|
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/646941/putus-modal-ibu-7-anak-buntu
Putus modal, ibu 7 anak buntu
Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
Kota Bharu: "Sudah dua minggu saya tidak keluar menjaja kerepek kerana tiada modal dan keadaan semakin terdesak kerana suami pun jarang dapat bekerja memandangkan kini musim tengkujuh," kata Siti Hulwani Mohamad.
Siti Hulwani, 46, yang menjual kerepek di kaki lima premis sekitar Kota Bharu kini terpaksa 'bercuti' kerana tiada wang untuk pusingan modal dan membayar tambang kereta sewa untuk ke lokasi menjaja.
Hidupnya dan tujuh anak termasuk seorang anak angkat kini bergantung sepenuhnya kepada suami, Azmi Bilal, 43, yang mengambil upah mengangkat kerusi dan meja di medan selera di Dataran MARA di sini.
"Upah yang diterima suami hanyalah RM20 sehari namun kerja itu bukan setiap hari ada kerana suami juga menghidap penyakit tibi.
"Buat masa kini kami cuba berjimat sebaik mungkin kerana selain untuk kelangsungan hidup, sewa rumah juga perlu dibayar sebanyak RM300 sebulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Tengku Putri, di sini, semalam.
Siti Hulwani berkata, adakalanya mereka sekeluarga menerima sedekah lauk pauk daripada pemilik kedai makan tidak jauh daripada rumah mereka yang bersimpati terhadap nasib mereka.
Terdahulu mereka menerima kunjungan daripada aktivis masyarakat, Amal Hayati Mohd Yusof bersama badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dan pemilik Restoran Nasi Lemak Kopi O, Meor Nazir Meor Ahmad, yang menghulurkan sumbangan dalam bentuk bungkusan nasi lemak, minuman dan bantuan kewangan.
Amal Hayati berkata, sebanyak 50 bungkus nasi lemak diagihkan kepada asnaf termasuk pengayuh beca serta gelandangan di sekitar bandar ini dan bantuan itu adalah bagi meringankan beban penerima sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan musim tengkujuh yang menyebabkan ramai tidak dapat keluar bekerja.
"Bantuan yang dihulurkan ini adalah secara berkala dan ia bermula sejak di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi sehingga kini menggunakan dana yang saya peroleh hasil sumbangan penyumbang yang mengetahui kerja amal saya ini melalui laman sosial," katanya.
Seorang gelandangan yang ingin dikenali sebagai Rahim, 72, meluahkan rasa terima kasih atas sumbangan yang diberikan kerana dia 'berumah' di atas wakaf berhampiran Pasar Siti Khadijah di sini, setiap hari menerima sedekah makanan daripada orang ramai.
Rahim berkata, sejak dua tahun tinggal di wakaf itu kerana enggan menumpang tujuh anaknya atas alasan tidak mahu membebankan mereka yang semuanya sudah memiliki keluarga sendiri.
"Di wakaf inilah saya menjalani hidup seharian dan jika ingin membersihkan diri atau solat, saya akan ke surau di belakang dan kembali ke sini (wakaf) untuk berehat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 11:42 AM
|
-
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Erm...
Cite pqsal tibi
Jiran jauh iols ada kena tibi..now dah ok la..
Keje bawak lori..
Kena tibi sebab kilang dia keje tu ramai non malaysian..jangkit darinpekerja...huhu ..
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 28-11-2020 12:42 PM
Sek sek jito kange pecah
Lamo tak kelik kelate ye sissy? |
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 12:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 28-11-2020 12:39 PM
Erm...
Cite pqsal tibi
Jiran jauh iols ada kena tibi..now dah ok la..
Lama dia kena amik ubat tu. Baguih la dah sihat. |
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 12:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 28-11-2020 12:43 PM
Lamo tak kelik kelate ye sissy?
Dia dr klate ke? |
|
|
|
|
|
shernazz replied at 28-11-2020 12:39 PM
Erm...
Cite pqsal tibi
Jiran jauh iols ada kena tibi..now dah ok la..
Pernah tgk satu forum pasal medical, doc tu cakap suatu ketika negara kita dah ZERO tb tapi disebabkan warga asing berlambak lambak terus ade balik.  |
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 01:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 01:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Limao replied at 28-11-2020 01:01 PM
Pernah tgk satu forum pasal medical, doc tu cakap suatu ketika negara kita dah ZERO tb tapi diseba ...
