Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2494
View
23
Reply

[Tempatan] Kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun ditemui dikubur ibunya pukul 9.00 malam. Nak pergi kubur mama, saya rindu mama, katanya.

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-1-2021 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-1-2021 02:33 PM

'Nak pergi kubur mama, saya rindu mama'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ama-saya-rindu-mama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 9:00 PM

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my

Qairina di pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Politeknik Kok Lanas di Kota Bharu, Kelantan.  Foto Ihsan Ahmad Fakrur Ruzi Aziz

Kuala Lumpur: "Saya nak pergi kubur mama, saya rindu mama saya," demikian jawapan seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui Shahrul Syaffiq Mohd Sallleh di Tanah Perkuburan Islam Politeknik Kok Lanas dekat Kota Bharu, Kelantan.

Kisah itu dikongsikan Shahrul Syaffiq, 25, menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya, kelmarin.

Perkongsiannya meruntun hati warganet dengan rata-ratanya mendoakan kanak-kanak itu tabah dengan pemergian ibunya.

Menceritakan kisah itu, Shahrul Syaffiq berkata, dia bertemu kanak-kanak perempuan itu secara kebetulan kira-kira 9 malam ketika berada di sebuah kedai tidak jauh dari tanah perkuburan berkenaan.

"Ketika itu, saya berada bersama dengan bapa saudara dan sepupu, kemudiannya ternampak seperti cahaya lampu dan kelibat orang masuk sebelum keluar daripada tanah perkuburan berkenaan.

"Kami pun pergi ke situ untuk melihat apa yang berlaku sebelum menemui tiga kanak-kanak perempuan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bagi mendapat kepastian, Shahrul Syaffiq mengajukan pertanyaan bagi mengetahui tujuan mereka ke situ sebelum seorangnya daripadanya menjawab mahu menziarahi kubur ibunya yang baru meninggal dunia.

"Jawapannya itu membuatkan saya hilang kata-kata kerana melihat kesungguhan mereka ke tanah perkuburan berkenaan pada malam hari.

"Kawasan tanah perkuburan itu agak gelap, namun kebetulan bapa saudara yang bertugas menjaga kebajikan kubur dan kami membantunya.

"Hampir 45 minit juga dia berada di situ sambil mengusap dan mencium tanah kubur selain meluahkan perasaannya sebelum sepupu saya menghantarnya pulang ke rumah.

"Jujurnya, saya sebak ketika mendengar luahan adik itu dan sekadar berkongsi kisah itu untuk menceritakan pengalaman dengan rakan di FB," katanya.

Sementara itu, Ahmad Fakrur Ruzi Aziz, 33, bapa kepada kanak-kanak terbabit berkata, kanak-kanak perempuan itu adalah anak sulungnya, Qairina Ameena berusia lapan tahun.

Menurutnya, dia tidak menyedari Qairina pergi ke tanah perkuburan itu bersama sepupu dan anak rakannya kerana sedang melakukan bacaan tahlil di surau berhampiran rumah mentuanya.

"Selesai bacaan tahlil di surau, saya mencari Qairina tetapi tidak menemuinya dan ketika itu baru sedar kehilangannya .

"Tidak lama itu, seorang lelaki menghantarnya ke rumah dan mulanya saya mahu memarahi Qairina kerana menyangka dia merayau pada waktu malam.

"Saya tidak jadi marah sebaliknya hati saya sebak apabila dia memberitahu ke kubur ibunya kerana terlalu rindu," katanya.

Menurut Ahmad Fakrur, isterinya, Nasuha Sulaiman, 33, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada Selasa lalu.

"Arwah isteri meninggal dunia empat hari selepas melahirkan bayi lelaki iaitu anak ketiga kami dan memang mengejutkan kerana dia tidak sakit sebaliknya mengalami sesak nafas dengan tiba-tiba.

"Diikutkan, arwah lebih rapat dengan anak kedua kami, Adam Mikael tetapi Qairina banyak membantunya.

"Memang sedih kerana selama ini, isteri banyak membantu saya menjalankan perniagaan mee celup di Bangi, Selangor.

"Allah lebih menyayanginya dan saya bersyukur apabila ramai mendoakan arwah isteri selepas kisah anak tular di media sosial dan menganggap itu rezekinya selepas meninggal dunia walaupun dia bukan individu berpengaruh," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 16-1-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts

Sapa potong bawang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sedeh nye..semoga keluarga ni diberi kekuatan meneruskn kehidupan..nk ikutkn kita ni mmg x kuat nk hadapi dugaan mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mata masuk habuk.  Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan adik dilindungi Allah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
inshaAllah anak ini akan membesar menjadi insan yang kuat semangat, tabah dan berjaya dunia akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nangis weiiiiiiii
Ya Allah terus gi cium anak akuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ME LAYU......semestinya..

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 17-1-2021 04:57 AM
inshaAllah anak ini akan membesar menjadi insan yang kuat semangat, tabah dan berjaya dunia akhirat.


Dzalim itewww bukan sifatNYA...utk memberi ujian pada hamba2NYA tanpa kekuatan.....

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 07:15 AM | Show all posts
Ya Allah... mengalir air mata aku . Dah la nama budak ni sama dgn anak sulung aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa... Sedih nya... I menangis baca berita camgini
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 09:53 AM | Show all posts
Sedihnya harap adik tu diberi semangat selalu.  Dewasa ke kanak2 ke sama je selalunya selepas dikebumi dan semua sedara mara dah pulang kerumah masing2 barulah rasa sebenar kehilangan dan rindu teramat tu datang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 09:56 AM | Show all posts
Sedihnya..

Selalu doa minta panjang umur atleast sehingga anak matang berdikari...
Tak dapat bayangkan camni.. Sedih gila
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnye...moga tabah bila yea ank
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:36 AM | Show all posts
Sedihnya... moga terubat hatinya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:37 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Tuhan mengurniakanmu dengan mimpi yang indah-indah bersama arwah ibumu, nak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Why la aku baca pepagi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:57 AM | Show all posts
Ya Allah..sedih nya
stress aku cite2 mcam ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list