View: 2418|Reply: 25
|
[Dunia]
Wanita Ditimpa ‘Penyakit’ Ganjil, Dilapor Tiba-tiba Tak Boleh Dengar Suara Lelak
[Copy link]
|
|
Wanita Ditimpa ‘Penyakit’ Ganjil, Dilapor Tiba-tiba Tak Boleh Dengar Suara Lelaki Termasuk “Boyfriend” Sendiri.
Mungkin ada wanita pernah mengimpikan untuk mempunyai butang ‘mute’ terhadap lelaki. Tambahan lagi jika berdepan dengan lelaki yang tidak disukai.
Keinginan tersebut pernah menjadi kenyataan kepada seorang wanita di China pada tahun 2019 tetapi ‘impian’ tersebut berlaku dengan sedikit berbeza.
Di didiagnosis dengan jenis kehilangan pendengaran yang menyebabkannya tidak dapat memahami suara nada rendah, seperti suara lelaki.
Menurut laporan, wanita Cina yang hanya dikenali dengan nama belakangnya, Chen, bangun pada suatu pagi dengan tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.
Chen juga muntah malam sebelumnya dan mula menyedari terdapat deringan di telinganya ketika itu menandakan sesuatu yang serius sedang terjadi.
Dia pergi ke Hospital Qianpu, di mana pakar telinga, hidung, dan tekak, Lin Xiaoqing, mendiagnosisnya dengan bentuk kerosakan pendengaran frekuensi rendah yang jarang berlaku.
Ianya disebut reverse-slope hearing loss (RSHL), yang menghalang orang untuk mendengar suara frekuensi rendah.
Difahamkan, Chen, yang tinggal di tenggara China, adalah salah satu dari beberapa orang yang mengalami keadaan ini.
Pusat Pendengaran Thigpen, sebuah klinik audiologi di Tennessee, menyatakan bahawa RHSL hanya mempengaruhi sekitar 3,000 orang di Amerika Syarikat dan Kanada.
Dengan kata lain, untuk setiap 12,000 kes kehilangan pendengaran, hanya satu orang yang menghidap RSHL.
Orang dengan RHSL biasanya tidak mempunyai masalah untuk mendengar suara frekuensi tinggi, seperti suara wanita dan anak-anak, tetapi mereka sukar untuk mendengar suara frekuensi rendah, seperti kenderaan, guruh, dan suara melalui telefon.
Xiaoqing melaporkan bahawa Chen dapat mendengar suaranya dengan baik semasa janji temu, tetapi dia tidak dapat memahami suara pesakit lelaki yang juga berada di hospital.
Banyak perkara boleh menyebabkan RHSL, termasuk kelainan genetik dan penyakit dan jangkitan tertentu. Perubahan tekanan cecair di telinga dalam juga diketahui sebagai penyebab.
Xiaoqing percaya bahawa Chen mengalami keadaan itu kerana tekanan dan kurang tidur yang teruk. Bagaimanpun, Chen boleh pulih sepenuhnya setelah menjalani rawatan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu..kang dgr suara ghaib..dia pi bunuh ore plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Frekuensi suara wanita tinggi rupanya.
Patut rasa annoying dengar suara perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 04:57 PM
Frekuensi suara wanita tinggi rupanya.
Patut rasa annoying dengar suara perempuan
kan...kekadang rasa nak marah je... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 13-11-2020 09:06 AM
kan...kekadang rasa nak marah je...
Dengan suara sendiri pun sama..
Haha |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 06:03 PM
Dengan suara sendiri pun sama..
Haha
tu la...kekadang aku pelik kenapa aku menyampah dgn suara sendir..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 13-11-2020 10:47 AM
tu la...kekadang aku pelik kenapa aku menyampah dgn suara sendir..hahaha
Ingat aku sorang je macam tu..
Ada lagi rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 07:01 PM
Ingat aku sorang je macam tu..
Ada lagi rupanya
sebab tu kekadang kalau aku dok seorng...tak ada bunyian...sbb aku diam je..hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
iols ingatkan dia terus jadi telepath ala2 professor xavier atau lady galadriel... agitu  |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 06:03 PM
Dengan suara sendiri pun sama..
Haha
lah ingatkan ko ni lelaki...boleh lah nak mengorat (gurau je ) |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 13-11-2020 11:34 AM
sebab tu kekadang kalau aku dok seorng...tak ada bunyian...sbb aku diam je..hahahahah
Nampak seram sangat suara ko tu
Haha |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 09:10 PM
Nampak seram sangat suara ko tu
Haha
Hahahaha...tak sedap suara aku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 07:01 PM
Ingat aku sorang je macam tu..
Ada lagi rupanya
Tambah ai lagik sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 13-11-2020 12:47 PM
lah ingatkan ko ni lelaki...boleh lah nak mengorat (gurau je )
Lol..iols sis bro  |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 09:25 PM
Lol..iols sis bro
tengok avatar ingatkan lelaki  |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 13-11-2020 01:26 PM
tengok avatar ingatkan lelaki
Penyamaran semata..haha |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 13-11-2020 09:34 PM
Penyamaran semata..haha
kenapa ?...ramai lelaki miang ke dlm cari ni
tp aku tak termasuk hokay  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nazzse at 13-11-2020 02:32 PM
Jitu replied at 13-11-2020 01:39 PM
kenapa ?...ramai lelaki miang ke dlm cari ni
tp aku tak termasuk hokay
No komen.
Oppa sgt dp tu, ingat bbnu mana dah |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 13-11-2020 08:47 PM
lah ingatkan ko ni lelaki...boleh lah nak mengorat (gurau je )
Aku pulak mula ingat kau perempuan |
|
|
|
|
|
|
| |
|