Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
796
View
1
Reply

THT Tagih Ramuan Ginseng Korea - Harian Metro

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-12-2020 05:49 PM | Show all posts |Read mode
image.png
Aksi Jong Hyun (dua dari kiri) meraikan jaringan THT.


Malik Muhamad
sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pasukan Hoki Terengganu (THT) masih menaruh harapan tinggi untuk merantai 'mesin' pencetak gol kelahiran Korea Selatan, Jang Jong Hyun bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) bermula 14 Januari 2021.

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT), Mohd Fikri Harun menjelaskan usaha memburu pemain itu masih dilakukan biarpun impian itu berliku dan kini hanya menunggu maklum balas terkini daripada kelab pemain itu.

"Kuota pemain itu (Jong Hyun) masih ada kerana kita hanya senarai 21 pemain bagi menghadapi saingan liga musim depan, lagipun dana untuk membayar gaji dan kos pengurusan pemain itu mencukupi, tapi sehingga sekarang kelabnya masih belum lagi memberi kata putus terkini.

"Jadi kita 'stanby' dulu kuota itu kerana kita masih lagi menaruh harapan agar pemain itu akan dapat beraksi bersama THT bagi memantapkan lagi pasukan terutama untuk memburu jaringan kerana tarikh akhir mendaftar pemain selewatnya seminggu sebelum kejohanan.

"Namun dengan keadaan terkini wabak pandemik Covid-19 yang semakin meningkat selain kontrak dengan kelabnya masih ada, mungkin kita terpaksa melupakan untuk menggunakan khidmat pemain itu dan akan guna pemain tempatan sepenuhnya musim depan," katanya kepada Sukan NSTP.

Musim ini pemain berusia 36 tahun itu yang juga pakar pukulan sudut penalti muncul penjaring terbanyak liga dengan meledak 23 gol sekali gus mengekalkan gelaran musim lalu dengan menjaringkan 22 gol.

Ketiadaan bekas pemain skuad Olimpik Korea Selatan itu bakal membuka peluang seluas-luasnya kepada pemain tempatan termasuk Faizal Saari untuk membuktikan kemampuan masing-masing khususnya menerusi pukulan sudut penalti.

Dalam pada itu Fikri menjelaskan semua pemain sudah 'berkampung' di Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menjalani sesi latihan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 28-12-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Harian Metro kalau tak buat tajuk acah acah, mmg sah ek. I betul2 ingat diorg ni minum ginseng dari Korea.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list