Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
451
View
1
Reply

[SABAH] Hanya dua daerah di Sabah zon kuning, tiga zon jingga

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-1-2021 05:12 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Hanya dua daerah di Sabah diletak di bawah zon kuning, tiga di bawah zon jingga manakala selebihnya zon merah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun semalam.

Beliau berkata daerah yang berada dalam zon kuning ialah Tongod dan Telupid manakala Nabawan, Beluran serta Kuala Penyu diletak di bawah zon jingga.
Katanya daerah Kota Kinabalu yang diletak di bawah zon merah pula mencatatkan kes positif sebanyak 81 diikuti Tawau (67 kes), Sandakan (51), Lahad Datu (40) dan Penampang (28).

"Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 449 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,251 dan empat kes kematian direkodkan iaitu tiga di Lahad Datu dan satu di Tuaran," menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata daripada 449 kes positif itu 338 adalah hasil saringan kontak rapat, 77 saringan bergejala, tujuh saringan kluster sedia ada, empat kes rentas negeri dan 23 kes daripada kategori lain.

Katanya seramai 379 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital semalam menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih ialah 38,989 orang.

Beliau berkata sejumlah 2,957 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 762 orang di hospital dan 2,195 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) manakala 77 orang berada di Pusat Rawatan Rapi dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 17-1-2021 05:12 AM | Show all posts
moga tak lama lagi makin banyak menuju ke zone hijau ... aamiin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list