Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5214
View
90
Reply

[Tempatan] Elak kahwin pasangan pembawa Thalassaemia, kata Dr. Don Ismail Mohamed. Ada bersetuju dengan dokor ini? Sila vote atau beri pendapat anda sendiri

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-1-2021 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-1-2021 07:04 AM

Elak kahwin pasangan pembawa Thalassaemia

https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/elak-kahwin-pasangan-pembawa-thalassaemia/

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
27 Januari 2021, 2:46 pm


DR. DON ISMAIL MOHAMED

PUTRAJAYA: Pelaksanaan saringan Thalassemia bagi pelajar tingkatan empat sejak 2016 adalah langkah tepat dalam memberi kesedaran kepada remaja sebelum menempuh alam perkahwinan atau sebelum memperoleh cahaya mata.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Kesihatan Sekolah, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Dr. Don Ismail Mohamed berkata, penyakit terbabit boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina, tetapi, saringan pada umur yang bersesuaian membolehkan kawalan ke atas penyakit ini.

Katanya, dari aspek patologi dan klinikal juga menunjukkan darah membabitkan pelajar tingkatan empat ataupun berusia 16 tahun ke atas mempunyai bacaan parameter seperti orang dewasa.

Atas sebab itulah, termasuk golongan itu (pelajar tingkatan empat) adalah tahun tiadanya peperiksaan utama, maka, kami bersama Kementerian Pendidikan menjalankan saringan, malah, ia bertepatan kerana mereka baru menginjak alam remaja sebelum perkahwinan.

Jika kita buat terlalu awal, sukar untuk mengenal pasti jenis penyakit ini kerana ia mempunyai pelbagai jenis Thalassemia iaitu Alpha, Beta atau Hemoglobin E (HbE). Apabila buat lewat, akan berlakunya keadaan sukar seperti saringan untuk berkahwin atau pun  ketika hamil maka sekiranya kedua-duanya (suami isteri atau ayah dan ibu) adalah pembawa, sudah pastinya anaknya akan ada risiko penyakit, katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Kempen Kesedaran Thalassaemia 2021, NowyouSEEme 2021 yang diadakan secara maya di Putrajaya.

Kempen terbabit dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dengan disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Muslimin Yahya dan Pengarah REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited, Mr Pablo Ortola Martinez.

Sementara itu, Dr. Adham dalam ucapan perasmiannya berkata, bagi individu yang telah disahkan sebagai pembawa Thalassaemia perlu memastikan pemilihan bakal pasangan hidup adalah betul dan dalam kalangan mereka yang tidak membawa gen penyakit ini sekali gus memelihara keturunan mereka.

Berdasarkan rekod, katanya,sejak 2016 hingga 2018, seramai 689,460 orang pelajar tingkatan empat telah menjalani ujian saringan di sekolah di mana seramai 31,716 orang pelajar telah dikesan sebagai pembawa Thalassaemia.

Ini bermakna seramai 464 dalam 10,000 pelajar tingkatan empat yang disaring adalah pembawa Thalassaemia atau lima peratus (seorang dalam setiap 20 orang yang disaring). Taburan pembawa Thalassaemia dalam kalangan mereka adalah berbeza-beza mengikut jenis dan lokasi.

Data saringan pembawa Thalassaemia pelajar itu pada tahun 2018 menunjukkan kadar pembawa Thalassaemia jenis Beta adalah lebih tinggi di Sabah dan  Labuan iaitu sebanyak 41.4 per 1000 orang pelajar yang disaring, katanya.

Tambahnya, manakala kadar pembawa Thalassaemia jenis Alpha adalah paling tinggi di Kedah iaitu sebanyak 42.9 per 1000 orang pelajar yang disaring.

