Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
419
View
0
Reply

[Dunia] Lelaki guna kapak pecahkan pintu Parlimen New Zealand

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2021 04:34 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki guna kapak pecahkan pintu Parlimen New Zealand

Januari 13, 2021 @ 6:57am

Pintu kaca bangunan Parlimen New Zealand yang dipecahkan seorang lelaki menggunakan kapak awal pagi tadi. - Foto Google



WELLINGTON: Seorang lelaki bersenjatakan kapak memecahkan pintu kaca bangunan Parlimen New Zealand, awal pagi tadi.
Menurut polis, suspek hanya memecahkan pintu kaca itu yang juga pintu masuk ke bangunan berkenaan tetapi tidak cuba memasukinya, lapor agensi berita CNA.

Beliau berkata, pegawai polis dikerahkan ke kompleks bangunan di sini pada jam 5.30 pagi selepas menerima aduan mengenai seorang lelaki yang dilihat sedang membawa kapak.

Lelaki berusia 31 tahun itu kemudiannya ditahan tanpa berlaku sebarang insiden.
Lelaki itu menyebabkan kerosakan pada panel kaca tetapi tidak cuba memasuki bangunan," menurut polis lagi.

Seramai 120 penggubal undang-undang New Zealand sedang bercuti sempena musim panas dan ketika kejadian hanya terdapat segelintir individu dalam bangunan Parlimen itu.

Lelaki itu didakwa atas tuduhan menyebabkan kerosakan dengan sengaja dan memiliki senjata berbahaya.
Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Serangan di bangunan Parlimen dan ke atas penggubal undang-undang jarang berlaku di New Zealand, sebuah negara yang mempunyai seramai lima juta penduduk.
Menteri dan pegawai utama pemerintah bebas bergaul dengan orang ramai di kedai dan kafe di sekitar bandar raya ini. - AGENSI







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list