CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2248|Reply: 6

Mayat Disorok Dalam But Kereta, Warga Emas Dibunuh Angkara Tayar

[Copy link]
Post time 7-1-2021 07:28 AM | Show all posts |Read mode
Angkara sengketa jual beli tayar bernilai RM1,100 menyebabkan seorang warga emas dibunuh, sebelum mayatnya disembunyikan dalam but sebuah kereta di Taman Wawasan dekat Puchong di sini.


Mayat mangsa lelaki berusia 70 tahun itu, ditemukan dalam but kereta berkenaan di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan malam tadi.


Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, mengesahkan penemuan mayat terbabit dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dipanggil untuk mengumpil but kereta tempat mayat mangsa dijumpai.


Beliau berkata, warga emas itu dilaporkan hilang sejak 31 Disember lalu dan susulan laporan kehilangannya, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di sebuah pasar raya dekat Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian berpunca daripada persengketaan berhubung isu jual beli tayar dianggarkan bernilai RM1,100.




Foto: Berita Harian




Beliau berkata, keluarga mangsa membuat dua laporan polis berhubung kehilangan warga emas itu pada Jumaat dan Sabtu lalu di Balai Polis Ara Damansara.


"Keluarganya memaklumkan kepada polis bahawa kad kredit milik mangsa digunakan suspek dan berlaku transaksi kad kredit di sebuah pasar raya di Kuala Klawang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.


Nik Ezanee berkata, lelaki yang ditahan adalah seorang ahli perniagaan yang juga pemilik sebuah bengkel kereta.


"Mayat mangsa dijumpai di dalam but sebuah kereta Volvo berwarna hijau yang juga milik seorang pelanggan suspek," katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. –CARI


Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 07:51 AM | Show all posts
zaman skrg ni manyak org mental.. kdang salah faham sikit dah berbunuhan.. nyawa skrg dh tak bernilai
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ramai org nampak mcm waras tapi x waras
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani bunuh orang, berani la tanggung akibatnya!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik selalu gak baca bila akhir zaman berlaku banyak pembunuhan & maksiat... masatu naifnya saya terfikir pembunuhan itu macam perang2 bunuh orang, rupanya inilah kisahnya. Benda kecil boleh bawa bincang pun nak berbunuhan. Ada tuh, adik bunuh abang & simenkan sebab bengang abang pakai baju girlfriend adik bagi... doniaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 08:55 AM | Show all posts
Mangsa dikenal pasti sebagai Loh Sin Kan, 70.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Samar jer.sebab jual beli tayar?? Jual tayar botak atau memang nak rompak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.116952 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list