Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
4123
View
69
Reply

[Dunia] Berita mlm misteri:Lelaki ini 80 kali lapor Pulis Dakwa Dengar Bunyi Budak Berlari & Kerusi Diseret Dari Tingkat Atas...

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-1-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang berusia 57 tahun mendakwa telah menghubungi pihak polis sebanyak lapan kali sehari hanya kerana ingin melaporkan tentang bunyi bising yang dikatakan datang daripada tingkat atas rumahnya di Singapura. Dakwa lelaki ini lagi, bunyi bising yang keterlaluan itu telah mengganggu masa rehatnya di rumah.

Memetik laporan Mothership.sg, lelaki yang dikenali dengan nama Mr. Lu mendakwa bunyi bising itu mula terjadi sejak akhir tahun 2019. Meskipun Mr. Lu mendakwa sudah memberitahu jiran yang tinggal di tingkat atas rumahnya mengenai bunyi bising itu tetapi keadaan tersebut dikatakan masih sama.

Tidak ada gunanya memberitahu mereka tentang hal itu, suara tidak berhenti. Oleh kerana itu, kami tidak mempunyai pilihan selain melaporkan kepada polis.

Bercerita dengan lebih lanjut, Mr. Lu mendakwa antara bunyi yang sering didengarinya adalah bunyi seakan budak berlari, kerusi diseret pada lantai serta pintu yang ditolak dengan kuat. Malah, dia dikatakan sudah menghubungi polis hampir 80 kali sepanjang tahun melaporkan mengenai isu ini

Dalam satu temubual, jiran tersebut mendakwa langsung tidak melakukan apa-apa seperti yang dikatakan Mr. Lu malah mereka juga tidak mendengar bunyi bising tersebut.

Tambahnya lagi, agak mustahil bunyi bising itu datang daripada rumah mereka sedangkan kesemua kerusi dan meja yang berada di dalam rumah tersebut telah pun dilekatkan dengan lapisan getah sejak empat tahun lalu.

Difahamkan, ada pihak mendakwa bunyi bising tersebut berkemungkinan berpunca daripada masalah bunyi yang bergerak melalui objek melibatkan rekaan serta binaan bangunan itu sendiri. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar isu tersebut dan bunyi bising itu masih kekal misteri hingga ke hari ini.

Sumber: Mothership.sg

https://mothership.sg/2021/01/noise-disturbance-call-police/?fbclid=IwAR265QQXyef5zDoMRly77-pfHoqJNh_KmwmFkK59x5UpaY-GHcfvesBC2I0
IMG_20210124_012039.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 24-1-2021 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Br ni wsp jiran ats psl bunyi syiling dgn berlari yg kerap dgr
Sejak 5 thn lps x pnh tny ni
Sekali bila tny die jwb, ye ank sy tgh main dgn syiling
Finally settle misteri
Even though pnh je dgr jam 2, 3 pg
Yet, I take it as the sound coming from his children playing with the coins

Cuma bila tny psl ubah2 perabot
Die kata xde ubah2 pun
Lg kn mlm2 hr
In fact die pun ade dgr jgk
Same kes lh dgn mr lu ni jgk lh
Tp kita xde lh smpi call polis
Buat dek je



Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko suruh je dia labur dlm rm200 psg kamera CCTV .beli 4 cm Xiaomi night vision tu..powered  USB.psg kt semua bilik. Rekod 24jam..
Pasti takde bunyi lpasni psl entiti tu segan nk posing dpn kamera..

Serupa cm kt bank..nape toyol smpai skrg takut nk curi kt bank?dia sebenar nya segan sbb bank byk CCTV..tu yg dia tk curi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Entiti2 ni buat keje mlm je ke? Awat depa tak buat waktu siang sekali ye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 24-1-2021 08:11 AM
Entiti2 ni buat keje mlm je ke? Awat depa tak buat waktu siang sekali ye?

Siang-siang panas, tunggulah matahari sejuk dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
rumah yg tak bertingkat pun kdg2 ade bunyi atas siling dan i tahu ade musang yg slalu mundar mandir kat atas tu sbb dah nampak sendiri die slamba ke merayap kat atas tu. tp i ade pengalaman duk rumah bertingkat ni mmg everynight ade je duk seret mcm2. sedangkan umah atas dah lama xde penghuni. mula2 suspen tp dah lama2 rasa biasa plus annoyed yelah.. kdg2 trlalu bising sampai ade roomate yg jerit' hoi diamla sikit! aku nk buat keje ni'. n bunyi mmg akan stop kejap. lawak plak igt balik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa saya duduk kat condo dulu selalu dgr bunyi kerusi meja kena seret sampai pukul 2 atau 3 pagi tak kira masa. Pastu bunyi mcm orang main guli atas lantai tingkat atas. Bunyi tapak kaki bunyi orang melompat berulang2. Bila saya nampak family tu kat dlm lif dan kat bawah rupanya anak2 dia perangai pelesit sungguh sampai mak dia pun takleh nak control dah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-1-2021 08:14 AM
Siang-siang panas, tunggulah matahari sejuk dahulu

