Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
591
View
10
Reply

[SARAWAK]Sibu, Kuching kini zon merah COVID-19

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Daerah Sibu dan Kuching bertukar dari status zon jingga ke zon merah COVID-19, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia berikutan sebanyak 44 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah Sibu dan 41 kes di daerah Kuching dalam tempoh 14 hari lalu.

Beliau berkata, daerah Selangau dan Sebauh pula bertukar status hijau ke status kuning apabila masing-masing mencatatkan satu kes positif COVID-19 jangkitan tempatan.

"Daerah Samarahan, Miri, Sibu, Bintulu, Meradong, Bukit Mabong dan Sri Aman kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu.

"Sebanyak 30 daerah lain di Sarawak pula masih kekal berstatus hijau," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak merekodkan 24 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 1,275.

Tujuh daripada jangkitan baharu itu dikesan di Kuching, manakala Miri dan Sibu masing-masing lima, Sri Aman (2), manakala Bintulu, Samarahan, Sebauh, Selangau dan Serian masing-masing satu kes.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 11-1-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tiber jer Sa'wak ni..mencanak....mmmm.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 11-1-2021 06:17 PM

Jgn la merebak sampai daerah lain

Miri lagi byk 94 kes
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
1. LAPORAN HARIAN
Hari ini terdapat 153 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Miri (94), Sibu (25), Dalat (17), Kuching (13), Sri Aman (2), Selangau (1) dan Beluru (1)]. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1,428 kes.

A. KES BAHARU COVID-19
I. Daerah Miri (94 kes)
a) 23 jangkitan daripada Kluster Bah Sayap
b) 4 jangkitan daripada Kluster Stutong
c) 3 jangkitan daripada Kluster Jelita (Kluster Baharu)
d) 2 saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi
jangkitan COVID-19
e) 60 lain-lain saringan (masih dalam siasatan)
f) 2 jangkitan jangkitan daripada Kluster Pasai
  
II. Sibu (25 kes)
a) 20 jangkitan daripada Kluster Pasai
b) 2 saringan individu bergejala
c) 1 saringan kontak rapat
d) 2 saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi
jangkitan COVID-19

III. Daerah Kuching (13 kes)
a) 2 jangkitan daripada Kluster Stutong
b) 8 saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi
jangkitan COVID-19
c) 3 saringan individu bergejala

IV. Daerah Dalat (17 kes)
a) 17 jangkitan daripada Kluster Pasai
V. Daerah Sri Aman (2 kes)
a) 1 jangkitan daripada Kluster Pasai
b) 1 jangkitan daripada saringan kontak rapat
VI. Beluru (1 kes)
a) 1 saringan individu bergejala

VII. Selangau (1 kes)
a) 1 saringan individu pulang dari luar negara

B. Kluster Baharu: Kluster Jelita, Miri
Hari ini, Kluster baharu iaitu Kluster Jelita, Miri diisytiharkan melibatkan daerah Miri. Indeks kes kepada kluster ini ialah empat (4) orang rakan perniagaan yang telah datang ke Miri, Sarawak dari Melaka dan Pahang yang telah dikesan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 iaitu kes 1,155, 1,156, 1,157 dan 1,165.

Sehingga 11 Januari 2021, jam 12:00 tengah hari sejumlah 54 orang telah disaring dimana;
8 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
25 individu negatif; dan
21 individu yang masih menunggu keputusan.
Kadar kes positif bagi kluster ini ialah 19.03%.

C. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini enam (6) kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu: I. Kluster Jelita, Miri : terdapat lapan (8) kes dikesan positif.

II. Kluster Pasai, Sibu : terdapat 40 penambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 83 kes. Sejumlah 879 individu telah disaring, dimana 183 negatif dan 796 masih menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 12 kes. Sejumlah 136 individu telah disaring, dimana 112 negatif dan 12 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Bah Sayap, Miri : terdapat 23 penambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 34 kes. Sejumlah 134 individu telah disaring, dimana 87 negatif dan 13 masih menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Stutong, Kuching : terdapat enam (6) penambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 29 kes. Sejumlah 449 individu telah disaring dimana 420 negatif.

VI. Kluster Mador, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal lapan (8) kes. Sejumlah 1,238 individu telah disaring, dimana 1,230 negatif

D. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Pengasingan Hospital.
Terdapat empat (4) kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu dari Hospital Umum Sarawak (3) dan Hospital Bintulu (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,100 orang atau 77.03% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 310 orang iaitu:

122 kes di Hospital Miri;
103 kes di Hospital Sibu;
78 kes di Hospital Umum Sarawak;
tujuh (7) kes di Hospital Bintulu.