Selagi jiran2 tu ada, depa boleh bawak masuk. Ada saringan, tapi bknnya gerenti 100%.
Lain la kalau negara2 onputih. Jiran depa takde, dan depa amalkan saringan yg ketat. Yg ada latent tb pun kena amik ubat sblm masuk negara depa. |
|
|
|
|
|
Yang pakcik tu tinggal diwakaf kerana tak mahu menyusahkan 7 orang anaknya tapi dia duduk diwakaf yang sepatutnya digunakan oleh orang awam tak menyusahkan juga ke? Kalau orang tengok dah ada orang disitu tentu mereka tak selesa nak guna wakaf tu. Kalau seorang anak bagi rm50 dah lebih dari cukup untuk sewa bilik kecil, boleh rehat tanpa gangguan dan mengganggu orang lain.
Entahlah, susah nak faham cara pemikiran orang2 begini. |
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 01:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
orgsepang replied at 28-11-2020 01:15 PM
Yang pakcik tu tinggal diwakaf kerana tak mahu menyusahkan 7 orang anaknya tapi dia duduk diwakaf ya ...
Mcm anak2 buat donno je atopon pernah ada gaduh.. wallahualam |
|
|
|
|
|
Pekerja2 asing yg masuk ni memang ada jalani ujian perubatan kat negara asal. Tapi macam biasa la semua boleh kawtim dengan doktor sana.
Ofis iols penah je dapat pekerja Nepal ada tibi elok je terlepas masuk sini. Hangin la bos iols sebab dah keluar kos levi bayar ejen segala kan. Sudahnya kami satu ofis dpt suntikan vaksin utk elak berjangkit benda2 mcm ni drp mereka. Yg si pembawa penyakit tu selamat kena tabuh n hantar balik negara asal. |
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 01:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
missinpiece replied at 28-11-2020 01:21 PM
Pekerja2 asing yg masuk ni memang ada jalani ujian perubatan kat negara asal. Tapi macam biasa la se ...
Mak aih.. dasat depa menyeluk masuk.. |
|
|
|
|
|
shernazz replied at 28-11-2020 12:39 PM
Erm...
Cite pqsal tibi
Jiran jauh iols ada kena tibi..now dah ok la..
Kalau kna tibi ni bukan kna kuarantin ke.. |
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 28-11-2020 01:14 PM
Selagi jiran2 tu ada, depa boleh bawak masuk. Ada saringan, tapi bknnya gerenti 100%.
Lain la kal ...
Masalah kt msia ni..ramai pengkhianat...bayar je dpt masuk dgn mudah..x payah nk saring2 bagai... |
|
|
|
|
|
orgsepang replied at 28-11-2020 01:15 PM
Yang pakcik tu tinggal diwakaf kerana tak mahu menyusahkan 7 orang anaknya tapi dia duduk diwakaf ya ...
Dekat klate tu kan...yg aku kenal la kan...makpak yg dok sara anak2, cucu2...ada tu rumah sewa pun makpak yg tanggung..tong gas pun usung makpak punya bawak balik...makpak pun suka |
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 02:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
krustykrab replied at 28-11-2020 01:50 PM
Dekat klate tu kan...yg aku kenal la kan...makpak yg dok sara anak2, cucu2...ada tu rumah sewa pun ...
Anak2 tak bg duit kat mak pak ka? |
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-11-2020 02:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
krustykrab replied at 28-11-2020 01:47 PM
Masalah kt msia ni..ramai pengkhianat...bayar je dpt masuk dgn mudah..x payah nk saring2 bagai...
Mudah sgt jiwa dibeli |
|
|
|
|
|
Limao replied at 28-11-2020 01:01 PM
Pernah tgk satu forum pasal medical, doc tu cakap suatu ketika negara kita dah ZERO tb tapi diseba ...
Tambah dgn antivacc yg makin ramai |
|
|
|
|
|
orgsepang replied at 28-11-2020 01:15 PM
Yang pakcik tu tinggal diwakaf kerana tak mahu menyusahkan 7 orang anaknya tapi dia duduk diwakaf ya ...
Org begini menyusahkan org lain xpe, jgn susahkan ank. Gitu la kot |
|
|
|
|
|
|