CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2605|Reply: 10

Najib Diberi Amaran Keras Lepas Serang Zeti Aziz Di Facebook

[Copy link]
Post time 8-1-2021 04:51 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengeluarkan amaran keras kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi “serangan secara maya” terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


Dalam keputusannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan “gag order” (perintah sekatan) terhadap Najib, Ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah perbicaraan itu berlangsung dalam domain awam.

“Sehubungan itu, mahkamah ini mengeluarkan amaran keras kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya dan mahkamah akan mengambil apa juga tindakan yang perlu bagi melindungi integriti institusi ini,” kata hakim.


Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan pada Selasa menggesa mahkamah mengenakan amaran keras terhadap Najib kerana melakukan “serangan” ke atas Zeti yang merupakan seorang saksi dalam kes 1MDB, menerusi Facebook beliau.


Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram membangkitkan isu itu susulan kenyataan Najib dalam hantaran menerusi Facebooknya pada 29 Dis lepas mendakwa Zeti menerima wang daripada 1MDB.




Kredit foto: FB






BACA JUGA: Najib Sakit Hati Kalau Betul Keluarga Zeti Dapat Duit 1MDB


Sequerah berkata, kenyataan yang dibuat Zeti dalam kedua-dua temu bualnya tidak mewajarkan tertuduh untuk bertindak balas dengan membuat hantaran melalui Facebook.  

“Apa yang dinyatakan tertuduh dalam hantarannya itu boleh disifatkan secara keseluruhannya sebagai satu serangan ke atas saksi,” kata hakim.


Terdahulu, peguam utama pasukan pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghujahkan bahawa hantaran dalam Facebook Najib merupakan respons terhadap kenyataan Zeti dalam dua artikel yang diterbitkan dalam talian.

“Dalam satu daripada temu bual itu iaitu dengan portal berita TheEdgemarkets.com yang diterbitkan pada 3 Julai 2018,  beliau (Zeti) terus menyerang anak guam saya sehari sebelum pertuduhan terhadapnya  berkaitan SRC International Sdn Bhd dibuat pada keesokannya (4 Julai 2018).

“Kenyataan Zeti (semasa siasatan kes SRC International dan 1MDB) dirakam kerana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas 1MDB yang menyiasat skandal melibatkan dana kekayaan berdaulat itu.  

"Tan Sri Zeti tahu beliau berpotensi menjadi saksi. Anak guam saya tidak tahu, tapi beliau (Zeti) boleh menjangkakannya,” kata Muhammad Shafee.








Muhammad Shafee ketika menamatkan hujahnya berkata mahkamah perlu menimbang hak kebebasan bersuara rakyat yang diperuntukkan menerusi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, dan sama ada isu itu merupakan penghinaan mahkamah.


Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menghujahkan bahawa satu lagi portal yang menyiarkan temu bual Zeti iaitu euromoney.com, hanya menumpukan pada isu ekonomi.

“Dalam artikel itu tidak ada kenyataan yang boleh dianggap sebagai serangan peribadi ke atas Najib, manakala artikel kedua yang diterbitkan oleh  theedgemarkets.com merupakan jawapan Zeti terhadap dakwaan Najib yang dibuat dalam temu bual sebelum itu.

“Tan Sri Zeti menjawab kenyataan tentang beliau. Malah, pada waktu itu beliau juga tidak termasuk dalam senarai saksi. Jelas, ini merupakan kes menghina mahkamah. Kami memohon mahkamah mengeluarkan amaran agar perkara ini tidak berulang,” katanya.


Perbicaraan bersambung 8 Feb.




Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Woww menarik ni.. Kita tgk sapa yg menang
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
[quote]Perawankota: Woww menarik ni.. Kita tgk sapa yg menang[/quot

Kluster kayangan dgn kluster kayangann.. emm
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya berpotensi jadi saksi je.bukan saksi lagi.....putar alam betol
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:48 AM | Show all posts
pelik2 je sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
So immature lah buat camtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2021 12:10 PM | Show all posts

Tunggu aje Peguambela Najib menyoalbalas saksi Zety di Mahkamah.

Najib macam dah beri klu soalan2  yg bakal ditanya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 12:24 PM | Show all posts
sudah laa najib. time2 covid macam ni laa dirty politician sebok nak ambik alih goverment sebab masing-masing nak gugurkan kes mahkamah. semoga kau semua mati kena covid la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
swateng1 replied at 8-1-2021 12:24 PM
sudah laa najib. time2 covid macam ni laa dirty politician sebok nak ambik alih goverment sebab masi ...

Amin...semoga doa2 rakyat marhain yg dipermainkan politician2 gila kuasa dimakbulkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya jadi peyem ni lebih bijak dari nitezen
rasa ada tangan ghaib yg menaip
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la jadinya bila kat fb jah acah2 tau semua benda, acah hebat tpi kat Court diam semua xtau. Kan dah kena warning!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.789061 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list