Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1185
View
11
Reply

[Jenayah] Brader Ini Buat Live Facebook Dedahkan Banyak Kedai Judi di Puchong Indah. PDRM Minta Dia Tampil Selepas Buat Serbuan

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-11-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Subang Jaya: Pemilik akaun Facebook, Hussein Bob yang membuat siaran langsung di media sosial mengenai aktiviti judl dalam talian di Taman Puchong Indah di sini, pada 12 November lalu diminta tampil bagi menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya sudah membuat pemantauan di lokasi berkenaan dan mengenal pasti tujuh daripada sembilan premis yang ditunjukkan individu berkenaan dalam siaran langsung terbablt.

Daripada jumlah itu, kami mendapati terdapat satu premis di sebuah rumah kedai terletak di tingkat tiga kawasan berkenaan yang menjalankan keglatan terbabit.


Abd Khalid menunjukkan antara premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudlan dalam talian di Taman Puchong Indah dekat Subang Jaya.

Susulan itu, kami melakukan serbuan pada 13 November lalu yang membawa kepada pnahanan enam lelaki warga aslng serta dua lelaki tempatan bersama 10 komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti judl dalam talian, katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau premis yang dikatakan menjalankan aktiviti judl dalam talian di Taman Puchong Indah di sini, hari ini.

Abd Khalid berkata, pihaknya juga mendapati kebanyakan premis ditunjukkan oleh individu berkenaan adalah kedai lama yang pernah menjalankan aktiviti berkenaan.

Enam daripada tujuh premis yang dikenal pasti dalam video berkenaan adalah kedai lama yang sudah ditutup susulan tindakan pemotongan elektrik dilakukan kira-kira tiga bulan lalu.

Pemantauan dilakukan setiap hari di kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu dalam usaha memastikan kegiatan terbabit tidak ber0perasi semula di premis itu.

Saya minta individu yang membuat rakaman berkenaan (Hussein Bob) tampil untuk memberikan maklumat kepada pihak polis supaya tindakan lanjut dapat diambil, katanya.

Menurutnya, pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan tidak akan berk0mpromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti berkenaan.

Terdahulu, satu rakaman video siaran langsung berdurasi tujuh minit 47 saat yang menunjukkan seorang lelaki mendedahkan beberapa premls menjalankan kegiatan judl dalam talian di Taman Puchong Intan tular di media sosial minggu lalu.

Sumber : Kosmo
IMG_20201121_125507.jpg
IMG_20201121_125446.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-11-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar la pidiarem buat keja depa.nak ajar2 kang,depa londeh kita sampai tinggai spenda pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kes lama.. Bukan hari tu kwsn ni juga?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila....'TAK TULAR,TAKDE LA TU......'.Payah nau...sistem penguatkuasa negara ini.Sedih........
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun.. Semoga berjaya hapuskan judi haram ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 21-11-2020 01:04 PM
Biar la pidiarem buat keja depa.nak ajar2 kang,depa londeh kita sampai tinggai spenda pulak.

Nak bagi anak makan santau boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dejavu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 21-11-2020 02:27 PM
Mcm dejavu pulak

Mesia dengan pidiarem sentiasa dejavu.berulang...berulang..lagi dan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:24 AM | Show all posts
hasil pemantauan setiap hari,
HANY SATU JE tempat judi beroperasi.
ps: cmne boleh tumbuh satu tu? pantau macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sblm tular, takde pemantauan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis skrg bodoh buat keje. Kena netizen mentioned baru jalan. Elaun naik setiap tahun tp keje makin xreti nk bt
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la bangsa cina pandang rendah pada polis melayu sbb takda integriti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list