Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1381
View
16
Reply

[Tempatan] Warga emas kemurungan positif COVID-19 ditemui mati kesan kelar pada leher

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-1-2021 11:32 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas positif Covid-19 mati dikelar di rumah sendiri
Kumara Sabapatty -
22 January 2021


KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang mengalami kemurungan sejak disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali ditemui mati berlumuran darah dengan kesan kelar pada tengkuk di rumahnya di Seri Kembangan hari ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku di rumah teres dua tingkat milik mangsa di Jalan Bandar Putera Permai 1/6, Bandar Putera Permai Seri Kembangan.

Menurutnya, mangsa juga dikatakan sering mengadu kepada isterinya bahawa dirinya tidak sanggup menderita dengan Covid-19 dan lebih baik mati.

Katanya, rumah itu hanya didiami mangsa, Low Fook Seng berusia 66 tahun bersama isterinya.

“Polis menyiasat dan tiada sebarang kesan pecah masuk dan umpil, tiada sebarang barangan berharga hilang di dalam rumah manakala rumah juga dalam keadaan yang teratur dan soal siasat jiran juga tidak mendengar sebarang bunyi pertengkaran ataupun orang menjerit.

“Siasatan polis mendapati mangsa telah membuat ujian calitan Covid-19 di hospital swasta pada 7 Januari lalu sebelum didapati positif keesokan harinya manakala dia menjalani ujian caltan kali kedua pada 18 Januari lalu dan keputusan pada 20 Januari lalu sekali lagi menunjukkan si imati (mangsa) masih positif.

“Mangsa telah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid dan sering mengatakan kepada isterinya bahawa dirinya lebih baik mati,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah Arjunaidi, sebelum meninggal dunia, mangsa dipercayai telah mengajak isterinya ke sebuah bank berhampiran untuk mengeluarkan wang sebanyak RM40,000 hari ini untuk perbelanjaan rawatan diri sendiri.

Ulas Arjunaidi lagi, isteri mangsa mengatakan suaminya sering mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung sejak disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi telah masuk ke rumah mangsa bersama pegawai kesihatan sebelum membuat pemeriksaan lanjut.

“Hasilnya mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku dan mangsa telah didapati mati akibat kesan kelar pada tengkuk dan pisau masih berada di sebelah si mati.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk proses autopsi dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga menunggu laporan bedah siasat itu,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

****************

Warga emas kemurungan positif COVID-19 ditemui mati dengan kesan kelar pada leher
Afiezy Azaman
Januari 22, 2021 22:26 MYT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas yang mengalami kemurungan selepas disahkan positif COVID-19 ditemui mati di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, mangsa berusia 66 tahun itu membuat dua ujian saringan COVID-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.
"Mangsa dilaporkan telah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan COVID-19 dan mengajak isterinya ke bank untuk memindahkan wang sebanyak RM40,000 untuk tujuan rawatan COVID-19, pada Jumaat.

"Menurut isterinya, mangsa kerap mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif COVID-19, malah sering berkata lebih baik mati daripada sakit seperti ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Razali berkata siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan polis percaya lelaki itu membunuh diri.
"Dia telah didapati maut akibat kesan kelar pada tengkuk dengan pisau masih berada di sebelahnya.
"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) ," ujar beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 22-1-2021 11:35 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian betul. Sangat terseksa uncle ni sampai sanggup kelar leher sendiri.. kesian jugak kat bini dia. Mesti trauma
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... stress sangat tu. Kat umah aku aritu ada kes sorang pakcik dapat jangkitan dari nurse. Pakcik tu dah ler ada mcm2 penyakit. Isteri dia pulak kurang nampak & ada penyakit 3 serangkai pun positif jugak. Tinggal lah anak bujang dia yg umur 17thn kuarantin kat umah sorang2.. sebab dia kawan adik aku, hari2 aku ingatkan adik aku tanya khabar dia.. kalau nak mkn apa2 aku akan masak & adik aku hantar depan pagar.. takut nak biar budak tu sorang2 dok risau mak ayah dia.. aku takut jadi mcm kes ni lah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadoi.. kesiannya.. dah tak dpt pikir positif lagi dah tu.. tapi dia dah dptkan rawatan semua.. kalau la dia dpt bertahan dan sabar sikit.. sebab ada yg lebih tua dari dia survive jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai.. kesiannya pakcik menanggung tekanan sampai ke akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Keputusan yg patut kita hormati
Semoga tenang lepas ni
RIP
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
RIP.. Mendiang stress sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Uncle ni positive tapi duduk rumah je maksudnya dia tak bergejala la kan Aku rasa dia runsing duit byk habis..bukan tak tahan menanggung sakit mcm pesakit kanser stage 4 gitu kan..
mgkn uncle tanak habiskan duit utk berubat. Lebih rela mati dan guna duit tu utk pengebumian.Skrg dh meninggal duit rm40k tu wife dia guna utk pengebumian la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 02:44 AM | Show all posts
matchstick replied at 23-1-2021 02:36 AM
Uncle ni positive tapi duduk rumah je maksudnya dia tak bergejala la kan Aku rasa dia runsing duit ...

