Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
889
View
30
Reply

[Tempatan] Pawagam rugi RM2 juta sehari. Selera penonton dah berubah. Layan online - boleh tgk bila2, dimana saja

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 08:35 AM | Show all posts |Read mode
hmetro.com.my
'Pawagam saja rugi RM2 juta sehari'
Norhayati Nordin
5-7 minutes

Industri seni tanah air terjejas teruk akibat Covid-19, malah penggiat serta yang ada kaitan dengannya turut terkesan akibat kehilangan pendapatan.

Sejauh mana ia terjejas dan apakah tindakan serta perancangan agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk kepentingan industri?

Ikuti wawancara Timbalan Pengerusi Finas DATUK NORMAN ABDUL HALIM dan wartawan NORHAYATI NORDIN bagi mengulas isu ini.


Sejak Mac hingga kini, berapa anggaran kerugian dalam industri hiburan rentetan Covid-19?

Anggaran kerugian dialami industri hiburan melebihi RM100 juta.

Di pawagam saja, rugi sekitar RM2 juta sehari dan terkini, kita dengar ada pawagam yang perlu ditutup.

Kami di Finas sudah adakan mesyuarat bersama ahli lembaga pada Jumaat lalu untuk bekerjasama bagi mencari jalan dan memikirkan pelbagai pilihan berkesan untuk bantu pawagam bertahan dalam situasi kritikal ini.

Orang luar ada Netflix, kita mungkin boleh buat yang sama untuk jaga industri kita sendiri.

Sebenarnya, daripada sudut OTT atau over the talk seperti Netflix ini, platform sebegini sudah ada dan sangat banyak.

Kita lihat aliran di seluruh dunia pun sudah ada ratusan platform OTT ini, jadi mungkin ini satu peluang baru untuk industri dan bukan bergantung harap pada tayangan oleh pempamer atau pawagam semata-mata.

Platform digital seperti ini memang kami akan beri keutamaan.

Apa yang kami akan lakukan ialah kenal pasti OTT ini. Pertama, bagaimana kita boleh buat aktiviti pelesenan kandungan digital dan kedua, daripada sudut penerbitan untuk platform ini yang sedikit sebanyak akan membuka ruang pada industri, tidak bergantung harap semata-mata pada stesen televisyen dan pawagam.

Setakat ini, kita dalam proses mengumpul jumlah platform ini dan akan memperkenalkan konsep sesuai dengan harapan mungkin kita boleh mengeksport kandungan kita juga, tidak kira dalam bentuk filem, dokumentari, rancangan televisyen dan sebagainya.

Panggung wayang terjejas, tiada sesiapa yang hendak melakukan siaran wayang secara dalam talian.

Saya rasa kalau filem yang bajet tidak terlalu tinggi, ia boleh dipertimbangkan.

Contoh filem Syif Malam Raya yang berjaya mengutip hampir RM4 juta melalui Astro First.

Namun, risiko agak besar untuk filem bajet besar. Jika bajet filem itu lebih RM1 juta, saya rasa filem itu sukar dan belum tentu penerbit pulang modal.

Apa yang kita dapat lihat sekarang, ada beberapa filem besar yang masih lagi disimpan, tidak ditayangkan.

Antara punca orang tidak ke panggung wayang ialah Covid-19 dan pengeluar filem besar luar negara serta tempatan menyimpan tayangan mereka.

Kita faham kerana jika ditayangkan sekarang, ia mungkin tidak mendatangkan pulangan yang optimum.

Kita di Finas memikirkan untuk menyediakan pakej bagi membantu pawagam kerana apa guna kita terbit filem jika platform pawagam itu tidak dapat digunakan.

Jika tiada filem baharu dapat ditayangkan sehingga Jun 2021, maka banyak pawagam akan ditutup. Ini memberi gambaran sangat kritikal pada industri.

Ada artis veteran hidup susah akibat masalah kewangan. Ada cadangan untuk tubuhkan koperasi atau kerjasama dalam perniagaan sebagai jaminan masa depan kepada anak seni?

Buat masa ini, kita kena lihat dan teliti dahulu untuk cadangan bantuan seperti ini kerana Finas pun berhadapan kekangan.

Tapi, apa yang kami akan lakukan ialah, cuba bekerjasama dengan yayasan tertentu bagi mengumpul dana untuk membantu artis dan warga industri yang memerlukan.

