|
Edited by Punat_button at 13-1-2021 10:08 PM
Terkejut lihat nama sendiri dalam senarai mangsa nahas Sriwijaya Air
MyMetroGlobal
Agensi
Jakarta: Seorang remaja, Sarah Beatrice Alomau, 19, bingung selepas mendapati namanya berada dalam senarai mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu.
Sarah yang menetap di Tangerang dan bekerja di kilang kertas mengesyaki rakan sekerjanya menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan.
Wakil Ketua Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Forum Komunikasi Masyarakat (FKM), Fridrik Makanlehi berkata, remaja berkenaan terkejut selepas melihat namanya tertera di televisyen sebagai seorang mangsa nahas pesawat itu.
"Dia mengesyaki rakan sekerjanya, Selvin Daro menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan ke Pontianak," katanya seperti dilaporkan Kompas.
Menurutnya, sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai Selvin.
Sarah melalui peguamnya, Richard Riwoe berkata, dia tidak pernah meminjamkan kad pengenalannya kepada Selvin dan kad berkenaan masih ada dalam simpanannya.
"Kami tidak tahu sama ada dia (Selvin) menggunakan salinan fotostat atau imbasan kad berkenaan ketika mendaftar masuk kerana kad yang asal masih ada pada Sarah," katanya.
Richard berkata, timbul persoalan bagaimana Selvin melepasi prosedur pemeriksaan penumpang menggunakan nama individu lain.
"Bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan dan ujian rapid antigen? Kebiasaannya, penumpang perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang sebenar.
"Kami juga mahu syarikat penerbangan memeriksa rakaman CCTV untuk memastikan perkara ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 9:18 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Dua mangsa nahas guna identiti orang lain bakal berkahwin
MyMetroGlobal
Agensi
Jakarta: Dua mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air dipercayai menggunakan identiti individu lain ketika membeli tiket penerbangan.
Kompas melaporkan, hasil maklumat yang diperoleh dari media sosial, kedua-dua mangsa juga dikatakan merancang untuk melangsungkan perkahwinan.
Kedua-dua mangsa menggunakan identiti Felix Wenggo dan Sarah Beatrice Alomau dengan tempat duduk bernombor 17 dan 18.
Mereka dipercayai meminjam kad pengenalan diri rakan masing-masing untuk menaiki pesawat itu.
Wakil keluarga mangsa, Benediktus Beke berkata, identiti sebenar mangsa dikenali sebagai Teofilus Lau Ura dan Selvin Daro.
"Mereka berangkat ke Pontianak dengan menggunakan identiti orang lain," katanya kepada Kompas.
Menurutnya, pasangan itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan pergi ke Pontianak untuk mencari pekerjaan.
"Mereka akan bernikah dalam waktu terdekat. Tetapi, Teofilus diberhentikan kerja di Jakarta dan kedua-duanya membuat keputusan untuk ke Pontianak.
"Mereka terpaksa menggunakan identiti orang lain kerana tidak mempunyai wang selepas hilang pekerjaan," katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap jenazah kedua-dua mangsa dapat ditemukan.
"Dalam keadaan apa pun, kami anggap ia adalah musibah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 9:39 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Pakai identiti org lain sebab xberduit?
So flight ticket tu akn diclaim dr identiti sebenar ke cemana ni? |
|
|
|
|
|
Teruknya security srieijaya...mcm mana boleh terlepas boarding..rasuah ka.. |
|
|
|
|
|
wah nama hebat hebat ye , Theophilus Teofilus, Sarah Beatrice....wah wah...i mean bila baca article dn tengok nama wow hebat. |
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 13-1-2021 11:55 PM
wah nama hebat hebat ye , Theophilus Teofilus, Sarah Beatrice....wah wah...i mean bila baca article ...
Tgk muka mcm asal ambon atau flores.
Kalau menado lawa2 mcm maria menado.
Persamaan nama2 deyols mcm omputih.
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 14-1-2021 12:12 AM
me12345 replied at 13-1-2021 11:39 PM
Teruknya security srieijaya...mcm mana boleh terlepas boarding..rasuah ka..
Itulah peliknya. Takkan tak perasan nama kt boarding pass dengan IC pun lain sebab sheols kata IC ada dengan dia.
|
|
|
|
|
|
wajah irasnya luhurnya nusantara tapi wah nama Theophilus tu amboi like a greek gitu hebat ....
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 14-1-2021 12:13 AM
wajah irasnya luhurnya nusantara tapi wah nama Theophilus tu amboi like a greek gitu hebat ....
Samalah macam mulayu idung pesek pakai nama Arob idong mancong mata bighu  |
|
|
|
|
|
Miskin tp blh lepas. Macam mana blh naik pesawat |
|
|
|
|
|
Tak faham alasan guna identiti orang lain sebab tak berduit. Ke dia curi kredit kad orang lain |
|
|
|
|
|
Tak mustahil berKemungkinan nama mereka sama!
|
|
|
|
|
|
jangan pulak lepas ni kawan dia dua orang tu rupanya hidup balik. sinetron je lebih |
|
|
|
|
|
pyropura replied at 14-1-2021 01:50 AM
Samalah macam mulayu idung pesek pakai nama Arob idong mancong mata bighu
Baru nak kata 
|
|
|
|
|
|
Wakil keluarga mangsa, Benediktus Beke berkata, identiti sebenar mangsa dikenali sebagai Teofilus Lau Ura dan Selvin Daro. ada pulak yang claim wakil keluarga.
insurance?
|
|
|
|
|
|
Mcmana boleh lepas? Xkan x check ic masa check in & boarding? Mcmana plak dgn menggunakan identiti org boleh beli tiket klu duit xde? |
|
|
|
|
|
Sorang rupa macam gabungan muka Nabil ngan Achey ngan Soeb. Sorang lagi pula, serupa Nadiya Nissa. |
|
|
|
|
|
Macam mana boleh lepas naik flight kalau pakai identity org lain.... takde yg check ke... |
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-1-2021 12:29 PM
Sorang rupa macam gabungan muka Nabil ngan Achey ngan Soeb. Sorang lagi pula, serupa Nadiya Nissa.
Kesimpulannya kacukkan muka 3 badut tu = jadi muka mamat sepah
Disclaimer : ini bukan face shaming ya, cuma kaitkan mirip muka dengan pelawak tersohorrrrrrr negara
Btw, takziah kepada keluarga semua mangsa nahas pesawat juga kepada individu2 mangsa identity theft dlm kes ni |
|
|
|
|
|
me12345 replied at 13-1-2021 11:39 PM
Teruknya security srieijaya...mcm mana boleh terlepas boarding..rasuah ka..
Mcm naik bad ekspres je gaya security nye. Naik bas ekspres pun skrg kena tunjuk ic/ passport tak mcm dulu2 org lain yg beli ticket org lain yg naik bas |
|
|
|
|
|
|