|
Lelaki panggil polis ‘babi’ didenda RM100
https://www.utusan.com.my/berita ... babi-didenda-rm100/
Oleh NUR NAZLINA NADZARI
22 Januari 2021, 2:34 pm

SEORANG lelaki (baju biru) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Perlis hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan perkataan jelek kepada anggota polis.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
KANGAR: Seorang penjual roti jala dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memaki anggota polis dengan perkataan ‘babi’ dalam satu sekatan jalan raya pada Selasa lalu.
Tertuduh, Muhamad Amir Razif Razali, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.
Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa telah mengeluarkan perkataan jelik ‘babi’ kepada anggota polis dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan di satu sekatan jalan raya di kilometer satu Jalan Datuk Wan Ahmad pada pukul 10.10 pagi, Selasa lalu.
Lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100.
Pertuduhan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Diyana Ab Shukor.
Kamaliza kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM100 bagi tuduhan tersebut atau dipenjara dua hari jika gagal membayarnya. -UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
jika panggil polis babi depan2 denda rm100 atas akta kesalahan kecil. tpi jika taip di fb cm tu hukuman dia berlainan lak. atas akta komunikasi dan multimedia |
|
|
|
|
|
Kerana mulut melayang RM100 |
|
|
|
|
|
Cina pelahap tonyok pun tak panggil pulis babi. Teringin rasa daging babi letteww  |
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 22-1-2021 06:39 PM
jika panggil polis babi depan2 denda rm100 atas akta kesalahan kecil. tpi jika taip di fb cm tu huku ...
Tu lah bodo nya menteri2 yg.buat undang2 kan  |
|
|
|
|
|
Nasib baik pelaku ya ummah barokah, kalau ummah suci pasti lain lgi komen2 poremer dlm ni.  |
|
|
|
|
|
Cash sangat sangat. |
|
|
|
|
|
|