CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 12

[Jenayah] Wang tunai RM2.17 juta dalam rumah

   Close [Copy link]
Post time 26-11-2020 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Wang tunai RM2.17 juta dalam rumah

Johor Bahru: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk antara tiga yang ditahan dipercayai terbabit penipuan pelaburan tidak wujud dengan nilai rampasan berjumlah RM 4.6 juta dalam serbuan di Taman Sri Kluang, Kluang, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan bersama dua lagi ahli perniagaan, kira-kira 9 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket itu disyaki memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam urus niaga tukaran mata wang asing dan mata wang kripto dengan menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh masa yang singkat.

"Sindiket ini dipercayai aktif sejak dua hingga tiga tahun lalu, selain sasaran pelabur adalah di seluruh Malaysia terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing seperti China, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain.

"Sepasukan polis dari Task Force Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah teres dua tingkat itu, kemudiannya menemui wang tunai dan pelbagai barangan antaranya 10 jam tangan mewah bernilai RM250,000, 16 kad kredit dan debit pelbagai bank, 22 kepingan emas bernilai RM45,000 dan enam telefon bimbit pelbagai jenama.

"Turut dirampas, dua kenderaan jenama Mercedes Benz dan Range Rover, wang tunai berjumlah RM2.17 juta serta wang kertas negara asing dianggarkan berjumlah RM1.4 juta," katanya pada sidang media di IPK Johor hari ini.

Beliau berkata, tiga serbuan dilakukan termasuk di Kuala Lumpur dan Johor Bahru namun kesemua tangkapan dan rampasan dibuat di rumah teres di Kluang.

Katanya, kesemua suspek berusia 27 hingga 40 tahun direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi sepuluh tahun, dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

"Polis bertindak hasil maklumat orang awam. Suspek utama ini pernah ada satu laporan polis dibuat terhadapnya, namun pengadu tarik balik. Mungkin ada banyak mangsa lagi yang tertipu dengan sindiket ini, mana-mana individu yang terkesan diminta tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Siasatan masih di peringkat awal. Kita perlukan masa untuk menyemak dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sebagainya.

"Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat," katanya.

Foto Ihsan POLIS JOHOR












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh.. Kalau aku.. Berenang2 aku dalam duitk byk tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-11-2020 09:01 PM
Fuh.. Kalau aku.. Berenang2 aku dalam duitk byk tu

Klise dah kes2 macam ni.anggap macam takde apa2 berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:05 PM | Show all posts
ada kenal sorang makhluk ni pun penipu saham dan penipu pelaburan emas etc.

tapi bila tengok social media dia dekat facebook status2 semua islamik.. tak nak melabur ke saham yang tak patuh syariah etc2... padahal ramai tahu dia menipu duit pelaburan orang...

rumah besar jugak la tapi hasil curi duit pelabur... iols tengah tunggu je yang tu terciduk pulak

duit tu deorang bersihkan dengan buka restoran dan satu kedai kecil... restoran dan kedai memang takde sape masuk atau jarang2 orang masuk...  dekat rumah dia memang simpan duit macamni la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:05 PM | Show all posts
Banyaknya duit ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 26-11-2020 09:04 PM
Klise dah kes2 macam ni.anggap macam takde apa2 berlaku.

Kita tengok mcm mana.. Sbb kali ni Dato Ayub yg handle.. Aku lebih percaya dia dari KP Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-11-2020 09:05 PM
ada kenal sorang makhluk ni pun penipu saham dan penipu pelaburan emas etc.

tapi bila tengok soci ...

Femes ke sheol?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin hari makin handsome Datuk Ayob ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 09:25 PM | Show all posts

tak femes pun... selalu yang penipu2 ni tak femes kaka kecuali yang tokkana baru2 ni
deorang suka hidup low profile takut orang tahu...

masa nak promot penipuan je bukan main heboh dan semua nak bagitahu dekat umum...
lepas dah lesap curi duit pelabur baru la nyorok tepi bucu katil dan terus jadi low profile...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:25 PM | Show all posts
rajin lah ada kes  sejak ketua polis kluang yg lama di tukarkan ke sabah...kalau ikut nie dah bertahun sindiket beroperasi kat situ kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal scammer je datuk asal datuk je scammer
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:45 PM | Show all posts
Centurion replied at 26-11-2020 09:40 PM
Asal scammer je datuk asal datuk je scammer

zaman scammer memerintah, mmg la ramai scammer dpt datuk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.208131 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list