View: 1630|Reply: 6
|
[Tempatan]
JAIS sahkan siasat Sajat mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020
[Copy link]
|
|
JAIS sahkan siasat Sajat
MyMetroUtama
Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.
Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.
"Sajad sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.
"Pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan," katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan mengenai pendedahan Sajat berkaitan layanan tidak wajar penguat kuasa JAIS terhadapnya dan dia turut ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu pada 6 Januari lalu.
Sajat turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan penguat kuasa berkenaan walaupun dia sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.
Sajat dilaporkan mendakwa pihak JAIS seolah-olah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 9:51 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apakah korang faham apa yang aku faham?
Tajuk tak sama dengan isi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh tgok vidoe tu...tp masa sajat tgh menangis tersedu2 jer..mak dia ke sapa masuk peluk dia..
Tp sy percaya, kalau pun ada yg berkasar dgn nya ada lah kerana sajat ni jenis melawan ..biasa lah kan mulut pondan..mencarut maki hamun tu dh jd amalan dia..
Dia ingat dia kebal sebab dia kaya dn ramai pengikut,..pernah cabar klu betul apa yg dia buat di mekah hari salah mengapa x der bala pun kt dia..
Inilah permulaan bala buat ko sajat..sikit2 Allah tarik balik..ko tunggu lah |
|
|
|
|
|
|
|
Nk siasat apa?
2018 - pakai telekung pegi mekah (zaman ph)
2020 - pakai bikini (zaman pn)
 |
|
|
|
|
|
|
|
ombakbiru replied at 13-1-2021 04:15 PM
Dh tgok vidoe tu...tp masa sajat tgh menangis tersedu2 jer..mak dia ke sapa masuk peluk dia..
Tp sy ...
Kalau baca artikel semalam memang sajat pun akui dia melawan masa nak kena/sedang digari tu |
|
|
|
|
|
|
|
zidane_ziege replied at 13-1-2021 05:26 PM
Nk siasat apa?
2018 - pakai telekung pegi mekah (zaman ph)
Dia gi mekah pakai telekung tu tahun lps. |
|
|
|
|
|
|
| |
|