[Tempatan]
Statistik Pertanian 2020. Perak #1 ternak itik - 7.5 juta. Johor #1 ternak ayam - 67.7 juta. Jumlah babi merosot, tak ada sambutan
[Copy link]
Author: R2D2
Show all posts
Read mode
|
Itik makin banyak diternak, babi pula merosot
Oleh AMREE AHMAD
28 November 2020, 11:48 am
PUTRAJAYA: Bilangan ternakan itik secara komersial di seluruh Malaysia didapati bertambah dengan amat pesat sepanjang tahun lalu berbanding rekod pada tahun yang sebelumnya.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin menerusi kenyataan diterbitkan bagi laporan terbaharu Indikator Pertanian Terpilih 2020.
Menurut beliau, jumlah itik yang diternak di negara ini pada 2019 lalu bertambah sebanyak 7.6 peratus kepada 10,414,098 ekor daripada hanya 9,680,573 ekor direkodkan pada 2018.
Perak kekal pengeluar utama bekalan itik tempatan iaitu 7.5 juta ekor manakala Johor masih unggul sebagai negeri pengeluar terbesar bagi ternakan ayam iaitu 67.7 juta ekor, katanya.
Bagaimanapun dari segi kuantiti, ayam merupakan ternakan paling banyak di Malaysia iaitu 274,265,896 ekor pada 2019, iaitu naik 5.8 peratus; peningkatan kedua terbesar selepas itik.
Ia bermakna secara congak mudah, jumlah ayam diternak di negara ini adalah lebih lapan kali ganda daripada bilangan penduduk Malaysia sendiri yang dianggarkan sekitar 32 juta orang.
Pada masa sama, ujar Mohd. Uzir, ternakan babi didapati merosot paling teruk sebanyak 0.8 peratus daripada 1,967,538 ekor pada 2018 kepada cuma 1,952,385 ekor pada 2019 lalu.
Ini diikuti ternakan bebiri komersial yang juga merosot sebanyak 0.4 peratus dengan 127,796 ekor sepanjang tahun lepas berbanding 128,298 ekor direkodkan pada tahun sebelumnya.
Sementara haiwan ternakan lain mencatatkan pertumbuhan positif dengan kambing naik 3.5 peratus iaitu 371,747 ekor pada 2019 daripada 359,200 ekor pada tahun sebelumnya.
Begitu juga lembu menokok 1.0 peratus iaitu 683,501 ekor (2019) daripada 676,86 ekor (2018) manakala kerbau naik 0.3 peratus iaitu 107,347 ekor (2019) daripada 106,988 ekor (2018).
Angka perbandingan itu diperakui Jabatan Perkhidmatan Verterinar manakala data Jabatan Perikanan turut menunjukkan banyak indikator menaik pada 2019, ujar Mohd. Uzir.
Pelaling jelas beliau, muncul sebagai spesies ikan air laut pilihan utama majoriti rakyat Malaysia dengan mendapat permintaan amat tinggi di pasaran tempatan sejak tahun 2015 lagi.
Beliau menambah, pengeluaran ikan tersebut sepanjang 2019 lalu malahan meningkat 1.6 peratus berbanding catatan pada tahun yang sebelumnya kepada 94,003.5 tan metrik.
Jumlah pendaratan ikan laut pada tahun lalu ialah 1,455,400 tan metrik iaitu naik 0.2 peratus berbanding 2018 dan Perak jadi penyumbang utama iaitu 315,000 tan metrik, ujarnya.
Sementara itu, pengeluaran akuakultur juga bertambah dengan air payau atau masin naik 5.9 peratus kepada 307,200 tan metrik dan air tawar naik 3.3 peratus kepada 104,600 tan metrik.
Perak sekali lagi muncul sebagai pengeluar ternakan ikan air payau/masin iaitu 44,600 tan metrik manakala Sabah pula menguasai pengeluaran ikan air tawar iaitu 20,680 tan metrik.
Dalam pada itu Mohd. Uzir berkata, laporan Survei Tenaga Buruh Malaysia 2019 merekodkan 1,541,100 orang bekerja di sektor pertanian dengan didominasi lelaki sebanyak 79.2 peratus.
Namun, didapati bilangan bukan warganegara daripada keseluruhan jumlah pekerja sektor tersebut adalah hanya seramai 491,300 orang atau 31.9 peratus sahaja, katanya lagi.-UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Dolu2 ayah kawan iols jual daging ayam |
|
|
|
|
|
statistik
Rakyat Malaysia makan 1.8 Juta ekor ayam sehari dan 2.8 juta biji telur |
|
|
|
|
|
X pernah lagi mkn daging itik....sedap x... |
|
|
|
|
|
N9 dan area kajang/bangi byk gerai itik salai
masak lemak cili |
|
|
|
|
|
noor2 replied at 28-11-2020 03:27 PM
X pernah lagi mkn daging itik....sedap x...
Sedap. If tak biasa makan mungkin boleh terai rasa itik panggang atau itik golek dulu. |
|
|
|
|
|
Rendang itik maman sedap |
|
|
|
|
|
Akak harap harga telur masin turun.  |
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 28-11-2020 04:34 PM
Sedap. If tak biasa makan mungkin boleh terai rasa itik panggang atau itik golek dulu.
Insya Allah..nanti nk try.....tq info |
|
|
|
|
|
Ternak itik lebih senang dari bela ayam.
|
|
|
|
|
|
Pelaling memang lauk utama rakyat Meleysia.. kat loq staq, harga naik lebih RM10 sure masuk
berita kosmoo dan harian Metro..sinar harian sudah pasti.. |
|
|
|
|
|
noor2 replied at 28-11-2020 03:27 PM
X pernah lagi mkn daging itik....sedap x...
Sedap dari ayam kampung.
Anak saudara pernah datang umah,jamu kari itik.mula2 tu macam ragu2 nak makan,macam mencemik jee.sekarang kalau nak datang umah,awal2 dah tempah suruh buat kari itik..baru ko tauuuuuu.. |
|
|
|
|
|
Itik salai pun makin dapat sambutan
bukan kat negeri sembilan je sekarang ni |
|
|
|
|
|
Belibis replied at 28-11-2020 06:39 PM
Sedap dari ayam kampung.
Anak saudara pernah datang umah,jamu kari itik.mula2 tu macam ragu2 nak ...
Nk cari lah daging itik untuk masak rendang atau Kari..terliur pula baca |
|
|
|
|
|
iols nak sgt rase peking duck, mcm mane la rasenye, nmpk cine2 suke sgt mkn, mesti sedap |
|
|
|
|
|
negeri mana #1 ternak bewak
aku tak pernah makan itik walaupon nampak menyelerakan tgk dlm mkr |
|
|
|
|
|
Dah makin ramai penggemar itik sekarang, nak2 sejak makin ramai gerai jual masakan dari itik sejak kebelakangan ni |
|
|
|
|
|
porcine meat ni ( daging khindzir) ni pasaran mana yg dok import dari malaysia , kalau adalah
dan adakah pasaran khindzir ni market share dia kat malaysia je?
so ni covid19 ni negara jiran Singapore memang tak import ke?
kalau kurang i rasa itu petanda positif supaya beraleh le kpd penyertaan industri halal, dikembangkan sebab ia sesuai kepada emua pelusuk umat dunia, lagi luas kan market share?
|
|
|
|
|
|
|