dianggap) khurafat. Nanti jangan ada pula yang hendak (pergi) merompak dan berjudi, tapi solat hajat terlebih dulu.

“Dalam hal ini, kita boleh ambil contoh apabila seseorang bermimpi jumpa Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa sesiapa yang bermimpi melihatnya, itu memang sahih kerana syaitan tidak dapat menyerupai dirinya.

“Tapi apabila individu yang mendapat mimpi itu asyik mencanangkannya ke sana sini, tetap tidak dapat lari daripada timbul fitnah walaupun perkara itu benar belaka,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan individu terbabit supaya merujuk kepada golongan ulama, sebelum mempraktikkan sesuatu amalan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Patutnya mereka dapatkan pandangan daripada orang yang betul-betul faham berkaitan agama terlebih dulu.

"Ketahui hukumnya sebelum buat,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list