Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5280
View
96
Reply

[Tempatan] Jelebu-Anak bunuh bapa sebab tegur main handphone

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-11-2020 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 18-11-2020 01:39 PM

Bunuh bapa tegur main telefon
anak.png
Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

Jelebu: Berang ditegur leka bermain telefon, seorang anak sanggup membunuh bapanya dengan pisau di rumah di Simpang Pertang, 9.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan.

Katanya selain suspek, ibu mangsa berusia 85 turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan.

"Siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

"Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau," katanya ketika ditemui di sini.

Maslan berkata, selepas menikam mangsa, suspek melarikan diri namun ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran.

Katanya polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian manakala polis akan membuat permohonan reman suspek esok.

Jiran yang enggan dikenali berkata, pertengkaran mulut kedua beranak itu bukan pertama kali sebaliknya sudah banyak kali berlaku.

"Namun kali ini, tidak sangka pula ia berakhir dengan kematian," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-11-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak biawak najis dadah ke? Sian mak pak ada anak gini
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii..anak umur berapa ni? Main game pubg tak ke tu sampai membunuh bapak sendiri. Duit topup mintak kat mak bapak lagi ke? Makan minum tempat tinggal sah2 mak bapak tanggung. Najis betul.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah......


untuk anak neraka lah kau nak...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-11-2020 01:50 PM | Show all posts
JunkMail replied at 18-11-2020 01:46 PM
Adoiii..anak umur berapa ni? Main game pubg tak ke tu sampai membunuh bapak sendiri. Duit topup mint ...

Berita dari BH..
JELEBU: Berang ditegur leka bermain telefon, seorang penganggur sanggup menikam bapanya dengan sebilah pisau di Simpang Pertang, dekat sini, jam 9.30 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Tan Yin Fah, 59,  maut di tempat kejadian susulan tikaman di bahagian hadapan dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata kejadian itu dipercayai bermula dengan tindakan Yin Fah menegur anak lelakinya yang berusia 35 tahun kerana kerap bermain telefon.
"Susulan teguran itu, berlaku pertengkaran mulut antara kedua beranak berkenaan.

"Mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan anaknya, dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek bertindak menikam mangsa dengan pisau," katanya.

Maslan berkata, selepas menikam mangsa, suspek melarikan diri namun berjaya ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian dan kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Sementara itu jiran mangsa berkata, suspek sebelum ini bekerja di luar Negeri Sembilan tetapi kembali menetap bersama bapanya sejak Mac tahun ini dan kedua beranak itu kerap bertengkar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:51 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 18-11-2020 01:56 PM

saspek umur berapa ni?  penangan dadah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kat india minggu sudah...sebab kena tegur main game bunuh bapa sendiri. dasar anak tak guna. aku rasa mesti berkait rapat dgn dadah la.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-11-2020 01:52 PM | Show all posts
eyansss replied at 18-11-2020 01:51 PM
mangsa umur berapa ni?  penangan dadah?

Mangsa 59 anak 35..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh cina... Takde lah beza sangat dgn melayu pun ramai jua perangai macam. Bertabahlah keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:56 PM | Show all posts

eh...  Allahu...  aku nak tulis suspek...  hahaha...  sebab dalam artikel tak jumpa...


tq tq boomi


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:58 PM | Show all posts
Dalam kepala ni ingat melayu dah rupa2nya .....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 18-11-2020 01:50 PM
Berita dari BH..
JELEBU: Berang ditegur leka bermain telefon, seorang penganggur sanggup menikam  ...

baca berita u tepek kat atas tu, i dah teka chinese..sbb katanya bukan pertama kali bertengkar..hihi..ikut pengalaman i penah berjiran n penah jugak duduk area cina, diorg ni kalu bertengkar mmg kusss semangat..dari budak smpi dewasa mmg suka tengking2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak guna nya.
Penganggur. Then bunuh bapak yang menanggung makan pulak.
Mereput je la dlm penjara sebelum kena gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-11-2020 01:59 PM
baca berita u tepek kat atas tu, i dah teka chinese..sbb katanya bukan pertama kali bertengkar..hi ...

Jiran i chinese anak empat. Suara pun tak kedengaran, sopan sangat. Kitorg lagi bising hehe.. Tak semua begitu.

Ni sejenis anak tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi ingat ibu saspek 85 hahah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti jarum2 halus ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 18-11-2020 01:54 PM
Ohhh cina... Takde lah beza sangat dgn melayu pun ramai jua perangai macam. Bertabahlah keluarga.

aku baca balik berita akibat dari komen ang...woww..mata tajam sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 18-11-2020 01:50 PM
Berita dari BH..
JELEBU: Berang ditegur leka bermain telefon, seorang penganggur sanggup menikam  ...

Sementara itu jiran mangsa berkata, suspek sebelum ini bekerja di luar Negeri Sembilan tetapi kembali menetap bersama bapanya sejak Mac tahun ini dan kedua beranak itu kerap bertengkar.

kata kunci penting kerap bertengkar. aku rasa duit juga memainkan peranan penting.. tukar sikit ayat sbb bangsa cina...jadi mana mungkin ambik dadah,
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 02:47 PM | Show all posts
Hai lah anak kenapa la sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
myoujin replied at 18-11-2020 02:05 PM
Adoi ingat ibu saspek 85 hahah..

Btulla kan ibu dia umur 85??apehal tua nau..bapak dia baru 59
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list