CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1809|Reply: 6

[Jenayah] Ku Nan didapati bersalah rasuah RM2 juta..

 Close [Copy link]
Post time 21-12-2020 10:35 AM | Show all posts |Read mode
TERKINI: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Didapati Bersalah Dalam Kes Rasuah RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Bekas menteri wilayah persekutuan, Tengku Adnan didapati bersalah dalam kes rasuah bernilai RM2 juta.

Keputusan tersebut disahkan pihak kehakiman menerusi laporan ringkas BERNAMA pagi ini.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah terhadap Tengku Adnan. – Mahkamah Tinggi KL,” lapor BERNAMA.

Mengimbas kembali, Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

“Ahli Parlimen Putrajaya berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” memetik laporan awal BERNAMA pada 9.29 pagi tadi.

Berita penuh menyusul.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
huruf besar ...  PADAN MUKAAAAAAAAAAAAAA...SEMOGA MEREPUT DALAM PENJARA

lambat atau cepat masuk penjara aku tak kisah...asalkan BERSALAH walaupun dia masih boleh merayu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa.. Pulak

So simbolik ank kawen dpn POJ tu meraikan bapa masuk dlm ke cmne
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 10:54 AM | Show all posts
Ni semua salah DAP
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 10:55 AM | Show all posts

Confirm ka Chai Kin Kong tu ahli DAP

bukan mca ka gerakan ka
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan bagus tak boleh merayu2. Sumbat je terus penjara
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 11:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099139 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list