Menerusi program Finas Prihatin, ia dapat mengumpul dana bagi membantu warga industri dan setakat ini, ada penerbit yang tampil menghulurkan bantuan.

Harapan Finas membabitkan pengkarya seni tanah air?

Hasrat utama Finas ialah mahu melihat filem kita bertanding serta menang di Anugerah Academy atau Oscar.

Apa yang cuba Finas buat untuk ke Oscar adalah perancangan teliti dengan penstrukturan semula industri, meliputi beberapa sudut seperti perundangan, akta Finas, kewangan, latihan, pembangunan industri dan sebagainya.

Mungkin ada pihak yang memperlekeh atau memperkecilkan wawasan ini, saya rasa itu satu perkara yang harus diubah.

Kalau kita ingin berjaya di peringkat dunia, harus ada inisiatif menganjurkan lebih banyak program kreatif.

Jika asyik fikir, nak buat itu tak boleh, ini tak boleh, maka kita selama-lamanya di takuk lama sajalah.

Isu royalti?

Golongan pelakon iaitu pelaku, pengarah, penerbit serta penulis skrip yang dipanggil karyawan, sebagaimana pemuzik, golongan ini juga layak mendapatkan royalti mereka bagi tayangan dikeluarkan di tempat awam.

Namun, ia tetap bergantung pada kontrak yang sudah mereka tandatangani.

Finas sudah anjurkan townhall membabitkan persatuan industri kreatif dan melalui maklumat diterima, kita juga berbincang dengan Tribunal Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyiPO) bagi merangka struktur bagaimana cara mengutip royalti pada masa depan.

Apapun, perkara asas yang paling utama ialah harus ada satu kontrak yang boleh dijadikan recommended contract yang meliputi terma tertentu seperti bagaimana boleh melayakkan pelakon, karyawan dan penerbit untuk mengutip royalti berkaitan.

Bagaimanapun, proses ini agak panjang sedikit dan perlukan masa. Satu perbincangan juga sudah dijalankan berkaitan perkara ini baru-baru ini.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 7:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Non essential service..next
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun prefer tgk kt hphone sambil baring2 atas katil...nk kuak lentang ke, kuak kupu kupu ke yg penting selesa lol.
Koserr nk kuar, nk salin baju,pakai face mask lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:16 AM | Show all posts
tgk US netflix je skrg kt hp. blh minum2 kopi panas sambil baring2 atas katil dgn tenang....

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer tak best dan terhad. Tiket pun skang dah mahal sbb sop baru wabak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiket mahai. Pastu geli la duduk kat seat yg bekas tah sapa2 duduk. Bekas kelemomor tah sapa2 kat seat tu. baik tgk netflix baring2 kat umah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2020 12:10 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol pun tgk online jer. Kalau nak terkucil or lain2 berkaitan, boleh tekan pause. Sambung balik bila2 masa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-10-2020 11:59 AM
Citer tak best dan terhad. Tiket pun skang dah mahal sbb sop baru wabak.

Berapa harga tiket skrg tinot?lame dah x pegi tgk wyg....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:45 PM | Show all posts
patotnya bulan 3 aritu depa dah mula start pikir buat apps investmen
sptmana bank2 seluruh dunia dok  buat
mcm RAIZ, WAHEED dan BIMB, bank Islam pon dah launch
kalau depa buat awai confirm leh lawan sama netflix la , youtube premium berbayar
dan mcm2
org skang dah malas nak walkin
ni semua trend shopee lazada alibaba amaozn laaaa
so buat la apps, org register baya bulan2
tgk GSC la HBO smeua online er
kurang duit masuk popit dan company hidop
adoi, patotnya department marketing, RnD, dan risk analisis depa tu buatla sesuatu
tu pon nak kena nasehat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:48 PM | Show all posts
skali kluar tengok wayang..harga tiket..parking..makan2....beratus habis sudahnya....
baik guna duit utk order mkn on9..
sambil tgk netflix...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:53 PM | Show all posts
Its all about experience.
Tgh tunggu TOP Gun 2: Maverick.  
Kalau boleh nak tgh kat iMax. Takkan nak tgh kat HP.
Mcm bawak kete MyVi dgn bawak kete Golf R.
Harga lain, rasa pun lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I prefer tgk wayang sbb gambar dgn sound + popcorn tapi semenjak covid mmg tak jejak la. Tgk kat rumah kalu selalunya tv tgk kita balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Netflix pun aku tak tengok.. buat apa bayar kalau boleh streaming free?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Feel kat wayang x sama la ngan tgk kat tepon. Tapi utk filem blockbuster action movie je la..x kan nk tgk cite syahmi sazli mat totey tu kat imax
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2020 01:55 PM | Show all posts
thestar.com.my
Oh, how I miss the cinema!
By RISH TANDAPANY
Sunday, 18 Oct 2020

SOME people crave going the gym, others their favourite coffee shop; some miss travelling, and others simply yearn for the company of others.

