|
Warga emas jual sayur dikompaun RM1,000
https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... r-dikompaun-rm1000/
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
16 Januari 2021, 6:47 pm

Seorang warga emas dikenakan kompaun RM1, 000 selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika menjual sayur di Pasar Bukit Cina, di sini, hari ini.
MELAKA C Selepas tiga hari memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk memahami prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, hari ini penguatkuasaan diperketatkan dengan menyaksikan seorang warga emas turut dikenakan kompaun RM1,000.
Menurut wanita berusia 71 tahun itu, dia dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika menjual sayur di Pasar Bukit Cina, di sini.
Pada waktu itu saya sedang membantu adik menjual sayur dan sedar ada anggota polis di kawasan berhampiran mengambil gambar saya daripada jauh.
Ketika itu, saya memang mempunyai pelitup muka, namun tidak memakainya dengan betul dan menutup hidung kerana berasa rimas, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tambahnya, dia betul-betul kesal dan tidak menyangka akan dikenakan kompaun sehingga RM1,000 oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, media melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan, termasuk kesalahan rentas negeri.
Ujarnya, kelonggaran selama tiga hari diberikan kerajaan kepada rakyat sejak Rabu lalu sudah mencukupi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi melibatkan kesalahan SOP.
Orang ramai yang masih keliru dengan SOP boleh mengunjungi laman sesawang Majlis Keselamatan Negara atau hubungi hotline setiap agensi atau kementerian berkaitan. C K! ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Dah salah xkan nak megah ???
Bayar sajalah saman tu xde duit minta dgn apek kit sial |
|
|
|
|
|
Setengah orang memang Berharap mereka di saman. Lepas tu kekononya menjadi mangsa keadaan dan akan menyalahkan pihak berkuasa! |
|
|
|
|
|
dah faham sangat da perangai degil macam ni..
dah lah berusia risiko tinggi.. kalau ya pun tak fikir hal orang lain tapi fikirlah diri sendiri nenek.berjangkit kat awak risiko sangat tinggi sebab tu kerajaan kena tegas |
|
|
|
|
|
Please 'mark-up' harga sayur kau for the next few weeks to cover back your saman.....apa kecoh?
|
|
|
|
|
|
rakyat kita ni, dah kena saman baru nak beringat.. |
|
|
|
|
|
Sebab tu bila diluar rumah pakai je pelitup muka dengan betul. Bagi alasan tak nak tutup hidung sebab rimas mana mereka nak ambil kira kan sia2 RM1k melayang. |
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 17-1-2021 09:40 AM
Sebab tu bila diluar rumah pakai je pelitup muka dengan betul. Bagi alasan tak nak tutup hidung seb ...
iols keluar buang sampah pun pakai |
|
|
|
|
|
X payan ngengada play victim....bayar sajalah..x dak duit mintak mca |
|
|
|
|
|
|