Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1415
View
26
Reply

Contest(Sejarah Internet Di Malaysia)

[Copy link]

Author: TomyamPuteh    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-10-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by TomyamPuteh at 23-10-2020 11:11 PM

   Perkembangan Internet Di Malaysia bermula pada tahun 1983 apabila netizen Malaysia yang pertama iaitu Dr Mohamed Awang-Lah(salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (OUM) memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi Internet di makmal Universiti Malaysia. Pada ketika itu, beliau merupakan ahli akademik Fakulti Eletrik/Eketronik di Universiti Malaya. Dr Mohamed Awang - Lah telah membuat hubungan Internet yang sama di akhir tahun 1984 ketika beliau ditempatkan di MIMOS(Malaysian Institute of Microelectronic System). Penubuhan MIMOS oleh kerajaan telah menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang celik IT untuk menghasilkan hubungan Internet yang lebih baik.

   Pada tahun 1989,Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan oleh Dr Mohamed Awang - Lah. Universiti - Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM yang terawal. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada Mel dan forum eletronik,walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber.Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga turut mendedahkan beberapa klemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya. Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING(Joint Advanced Integrated Networking) telah dirumuskan dan dilancar pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diterapkan ke dalam projek JARING.

   MIMOS mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-6.JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersil. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian lnternet antarabangsa.

   Talian litar suwa antarabangsa yang berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14 November 1992.Talian suwa ini menggantikan talian X. 25 awam dan dail yang tidak lagi efektif dari segi kos setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29 November 1994,keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5 Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan 64Kbps keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gantian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian. Keahlian JARING dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi.Orang perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail sahaja, sementara organisasi pula boleh mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di sepanjang tahun 1994 telah meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat.

   Dalam tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik. Tumpuan utama ialah untuk mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melalui tambahan nod, talian antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa serta bilangan talian dail. Dalam tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2 048Mbps. Sehingga akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah disediakan.Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.Seterusnya, pada tangga 9 November 1996,JARING telah menandatangani perjanjian persefahman(MOU) dengan Asia Internet Holding(AIH) dari Jepun bagi mempertingkatkan perkhidmatan Internet untuk pengguna tempatan dan Asia Pasifik.Rangkaian yang dinamakan JARING A-Bone ini memudahkan pengguna Internet menghubungi laman Web di rantau Asia.Hubungan tersebut menyediakan akses lebih cepat dan secara terus bagi pengguna kepada negara Asia yang dihubungkan dengan A-Bone.Pada bulan Mei 1999,JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi lebih 150 buah negara.

   Pada bulan Jun 1999, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini(di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 1999.Selanjutnya pada akhir tahun 1999,jumlah keahlian JARING meningkat melebihi 100,000 dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.

  Tahun 1996 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa.Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048bps(E1)berfungsi dengan sambungan 1.536Mbps(T1)sebelumnya.Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah.
Sepanjang tahun 1996,pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia ke-9,kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang belakang.Untuk membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan Memorandum Persefahman(MOU) dengan beberapa Syarikat Pembekal Perkhidmatan Akses JARING(JASP) pada 1 Ogos 1996.Ia memudahkan orang ramai mendapat khidmat sokongan bagi mengakses Internet.

   Bagi menampung pengguna yang semakin meningkat dan semakin memerlukan perkhidmatan terbaik, maka pada 1 November 1996,Telekom Malaysia Berhad telah memulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) kedua Malaysia setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan. Sehingga akhir tahun 2000,diantara syarikat-syarikat lain yang turut menyediakan perkhidmatan ISP di Malaysia ialah Maxis Communications Berhad, DIGI telecommunications Sdn Bhd dan Time Dot.Com Berhad.

   Penggunaan Internet terus berkembang dengan pesat sebagai media komunikasi multimedia utama dunia pada Alaf ke-21 ini. Cabaran utama kita semua ialah untuk menyediakan komuniti agar sentiasa bersedia menggunakan teknologi maklumat Internet sepenuhnya disamping mengenali batasannya.

#untuk istilah-istilah Internet boleh rujuk kepada Google untuk lebih kefahaman





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 23-10-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pilih topik Internet ni sebab merasakan Internet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kalau tak ada Internet, x blh la kita berkuntum kat cari dan juga bod sejarah ni. X gitu Cik Sarah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sat lagi kak sarah baca dan bagi rate. Kak sarah nak gaduh dgn game developer jap sebab bagi semua barang dan level kak sarah hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 23-10-2020 09:57 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pilih topik Internet ni sebab merasakan Internet sudah men ...

Thread yg Bagus.. Tapi minta tolong edit supaya ada perenggan.. Kesian pembaca lain..

Baru la sy tau jaring tu apa..dah x ada kan jaring?

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-10-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2020 10:28 PM
Thread yg Bagus.. Tapi minta tolong edit supaya ada perenggan.. Kesian pembaca lain..

Baru la  ...

