Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1730
View
13
Reply

[Tempatan] Dua-dua bagus! Kalau Ebit Lew ada NGO Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, Neelofa pun ada Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN)

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-1-2021 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 24-1-2021 02:31 PM

Infaq Pendidikan bantu murid asnaf
    myMetromutakhir
Hadzlan Hassan

Screenshot_37.jpg
Kuala Lumpur: Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) mengedarkan sebanyak 3,550 buku aktiviti sekolah rendah kepada murid di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, menerusi Program Infak Pendidikan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjalankan aktiviti berkenaan dengan kerjasama Persatuan Wanita Sihat Kuala Lumpur.

Sukarelawan PKN, Dr Azuraida Shahadan berkata, program berkenaan dirancang sejak November tahun lalu dan kini baru dapat dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada murid yang terpaksa berada di rumah sempena PKP 2.0.

Menurutnya, objektif program itu adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memberikan pendidikan yang sama tara kepada semua pelajar.

"Kita tahu bahawa ramai pelajar dalam kalangan asnaf dan di kawasan pedalaman sukar mendapat akses pendidikan sepanjang PKP, jadi dengan adanya sumbangan buku aktiviti yang mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini dapat membantu dan mengisi waktu mereka di rumah sepanjang PKP.

"Program ini juga mendapat tajaan utama sebuah syarikat penerbitan buku yang juga banyak terbabit dalam membantu kerja amal di Malaysia.

"Pengedaran sumbangan buku ini dibuat secara terus oleh sukarelawan yang menetap di kawasan berkenaan.

"Kita juga maklum akan prosedur operasi standard (SOP) dan PKP, kerana itu kita tidak mengadakan sebarang acara secara terbuka seperti sebelum ini," katanya.

PKN adalah sebuah NGO yang dipengerusikan sendiri oleh selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa.

Selain Infaq Pendidikan, PKN juga aktif dalam menganjurkan Infaq Jumaat, Infaq Masjid dan Tabung Covid-19.

Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menyumbang boleh terus ke Facebook atau Instagram Kasih Neelofa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 11:57 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 24-1-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibaiunta ke tak, asalkan bukan cuci duit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut buka benang ni kat bodgos.. baru dpt sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertubuhan ebit liew tu, ahli2 nya ikut turun padang bagi bantuan tak?
Kesian plak dia sorang2 ke sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai.. Bagila kat cerok2 mcm kuala selangor.. Ijok etc.. Kerinchi sume tu mostly dh dpt bantuan.. Plus byk ank pendatang je.. Bdasarkan pemerhatian kaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 06:38 PM | Show all posts
janji nama disebut2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 24-1-2021 06:28 PM
Alahai.. Bagila kat cerok2 mcm kuala selangor.. Ijok etc.. Kerinchi sume tu mostly dh dpt bantuan..  ...

Betul kan , bagi lah sumbangan kat tempat2 pendalaman yang diutamakan , ini bagi kat tgh bandar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:19 PM | Show all posts
dia pun nak gak ke...

persatuan kasih neolofa harimau menangis
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lmao boleh la naik rege produk sampah sarap donate 1% dkt charity sendiri gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:07 AM | Show all posts
Edited by aikee04 at 25-1-2021 07:08 AM

....better EL
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
X minat neelofa tp siapa yg buat baik kita dOakan semoga kebaikan itu terbalas utk nya
Amin
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:10 AM | Show all posts
Baguslah...boleh cepat2 bantu ummah miskin daif kat kelate nun...mcm kat benang sebelah pasal mak dgn anak2nya pi cari rezeki kuis sampah di tumpat nun....tokeh trademark tak jadi harimau menangis tu boleh tolong top up dana....jgn kaya sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi suka bagi sedekah kat Skuad Jenazah dan Firdaus Wong punya persatuan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dok perli tu buat apa dok cerca org je tau kat porem 24jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list