mahalnya... tapi theyols ni selalu ada insurance kaka... ataupun macamni dia stress sebab tak boleh kerja kena kuarantin... jadi income pun takde @ gaji kena potong... siannya mungkin banyak hutang ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian uncle ni, xsampai 2 minggu pun sakitnya, dia dah xtahan kena keluar duit byk
Kalau yg xbergejala ni kena mkn ubat apa ye
Bukan ke mmg  xde ubat pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
i dont think money is the issur..he is just so serabut tu yg bunuh diri tu...memang depress and i think heols symptomatic sebab bini heols cakap heols rasa sakit...bayangkan umur tua with comorbids pastu kena covid pastu in pain plus depression plus stress tu yg bunuh diri tu...and the way he took his life shows that he was really upset sampai kelar diri sendiri instead of hang ke,drug overdose ka,shoot himself ka..kelar diri sendiri is a painful and messy way to die.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tengok kondisi rumah agak kemas & bersih, tak menampakkan kemurungan pon. Apek ni saja nak huznuzon aja kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
uncle ni mental x fit ni, terlalu dimomokkan covid ni terlalu memudaratkan. ada je warga emas dpt , sihat dah. siap kuarantin kt rumah je , xyah g hosp.
btw uncle ni pun , dh tau ada covid still 'mengajak isteri ke bank utk keluarkan rm40k, x kesian pulak kt public'. mengajak kan bkn menyuruh isteri g bank, mcm dia yg drive kereta tu. tp xtau la sempat keluar, or bini dia larang.
eh jap hospital swasta boleh rawat covid ke, ak ingat hosp kerajaan je. bkn ada ubat pun, rawat guna ubat biasa2 je ikut simptom yg dpt. xde simptom tidur jela.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-1-2021 10:50 AM | Show all posts
Pesakit Covid-19 bunuh diri dipercayai kerana kemurungan
Diterbitkan 23 Jan 2021, 10:36 am

Seorang warga emas ditemui mati di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan semalam selepas dipercayai bunuh diri akibat kemurungan dijangkiti Covid-19.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang Mohd Akmalrizal Radzi, mangsa berusia 66 tahun itu membuat dua ujian saringan Covid-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.

“Mangsa pada 22 Jan telah mengajak isterinya pergi ke Public Bank untuk pindahkan wang sebanyak RM40,000 untuk tujuan rawatan Covid-19 mangsa.

“Menurut isteri, mangsa sering mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif Covid-19.

“Mangsa juga sering mengatakan kepada isterinya lebih baik mati daripada sakit seperti ini,” kata pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mohd Akmalrizal berkata, siasatan awal di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dan dipercayai telah membunuh diri.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga menunggu laporan lanjut," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:30 AM | Show all posts
Mati sebab stress dan masaalah kewangan yang terpaksa dihadapi berbanding covid19 yang dihidapi.  Ramai je yang macam ni hanya tahu atau tak je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
membesar replied at 22-1-2021 11:37 PM
Kesian betul. Sangat terseksa uncle ni sampai sanggup kelar leher sendiri.. kesian jugak kat bini di ...

Aku kalo org tua tua ni kesiann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list