Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6144
View
162
Reply

[Tempatan] Wanita didenda tak pakai pelitup muka tunjuk CCTV, sangkal kenyataan polis

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-1-2021 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Wanita didenda tak pakai pelitup muka tunjuk CCTV, sangkal kenyataan polis

https://www.malaysiakini.com/news/560024

Hariz Mohd

Diterbitkan 22 Jan 2021, 2:37 pm
Dikemaskini 2:37 pm



Seorang perempuan yang didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika keluar dari keretanya menunjukkan rakaman CCTV bagi menyangkal dakwaan polis bahawa ada orang lain berdekatan dengannya ketika kejadian.

Mengongsikan rakaman itu di Twitter, Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim dilihat di tempat letak kereta yang agak kosong - hanya beberapa kenderaan dan tiada orang lain.

Rakaman itu menunjukkan seorang perempuan keluar dari kereta sebelum sebuah kereta polis berhenti seorang anggota mendekatinya.

Nur Izzati berkata dia didenda di depan kafenya di Segamat, Johor pada 20 Jan lalu kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketika itu, katanya, dia sedang mengeluarkan anaknya dari kereta dan tiada orang lain di sekitar.

"Anda bayangkan, saya baru keluar dari kereta dan nak ambil anak di tempat dduk sebelah.

"Bukan tempat sesak. Kafe saya pun tak buka lagi tapi (polis) saman saya sebab saya bukan ahli politik. Kedai keliling kafe saya semua tutup!" ciapnya.


Menurut Nur Izzati, selain anggota polis, hanya dia dan anak-anaknya yang ada di situ.

Katanya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sendiri pada 15 Dis lalu berkata pelitup muka tidak wajib jika individu itu hanya berseorangan atau bukan di tempat sesak.

Bagaimanapun Polis Johor semalam mempertahankan denda yang dikenakan dan berkata ada orang lain di kawasan itu ketika kejadian.

"Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali," kata Ketua Polis Johor Ayub Khan Mydin Pitchay seperti dipetik Sinar Harian.

Ditanya berkenaan rakaman CCTV itu hari ini, Ayub ketika dihubungi berkata Polis Johor tidak akan membuat sebarang komen lanjut berkenaan kes ini.

Nur Izzati pada mulanya berkata dia mahu membuat bantahan terhadap denda itu tetapi kini menerimanya setelah merasakan ia tidak akan membuahkan hasil.

"Nampaknya kes saya ini macam tak ada future saja...Saya reda, tunggu mahkamah Yang Maha Esa sajalah," ciapnya.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan berhubung individu yang didenda kerana tidak memakai pelitup muka ketika berseorangan di taman awam atau menurunkan pelitup muka di kawasan pengangkutan awam.

Pada masa sama, sejumlah ahli politik dan tokoh awam juga dilihat - menerusi gambar - tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri acara, termasuk dalam keadaan sesak.

Setakat ini tiada laporan berhubung ahli politik yang didenda kerana tidak memakai pelitup muka, atau memakainya secara salah.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-1-2021 03:08 PM | Show all posts
gamak betul polis tu,


perempuan tu dgn kanak2 kot.. agak2 lah kan.... mcm buat jenayah berat!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:18 PM | Show all posts
dgn melayu je polis berani
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:23 PM | Show all posts
da tau diri tu bukan ahli politik
yang nk buat gak da kenapa
so hadap jela ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 22-1-2021 03:08 PM
gamak betul polis tu,



terpaksa lah ayubi tanak ulas lanjut....nanti nampak sgt org dia tak cakna
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
shin imagine gaya bahasa perempuan ni sama mcm gaya bahasa perempuan viral buat live kat kedai makan lepas tu kena halau.. "Dia halau aku weyyhhh".. "Dia saman aku weyyhhh" .. ada aura x best kat situ.. kalo x de polis ntah2 sampai dia ambek anak, bukak cafe dia mmg x pakai mask..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:57 PM | Show all posts
kalo ahkak MP maybe tak kena hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:59 PM | Show all posts
ai penah nampak seorang lelaki kena saman tak pakai mask oleh polis yang meronda.. padahal kat situ kosong takde orang di sekeliling mamat tu.. ai baru keluar dari kedai runcit masa tu dan jarak lebih kurang 10 meter dari mereka.. so ai rasa asalkan ke tempat awam kena pakai mask kot regardless ada orang ke takde orang kat sekeliling .. kat rumah n dalam kereta je bole bukak mask.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:10 PM | Show all posts
mmg terus saman ye, takde budi bicara bagi warning ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:15 PM | Show all posts
kekdahnya polis yg jaga roadblock pun ramai je x pkai mask.... siap ada yg suruh turun cermin nak tanya pelbagai tp dia x pkai face mask, iols yg takut nk bercakap dgan dia sbb x pkai face mask
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
So mana yg acik2 penjilat abhcow yg kecam akak ni semalam?? Korang mmg xde hati perut ke? Sile beli kneepad yachhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dah ade bukti cctv, polis pulak tibe2 no comment, amboi mentang2 la kite rakyat biase, bukan haflin nazri, bukan nurul zahid atau menteri2 kabinet..dlm konteks ini iols sokong hakak ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ni serupe kes polis tampar org tepi jln ade bukti video pun masih x ngaku, atau kes polis tendang motosikal budak sampai cedera parah pun xngaku malah fitnah kate budak motor tu blanggar dgn kereta walau saksi ramai, yg awal pkp dulu polis rogol monggolia tu pun same xngaku rogol tp siap tempah hotel tu, ape jd kes tu nmpk mcm senyap ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu saman yg dalam kereta tak pakai mask.. Ni yg tempat takde orang pulak..tak faham ke tujuan pakai mask? Macam tak sekolah pun ye..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:20 PM | Show all posts
GILA! busuk nama polis sebab polis2 macamni...
dah terdesak nak kutip saman ke macam mana?
memang ada target ke deorang kena saman berapa orang?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:20 PM | Show all posts
pendpt aku, sebaiknya buat laporan ikut saluran. bukannya gi heboh kt media sosial. ko ada bukti, salurkan lh ikut saluran. blh email pd pdrm......kalau pdrm x jalan, gi buat aduan kpd biro pengaduan awam.

apa la masalah makcik kepoh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bayar ajelah..kerajaan nk pakai duit tu..korang jugak yg melalak nk mintak bantuan itu ini

dasar kerajaan gagal total
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap je la kalo x viral dek..viral pon no komen gitewww.sapa yg pernah kena taula camne
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je nak tibai duit rakyat..celaka betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rate2 yg kene denda seribu ni bayar ke tidak? ke tggu ade promosi 90% baru pi bayar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list