Pada hari ini, 168 PUI baru telah dilaporkan dan 12 kes PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Miri telah bertukar dari status Kuning ke status Merah dengan sejumlah 97 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Daerah Miri dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Dalat dan Daerah Beluru pula telah bertukar status Hijau ke status Kuning setelah sejumlah 12 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Daerah Kuching dan Daerah Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 112 kes jangkitan tenpatan dilaporkan di dua daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong dan Bintulu kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 12 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 28 buah daerah yang lain di Sarawak berada dalam status Hijau.

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat dan keputusan telah dibuat seperti berikut:

A. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kuching, Sibu dan Miri.

Memandangkan kes positif COVID-19 di daerah Kuching, Sibu dan Miri kian meningkat setiap hari, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah menilai situasi dengan mengambilkira kes jangkitan tempatan yang direkodkan di Sarawak iaitu sebanyak 209 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas. Maka keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Daerah Kuching, Sibu dan Miri akan dilaksanakan mulai 13 hingga 26 Januari 2021 (14 hari).

i. Pergerakan Rentas Negeri
Pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM (permit Polis).

ii. Pergerakan Antara Zon
Pergerakan rentas zon dalam negeri Sarawak tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada PDRM (permit Polis).

a) Zon Kuching (Kuching, Samarahan dan Serian)
b) Zon Sibu (Sibu dan Sarikei)
c) Zon Miri (Miri)

iii. Garis Panduan Kemasukan ke Negeri Sarawak
Kemasukan ke negeri Sarawak akan dikenakan Kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang telah diperakui oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari ke-2 dan hari ke-10.

3. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak lima (5) kompaun di daerah Padawan (2), Samarahan (2) dan Kuching (1) kerana telah melanggar SOP.

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 101 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu MPP (39), SMC (28), DBKU (24), MD Serian (5), MBKS (3) dan MPKS (2).

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives

Jaga Sarawak, Intu Sarawak


     
  
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 11-1-2021 06:23 PM

PKPB 13-26 January


Memandangkan kes positif COVID-19 di daerah Kuching, Sibu dan Miri kian meningkat setiap hari, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah menilai situasi dengan mengambilkira kes jangkitan tempatan yang direkodkan di Sarawak iaitu sebanyak 209 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas. Maka keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Daerah Kuching, Sibu dan Miri akan dilaksanakan mulai 13 hingga 26 Januari 2021 (14 hari).

.   
Pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM (permit Polis).

.   
Pergerakan rentas zon dalam negeri Sarawak tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada PDRM (permit Polis).

a) Zon Kuching (Kuching, Samarahan dan Serian)

b) Zon Sibu (Sibu dan Sarikei)

c) Zon Miri (Miri)

.      
Kemasukan ke negeri Sarawak akan dikenakan Kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang telah diperakui oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari ke-2 dan hari ke-10.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 06:30 PM | Show all posts
Skuau replied at 11-1-2021 05:53 PM
tiber jer Sa'wak ni..mencanak....mmmm.......
terbaru kes balik dari Johor sebab ayah meninggal ... ntah berapa ramai la yang datang melawat dan bertemu pompuan ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 06:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 06:42 PM | Show all posts
Untuk makluman warga Sibu, Seluruh pejabat di bangunan Kompleks Islam Sarawak di Sibu ditutup serta merta sehingga diberitahu



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-1-2021 06:30 PM
terbaru kes balik dari Johor sebab ayah meninggal ... ntah berapa ramai la yang datang melawat dan  ...

Patut kuarantin dulu
Dh la johor masa tu mmg dh byk kes
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 06:53 PM | Show all posts
akuchenta replied at 11-1-2021 06:46 PM
Patut kuarantin dulu
Dh la johor masa tu mmg dh byk kes
ingkar arahan ...
menyusahkan semua orang ...


"Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), dia menjalani ujian swab pertama dan keputusannya negatif, sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu menaiki penerbangan AirAsia dari Kuching dan tiba pada pukul 8.50 malam.

"Wanita itu diarahkan menjalani kuarantin di Rumah Panjang Langi di Pasai Siong, namun dia menghadiri pengebumian bapanya di tanah perkuburan berhampiran. Dia kemudian menjalani ujian swab kedua pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang di Sibu sebelum keputusannya didapati positif pada 6 Januari," katanya.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1231444

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 06:57 PM | Show all posts
Antara lokasi yang pernah di kunjungi individu positif COVID-19 di Kuching, Serian dan Sibu untuk makluman umum oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, JPBN.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list