What do I miss most?

The cinema. Yes, the world has slowly started opening up its cinemas but it may be too little, too late.

Covid-19 has decimated the cinema industry to a point where its recovery is questionable.

Will cinemas, as we remember them, ever get back to normal and what can we do to aid this?

I, like a lot of people, love the cinema. There is nothing quite like the majesty of seeing a movie on a big screen with an accompanying audience.

Given what has happened in the last nine months, that memory seems far, far away.

The reality is that for a lot of people, the cinema experience presents the ultimate escapism C a time when you are alone, fixated on something created to entice, scare, stimulate or rouse you. There are no phones, few distractions, copious amounts of popcorn and screens bigger than anything you could hope to have at home.

In the past week, numerous cinema chains across the world have closed down C another victim of the never-ending Covid-19 pandemic. Now broken, the cinema experience may never be the same again.

I recently saw a movie in the cinema. I was excited, even childlike in anticipation. However, this time things were different. I was wearing a mask, not allowed to buy popcorn and sitting two seats away from the nearest patron.

Was I in the cinema or was I in some weird parallel universe where the cinema had become some form of prison?

Now, I know everything is done in the interests of safety. However, my ultimate distraction had now become some form of tribulation.

Get a Netflix account, I hear you say. It isnt the same. Digital platforms have helped us in our time of need, and they should be commended for filling our void, but they also present a huge challenge as the digital ecosystem becomes more pervasive.

We are in danger of a new couch potato culture where some form of digital device is in constant use. This lends itself to the sedentary lifestyle that is engulfing todays society. The World Health Organisation has said that over 80% of adolescents are not physically active enough.

With the end of Covid-19 not seemingly close and technology becoming an integral aspect of peoples lives, we need to find a happy balance so that we are in control of technology and not vice versa.

Taking a walk or a drive to your nearest cinema may not make a huge impact immediately but it can reduce your sedentary behaviours.

More importantly, it will likely give you feelings toward entertainment that cant easily be replicated within the confines of your room. Not to mention helping a huge industry, with its many employees, stay afloat.

Governments also have a role to play in helping safeguard the cinema industry.

Hospitals, schools, corporations, etc. have all been given elements of protection and subsidy. However, industries deemed less vital have been marginalised.

The cinema industry includes various occupations from actors to directors, writers to cinematographers C all of whom need backing and aid during this trying time.

In addition, we should think about the traditional and cultural importance associated with cinemas within societies.

I leave you with this from Pedro Almodovar, the eminent Spanish filmmaker, who said it better than I ever could, The screen should not be smaller than the chair on which youre sitting.

It should not be part of your everyday setting.

You must feel small and humble in front of the image that is here to capture you... its the capacity to be hypnotised by the big screen. The Jakarta Post/ANN

The writer is a consultant who founded Trynkle after years of extensive experience in the Tier 1 finance, government, advisory and fintech industries.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 18-10-2020 01:03 PM
Netflix pun aku tak tengok.. buat apa bayar kalau boleh streaming free?

True.. bleh je streaming free..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:48 PM | Show all posts
benda boleh tgk free
buat ape tgk streaming?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgok kt wayang kene guna byk tenaga.ni pergi sana.nk cari parking.pulak tu dlm sana ada pulak puak2 yg suka buat bising.langsung xberbaloi.tgok kt rumah bila2 pon boleh.smbil baring peluk2 anak pon xde hal
Ai keluar kalau nk jumpa kawan2 je.kalau boleh mmg xnak keluar pon
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 18-10-2020 12:41 PM
Berapa harga tiket skrg tinot?lame dah x pegi tgk wyg....

Rega kira2 20 satu tiket. Dolu2 murmur lagi. Tapi expected la sbb tmpt duduk ada social distancing.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list