Done edit. Ye cik Sarah. JARING last wujud smpai April 2015. Lps tu dibekukan atas alasan apa x plak dinyatakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 23-10-2020 10:52 PM
Done edit. Ye cik Sarah. JARING last wujud smpai April 2015. Lps tu dibekukan atas alasan apa x pl ...

nak minta edit lagi sekali...perenggan dah ok..cuma nak minta ada space antara perenggan. tqqq sebab join.

jangan segan2 nak buka thread kat sini tau.

kiranya 2015 last year Jaring hidup la kan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-10-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2020 11:01 PM
nak minta edit lagi sekali...perenggan dah ok..cuma nak minta ada space antara perenggan. tqqq seb ...

Done edit. OK x?. Jaring dihentikan atas sbb2 politik ikut info yg Saya baca tapi klue nya x brapa nk jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 23-10-2020 11:19 PM
Done edit. OK x?. Jaring dihentikan atas sbb2 politik ikut info yg Saya baca tapi klue nya x brapa ...

yezaaaa...mcm tu...senang nak baca...maaf na..banyak permintaan pulak.

ermmmmm...benda yg baik utk malaysia ni saja disabotaj demi kepentingan ahli politik. syg betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 23-10-2020 11:19 PM
Done edit. OK x?. Jaring dihentikan atas sbb2 politik ikut info yg Saya baca tapi klue nya x brapa ...

Ada kaitan dgn nuar brahim if m not mistaken. Back in 90's kite x de freedom sgt dgn any news whatsoever.

Our PM back then, x begitu percaya dgn freedom of expression n dia percaya news tanpa tapisan is recipe for disaster.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-10-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2020 11:21 PM
yezaaaa...mcm tu...senang nak baca...maaf na..banyak permintaan pulak.

ermmmmm...benda yg baik  ...

Ye setuju. Sggp korban benda baik demi politik. Selfish
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-10-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsVeneer replied at 23-10-2020 11:22 PM
Ada kaitan dgn nuar brahim if m not mistaken. Back in 90's kite x de freedom sgt dgn any news what ...

Good ones. Nnti saya try godek lg. Sama2 kita share info kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 23-10-2020 11:27 PM
Ye setuju. Sggp korban benda baik demi politik. Selfish

semoga generasi baru politician tak menjadi mcm yg skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsVeneer replied at 23-10-2020 11:22 PM
Ada kaitan dgn nuar brahim if m not mistaken. Back in 90's kite x de freedom sgt dgn any news what ...

Halooo chuols lama tak nampak
Jom berlesbo

Sarah hang jgn potong kredit acik sbb mai tang sini nak OT semata
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 23-10-2020 11:36 PM
Halooo chuols lama tak nampak
Jom berlesbo


no hal la...sy x kisah nak ot..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:07 AM | Show all posts
jaring
nk dload 1 gmbor pun rasa berjanggut menunggu
masa tu pakai proc pentium 4, 1.6ghz
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 23-10-2020 11:36 PM
Halooo chuols lama tak nampak
Jom berlesbo


Jom la kite bergedik2. Wasap lor
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:22 PM | Show all posts
rasa mula kenai internet dalam tahun  1998...masa tu pagi2 nk pi sekolah dekat radio ada la segmen perkenal IT...pastu dok main lagu Siti Nurhalliza Cinta IT...tahun 2001 baru kt rumah ada tenet..dial up connection 56 kbps speed.. stress nk connect pon amik masa 30 saat...

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa Akak Form 5, first time kena belajar computer ni. Aduh.. Nak buka desktop tu pun dah lama.. Kena buat satu personal project masa tu utk pemarkahan. Akak buat card utk boyfriend. .
Lepas kahwin dah pindah duduk dgn suami selepas berpjj utk 6 bulan, kami la  antara pelanggan JARInG dulu. Dgn desktop yg gedabak tu. Satu casing floppy disc utk simpan data. Punya bersusun floppy disc time tu yg simpan data kerja2 kami berdua.
Lama juga dgn JARING ni.. Bila TM offer pakej dial up internet, kami pun langgan dan terminate JARINg account. Sampai la Unifi.. 2 tahun lepas tukar kepada Maxis pulak.
Untung org sekarang. Boleh pilih internet provider ikut pilihan masing2. Boleh online classes. Boleh zoom utk meeting dan macam-macam lagi yg memudahkan.
Terima kasih kepada Dr Mohamed Awang-Lah yg timbulkan idea internet utk Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsVeneer replied at 23-10-2020 11:22 PM
Ada kaitan dgn nuar brahim if m not mistaken. Back in 90's kite x de freedom sgt dgn any news what ...

Hi Nora.
Lama kita tak berbual bab makanan Pahang.
Untung ada internet. Boleh berbual memacam hal dan boleh tambah kenalan.

Thanks En Tomyam for this write up. A good oneZ Akak x pernah pun tahu siapa yg punya idea nak memgakseskan Malaysia kepada negara luar melalui internet ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2020 11:28 PM
semoga generasi baru politician tak menjadi mcm yg skrg ni.

Aamiin..
X nampak Sarah kat thread sana. Cari pulak kat sini.. hihihi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list