Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4959
View
87
Reply

[Tempatan] Sukar kerajaan benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan dengan Covid-19, kata PM

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-10-2020 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 30-10-2020 09:27 AM

Sukar kerajaan benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP - PM

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-1-kwsp-pm-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 12:46 PM

Mohamed Farid Noh
am@hmetro.com.my



Muar: Perdana Menteri membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun Satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun Satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

"Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

"Memang ramai yang teks saya berkata 'tolonglah Tan Sri, kami susah'. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

"Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, dekat sini, hari ini.


MUHYIDDIN menyampaikan ucapan pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir, hari ini. FOTO Bernama

Isnin lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mencadangkan KWSP supaya membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 secara one off bagi mengharungi cabaran berikutan impak penularan wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion sebelum ini bagi melaksanakan pakej rangsangan bagi membantu meringankan beban rakyat.

"Ini semua dilakukan bagi membantu meredakan bebanan rakyat dan kerajaan sudah bantu hampir sembilan juta rakyat terjejas.

"Belanjawan 2021 nanti akan ada lebih banyak langkah yang akan diumumkan bagi meringankan beban rakyat.

"Sebelum ini juga kerajaan sudah membenarkan rakyat mengeluarkan caruman KWSP dari Akaun Dua," katanya.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-10-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku kurang percaya betapa rakyat boleh terjejas teruk dek kesan wabak covic ni , tapi tapi hasil percamporan sosial dlm masyarakat , aku lihat memang ramai yg kehilangan kerja , yg mana berniaga sendiri sendunya . Nak dapat hasil pulangan 50 rm sehari pun nampak tak mudah . Kegiatan ekonomi makin menguncup dan apa yg terkejut peniaga2 terpaksa menaikkan harga untuk mendapatkan untung . Dan seharusnya consumer yg terpaksa mengadap segalanya . Dan kalau idea pengeluaran wang kwsp ini dibenarkan , sekurang2 rakyat punya duit poket disamping boleh membantu yg lain .
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Akaun 2 ada cap pengeluaran ke?

Bertabah la mereka yang betul2 terjejas kerana pandemik ni...

Selepas 6 bulan takde auto deduct...hari sama gaji masuk terus bank deduct duit i bayar loan kereta... Sebelum covid deduct every 1st of the month...la ni lagi 6 hari nak masuk nov dah deduct...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pikir masa depan org macam kau boleh la


harta luar negeri dlm negeri berkoyan koyan, 7 keturunan makan tak habis...rakyat marhaen yg setakat savings can only last not more than six mths without any income.....kau nak suruh pikir masa depan?

giler ke apo?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
My question...kerajaan sendiri ada duit keww to disburse  kalau permintaan rakyat ttg KWSP ini diluluskan?

kahlahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 30-10-2020 05:40 PM
Akaun 2 ada cap pengeluaran ke?

Bertabah la mereka yang betul2 terjejas kerana pandemik ni...

Myvi timbang kati pun ambik loan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:50 PM | Show all posts
sebab apa tak leh keluar akaun 1....????
sebab akaun 1 rakyat jelata telah diroling oleh kerajaan  BN sejak dahulu lagi.....
sejak atok sampai laaahhhh ke bijan
sekian.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi..bg je la.. hak pencarum tu.. bukan guna duit kerajaan pun.. dah le tgh susah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Acc 2 habis tarah ka
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey...itu duit rakyatlah...brp banyak korang nk guna duit rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat masih realistik rasanya. Rakyat bukan mintak pengeluaran semua, cuma had maksimum secara one off saja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo sukar nk bg kuar kwsp acc1 ... pe kata midin bagi bantuan bulanan rm500 sorg setiap bulan sehingga wabak covid ni pupus ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab sebenarnye aku tak paham ape yang sukar sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 30-10-2020 05:55 PM
Hey...itu duit rakyatlah...brp banyak korang nk guna duit rakyat....

Bukan guna ...invest.
Kalau guna, akaun 2 pun depa tak bagi keluarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Akaun 1 tu ibarat pokok kot? Kalau pokok tumbang, macam mana nak kuar bunga (dividen)???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dicadang buatkan had, misalnya 10%

tak susah kalo komited

kalo sukar sangat letak jawatan, bagi semula ke Najib yang ko fitnah dan jatuhkan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 30-10-2020 05:50 PM
sebab apa tak leh keluar akaun 1....????
sebab akaun 1 rakyat jelata telah diroling oleh kerajaan   ...

Hr tu i buat study, came across companies yg epf ada share... Takde la cikai company2 tu... Yearly dapat dividen ..
Dan epf ni pun agak teliti check investor ...sbb tu depa ada satu unit syariah yg check background potential investor tu... Yg mana was2 depa tak favor...

Invest tu la nak bg dividen kt oencarum...kalau peram je brp % la dividen tu nnt korang jua yg kecoh tak puas hati...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 30-10-2020 09:07 PM
Dicadang buatkan had, misalnya 10%

tak susah kalo komited


Busuk busuk JIB GOR yg sedut billions sekalipun...rakyat pun happy dapat BRAM BRIM BROOM ratus rattus lemonade kheunz? Guan eng setakat kasi 30hengget aja...

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 30-10-2020 09:08 PM
Hr tu i buat study, came across companies yg epf ada share... Takde la cikai company2 tu... Yearly ...


NI belajar dari youtube atau google pastinya

Kahkahkahkah...

You have lots to learn beb....

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggi je la bajet 2021

"Belanjawan 2021 nanti akan ada lebih banyak langkah yang akan diumumkan bagi meringankan beban rakyat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list