Oh ye ke?
Tak sangka depa pun pilih waktu bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:36 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 24-1-2021 08:23 AM
Masa saya duduk kat condo dulu selalu dgr bunyi kerusi meja kena seret sampai pukul 2 atau 3 pagi ta ...

dulu aku duduk apartment juga. bertahun2 dengar bunyi org seret kerusi & main guli. kejadian mesti lepas pukul 2am.  bukan aku sorang yg dengar, isteri pun dengar bunyi yg sama. heran...sbb tingkat atas tu x ada budak2. kekal misteri hinggalah aku pindah duduk rumah taman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 24-1-2021 08:23 AM
Oh ye ke?
Tak sangka depa pun pilih waktu bekerja.

Itu sifat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:43 AM | Show all posts
baru baru pindah umah dulu

bila lewat petang je ade je bunyi guli jatuh turun tangga , anak2 tanya aku kata je jiran sebelah

ada sekali tuh betul bunyi sebijik guli lantun sebelah aku, aku siap sound pi la jauh jangan kacau aku


ekceli sekarang aku tak tau la org ke apa

bila pukul 11 malam ke atas je bunyi budak berlari lari dalam sejam dua kot


hmmm kena tambah ibadat baca quran la macam niii
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sifat kita manusia ..mainly pada perkara fizikal..2 kaki..2 tangan etc..
Sifat dia .. mainly pd benda tak nampak cth. perasaan.. kegelapan.. ketakutan.. marah.. kecewa etc
Of course laa.. sifat dia tak boleh disamakan dgn sifat kita.. dijadikan dia pon tak sama dgn kita.. utk memahami dia mestilah dlm cara yg tak sama utk memahami ciri manusia.. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:10 AM | Show all posts
Rumah berhantu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko pernah duduk apartment. Memang akan selalu dengar bunyi seret, guli, syiling, lari, dan sebagainya.

Apartment ni dia dari tingkat atas sampai ke kebawah ada satu paip air utama. Dalam tu air mengalir ke atas dan ke bawah.

Air dalam paip ni boleh rekod setiap bunyi2an dan dia akan play balik. "Suara" ni senang di dengar pada waktu malam kerana lebih sunyi.

Manakala untuk kawasan air berterusan keluar dsb, satu fenomena mirage boleh terbentuk. Kadangkala ia merekodkan gambar.




Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:28 AM | Show all posts
Dulu dok tingkat 3, bawah jiran yg famili di melaka, dia sorang je di johor. Tingkat atas lak jiran org Ipoh, anak bini semua tinggal kat Ipoh. Sesekali jiran2 ni balik la bayar bil air tertunggak.
Tingkat atas bunyi org main guli..mcm budak2 dulu2 main tuju guli dalam bulatan. Yg level bawah, dgn tak habis2 nak deco rumah...tolak meja jerusi..pusing sana sini dengar je bunyi kaki meja kerusi berseret.
Bila tanya jiran apahal malam2 nak deko...dia cakap dia ambik cuti seminggu. Pulak dah sape plk yg rajin tolak kerusi meja tu. Last2 lantak korangla..jangan main kt rumah aku sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 24-1-2021 08:47 AM
Sifat kita manusia ..mainly pada perkara fizikal..2 kaki..2 tangan etc..
Sifat dia .. mainly pd ben ...

Apa maksud sifat dia mainly pd perasaan, ketakutan, kecewa, marah? Mcmana kaitannya dgn kita pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan rumah iols memalam memang meriah. Bunyi ketukan hammer, lesung batu. Dalam group whatsapp ada yg sound. Terus sunyi sepi. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 24-1-2021 08:36 AM
dulu aku duduk apartment juga. bertahun2 dengar bunyi org seret kerusi & main guli. kejadian mesti ...

Orang kata main guli tu biasanya jin. Tak sure pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di rumah saya, bunyi2 perabot diseret dan dirempuh tengah2 malam adalah tak lain tak bukan angkara si meow gemuk berlari lari dengan riangnya sambil merempuh apa2 objek yg berada di laluannya... Mungkin boleh tanya jiran jika dia ada memelihara kucing atau anjing
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak kecil main guli....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list