Bagi kadar pembawa Thalassaemia jenis HbE pula, paling tinggi di Terengganu iaitu sebanyak 55 per 1000 orang pelajar yang disaring, katanya. -UTUSAN ONLINE


Single Polls, Total 74 Users voted
98.65% (73)
1.35% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 27-1-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mencegah lebih baik dari mengubati...cegah seblm parah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Daerah sy ni byk yg kena thalesemia, sy pembawa thalas, nasib baik suami tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:11 PM | Show all posts
bukankah umur 16 masih dikira kanak-kanak

mengapa diajarkan pasal kahwin?

ini satu kesalahan

bagaimana pula pasangan semburit thalassemia?

akan memberi kesan semasa aktiviti laga pedang dan hunus sarung pedang kah?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ikut rezeki, jodoh dan keazaman tuan punya badan yg sihat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
suzlye77 replied at 27-1-2021 03:06 PM
Daerah sy ni byk yg kena thalesemia, sy pembawa thalas, nasib baik suami tidak..

Anak2 ada yg dapat x? Smg till jannah puan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 27-1-2021 03:26 PM
Anak2 ada yg dapat x? Smg till jannah puan

Em.. Stakat ini baru dua anak yg kena cek dan kedua2nya bukan pembawa, yg 4 orang blm cek lg...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
suzlye77 replied at 27-1-2021 03:33 PM
Em.. Stakat ini baru dua anak yg kena cek dan kedua2nya bukan pembawa, yg 4 orang blm cek lg...

Oh ye ke alhmdlh... smg anak2 puan sehat2 lah belaka..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ada penyelesaian lain ka???@atau 'hingga hujung nyawa'..drng akn 'bersendirian'???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran tok iols.. kesian cucu dia 2 org kena penyakit ni.. selalu kena p tambah darahhh selalu dah lah kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-1-2021 03:39 PM
ada penyelesaian lain ka???@atau 'hingga hujung nyawa'..drng akn 'bersendirian'???

Carilah partner yg bukan pembawa.. mcm ayah iols ada tapi mak tak dak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 27-1-2021 03:38 PM
Oh ye ke alhmdlh... smg anak2 puan sehat2 lah belaka..


Yg jd bermasalah tuh kalo dua2 ada thalesemia tuh..kawan aku ada, suami tidak...aman jer kawin..dh beranak pinak.alhamdulillah sihat jer ank dia buat ms skrg
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
weols laki bini x penah pegi check pulak..tapi both sides mmg ramai gak yg ada thalasemia..belah my family, cuzens ramai ada..belah my husband, adik beradik n anak2 buah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-1-2021 03:39 PM
ada penyelesaian lain ka???@atau 'hingga hujung nyawa'..drng akn 'bersendirian'???

Kenalan iol dulu penghidap penyakit ni, nikah cuma beberapa tahun jer. Sebelum nikah mmg bakal isteri sedia maklum dan terima heol seadanya. Selepas kematian suami, sheol move on dan menikah baru.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat lg mse peknen hri tu ada sorg yg iols kenal ni dia pengidap thalasemia..

Xtahulah skg dia beranak anak dia mcmna
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:00 PM | Show all posts
tajuk sangat sangat MISLEADING !!!!!
Jangan jadi  manusia yg tidak bertanggungjawab dan BODOH!!

Apa yg disampaikan ialah .. pembawa thalasemia ELAK berkahwin dengan pembawa  thalasemia yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:12 PM | Show all posts
@Syd ini Dr Don

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:19 PM | Show all posts
bagi individu yang telah disahkan sebagai pembawa Thalassaemia perlu memastikan pemilihan bakal pasangan hidup adalah betul dan dalam kalangan mereka yang tidak membawa gen penyakit ini


celah bedah mana doktor tu kata elak kahwin pasangan pembawa Thalassaemia?

dah tu ko nak member tu stay andartu forever

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kawan aku dah tau dua2 ada thalasemia nak juga kawen. ha hadaplah sekarang 2 anak mereka sakit.
ujian tuhan konon.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:23 PM | Show all posts
itu mmg nama dia ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list