CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5578|Reply: 43

[Tempatan] KKM tidak dedah identiti lokasi kerana bimbang wujud stigma

[Copy link]
Post time 22-10-2020 10:25 PM | Show all posts |Read mode
KKM tidak dedah identiti lokasi kerana bimbang wujud stigma
    myMetro>mutakhir
Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan mendedahkan mana-mana lokasi yang dijalankan pengesanan jangkitan Covid-19 berikutan enggan wujud stigma terhadap kawasan terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya memang diberi tekanan untuk mendedahkan identiti pesakit, keluarga mahupun lokasi jangkitan berlaku atau ujian pengesanan dilaksanakan.

"Kami tidak akan membuat pengumuman apabila ujian pengesanan dilakukan kerana bimbang wujud stigma. Kami tidak mahu mewujudkan stigma di kawasan itu.

"Jika ada kes positif di restoran atau sekolah, kami akan menutupnya dan menjalankan proses nyahkuman dan ia boleh beroperasi semula seminggu kemudian.

"Apa yang kita cuba elakkan ialah stigma dan orang awam tidak mahu ke sekolah, kediaman atau pusat beli-belah terbabit apabila berlaku kes kerana timbul ketakutan," katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila berlaku kes, pihaknya akan berusaha sebaik boleh untuk membersihkan kawasan terbabit.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya jika ada kaitan antara kes yang berlaku di sebuah pangsapuri di Persiaran Surian dengan Kluster Utama.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lol bagitau je la nak sorok2 apo ...ni bukan masa nak fikir stigma masyarakat...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu macam mana rakyat nak jaga keselamatan?
Kalau dah info ,sekurang2 dapat la rakyat elakkan diri dari berkerumun macam semut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi tak payah jugak laa umum daerah /negeri mana byk kes..nanti wujud stigma org tak nak gi negeri /daerah tu..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
reveal je la org yg dah positif dan senarai tempat2 dia gi 2 minggu sebelum. ni kita pon cuak kot2 ada terkontak rapat kat mana2. bukan sume premis ada mysejahtera dan bukan semua pelanggan scan mysejahtera, yg menonong masuk tak scan tak tulis nama belambak. pastu hotspot kat mysejahtera 1km radius kecik sangat, patut buat 10km. ni kita serupa orang buta tau gelabah tetek dgr ada kes dlm negeri. walaupon bagitau daerah mana ingat pesakit tu berlegar dlm daerah dia je ke? nak keluar cam takut tapi urusan penting takleh tangguh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu. Elak kabar angin, elak panik, memacam lg... Dah kesan tutup sanitize buka.... Jaga jarak pakai mask...rakyat kena jaga diri sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kkm blh consider semula memandangkan covid ni bkn mcm wabak2 yg pnh melanda sebelum ni. klu diberitahu blh lah rakyat ambil langkah extra berjaga2
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:40 PM | Show all posts
perangai suka menyorok2 camnilah yg buat masyarakat timbul stigma, padahal masyarakat ok jah pun dgn pesakit covid..cuma nk ambik precaution jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 01:44 PM | Show all posts
sebab sorok la org cross daerah/cross state pebenda sume...
sbb x tau....
adoiiii....
ni bukan kudis berulat busuk hanyir berair nak stigma2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:03 PM | Show all posts
Sebab ramai tak tahulah ramai mula buat tidak apa attitude main redah sesuka hati malas nak jaga jarak scan MySejahtera pakai mask dengan betul cuci tangan pakai sanitizer.  Bila tiba2 timbul kluster baru disebabkan kurangnya info ada kes disitu mulalah tak habis2 meratip duduk rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:05 PM | Show all posts
KKM takmo ada yg trauma gelebah teteks to the max!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:24 PM | Show all posts
Kalau kita tahu kawasan terbabit ada kes. Mungkin kita lebih berhati2 dan tidak pergi kawasan tu. Apa2 pun ikut je apa KKM dengan kerajaan nak sop macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:49 PM | Show all posts
pebnde ni
orang lagi nak tahu
supaya leh jaga2
tak faham laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:16 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 23-10-2020 02:03 PM
Sebab ramai tak tahulah ramai mula buat tidak apa attitude main redah sesuka hati malas nak jaga jar ...

ala polis pakai uniform pun xpakai mask,xmau scan. bila kita tegur dia pulak ckp kita xpaham SOP. berlagak sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:19 PM | Show all posts
betul la tu...bila ada kes jek kt satu2 tempat..ngan automatik org tau kita duk mana walhal tak pernah pun bgtau duk mana..

namun, selagi tak ambik tindakan contoh macam tutup taman permainan org ramai jek duk berkerumun mcm covid tu 1 mitos..

sembang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:22 PM | Show all posts
setelah melibatkan kawasan orka dan popular
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg ni boleh ke nak cover2 info etc.. bile sesebuah premis tu ada kes.. of coz makcik2 bawang yg kerja dlm premis tu akan sebarkan dlm wasap.. sama gak mcm sekolah.. cikgu2 sendiri yg bgtau dlm group.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb sorok ni la ramai terpaksa kuarantin.. sial betul le
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:49 PM | Show all posts
macamana la kami nak jaga keselamatan?
bahaya nya la hai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Come on lah. Mana transperency? Biarlah people decide dengan data tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.552679 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list