Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1928
View
21
Reply

Pawagam saja rugi RM2 juta sehari'- Norman KRU

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Industri seni tanah air terjejas teruk akibat Covid-19, malah penggiat serta yang ada kaitan dengannya turut terkesan akibat kehilangan pendapatan.

Sejauh mana ia terjejas dan apakah tindakan serta perancangan agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk kepentingan industri?

Ikuti wawancara Timbalan Pengerusi Finas DATUK NORMAN ABDUL HALIM dan wartawan NORHAYATI NORDIN bagi mengulas isu ini..

Sejak Mac hingga kini, berapa anggaran kerugian dalam industri hiburan rentetan Covid-19?

Anggaran kerugian dialami industri hiburan melebihi RM100 juta.

Di pawagam saja, rugi sekitar RM2 juta sehari dan terkini, kita dengar ada pawagam yang perlu ditutup.

Kami di Finas sudah adakan mesyuarat bersama ahli lembaga pada Jumaat lalu untuk bekerjasama bagi mencari jalan dan memikirkan pelbagai pilihan berkesan untuk bantu pawagam bertahan dalam situasi kritikal ini.

Orang luar ada Netflix, kita mungkin boleh buat yang sama untuk jaga industri kita sendiri.

Sebenarnya, daripada sudut OTT atau over the talk seperti Netflix ini, platform sebegini sudah ada dan sangat banyak.

Kita lihat aliran di seluruh dunia pun sudah ada ratusan platform OTT ini, jadi mungkin ini satu peluang baru untuk industri dan bukan bergantung harap pada tayangan oleh pempamer atau pawagam semata-mata.

Platform digital seperti ini memang kami akan beri keutamaan.

Apa yang kami akan lakukan ialah kenal pasti OTT ini. Pertama, bagaimana kita boleh buat aktiviti pelesenan kandungan digital dan kedua, daripada sudut penerbitan untuk platform ini yang sedikit sebanyak akan membuka ruang pada industri, tidak bergantung harap semata-mata pada stesen televisyen dan pawagam.

Setakat ini, kita dalam proses mengumpul jumlah platform ini dan akan memperkenalkan konsep sesuai dengan harapan mungkin kita boleh mengeksport kandungan kita juga, tidak kira dalam bentuk filem, dokumentari, rancangan televisyen dan sebagainya.

Panggung wayang terjejas, tiada sesiapa yang hendak melakukan siaran wayang secara dalam talian.

Saya rasa kalau filem yang bajet tidak terlalu tinggi, ia boleh dipertimbangkan.

Contoh filem Syif Malam Raya yang berjaya mengutip hampir RM4 juta melalui Astro First.

Namun, risiko agak besar untuk filem bajet besar. Jika bajet filem itu lebih RM1 juta, saya rasa filem itu sukar dan belum tentu penerbit pulang modal.

Apa yang kita dapat lihat sekarang, ada beberapa filem besar yang masih lagi disimpan, tidak ditayangkan.

Antara punca orang tidak ke panggung wayang ialah Covid-19 dan pengeluar filem besar luar negara serta tempatan menyimpan tayangan mereka.

Kita faham kerana jika ditayangkan sekarang, ia mungkin tidak mendatangkan pulangan yang optimum.

Kita di Finas memikirkan untuk menyediakan pakej bagi membantu pawagam kerana apa guna kita terbit filem jika platform pawagam itu tidak dapat digunakan.

Jika tiada filem baharu dapat ditayangkan sehingga Jun 2021, maka banyak pawagam akan ditutup. Ini memberi gambaran sangat kritikal pada industri.

Ada artis veteran hidup susah akibat masalah kewangan. Ada cadangan untuk tubuhkan koperasi atau kerjasama dalam perniagaan sebagai jaminan masa depan kepada anak seni?

Buat masa ini, kita kena lihat dan teliti dahulu untuk cadangan bantuan seperti ini kerana Finas pun berhadapan kekangan.

Tapi, apa yang kami akan lakukan ialah, cuba bekerjasama dengan yayasan tertentu bagi mengumpul dana untuk membantu artis dan warga industri yang memerlukan.

Menerusi program Finas Prihatin, ia dapat mengumpul dana bagi membantu warga industri dan setakat ini, ada penerbit yang tampil menghulurkan bantuan.

Harapan Finas membabitkan pengkarya seni tanah air?

Hasrat utama Finas ialah mahu melihat filem kita bertanding serta menang di Anugerah Academy atau Oscar.

Apa yang cuba Finas buat untuk ke Oscar adalah perancangan teliti dengan penstrukturan semula industri, meliputi beberapa sudut seperti perundangan, akta Finas, kewangan, latihan, pembangunan industri dan sebagainya.

Mungkin ada pihak yang memperlekeh atau memperkecilkan wawasan ini, saya rasa itu satu perkara yang harus diubah.

Kalau kita ingin berjaya di peringkat dunia, harus ada inisiatif menganjurkan lebih banyak program kreatif.

Jika asyik fikir, nak buat itu tak boleh, ini tak boleh, maka kita selama-lamanya di takuk lama sajalah.

Isu royalti?

Golongan pelakon iaitu pelaku, pengarah, penerbit serta penulis skrip yang dipanggil karyawan, sebagaimana pemuzik, golongan ini juga layak mendapatkan royalti mereka bagi tayangan dikeluarkan di tempat awam.

Namun, ia tetap bergantung pada kontrak yang sudah mereka tandatangani.

Finas sudah anjurkan townhall membabitkan persatuan industri kreatif dan melalui maklumat diterima, kita juga berbincang dengan Tribunal Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyiPO) bagi merangka struktur bagaimana cara mengutip royalti pada masa depan.

Apapun, perkara asas yang paling utama ialah harus ada satu kontrak yang boleh dijadikan recommended contract yang meliputi terma tertentu seperti bagaimana boleh melayakkan pelakon, karyawan dan penerbit untuk mengutip royalti berkaitan.

Bagaimanapun, proses ini agak panjang sedikit dan perlukan masa. Satu perbincangan juga sudah dijalankan berkaitan perkara ini baru-baru ini.



Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 09:41 AM | Show all posts
Seriously, sejak ada Netflix, aku tak teringin nak masuk panggung tengok wayang dah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 18-10-2020 09:41 AM
Seriously, sejak ada Netflix, aku tak teringin nak masuk panggung tengok wayang dah..

Betul. Astro pun tak layan dah lepas tgk netflix tv
Rumah acik pakai decoder MYpreview tuh jeh utk local channel
Kalo setakat nak cari bahan mengata retis astrok, bukak je yutiub kan ke gv buat live streaming kehkehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
visi tahun bila nk tercalon oscar tu? Filem yg kuar lately pun cm bodoh je, ada few la yg nmpk ok Butak, Keluarga Iskandar, Roh.. yg lain tu better jadikan telemovie je.. nk ajak org dtg tgk, byr memahal tup2 kualiti sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:07 AM | Show all posts
mbo perak mcm semua tutup je dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:06 AM | Show all posts
psg je android box..bleh tgk chanel tv seluruh dunia sampai muntah..free lagik
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pawagam memang kesian.. sunyi je aku nengok.. yg nampak org beli pop corn
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
GSC kat Megamall Kuantan dh tutup. Makin sendu la Megamall pasni..silap2 mati cm Kuantan Plaza...hhhmmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 18-10-2020 09:41 AM
Seriously, sejak ada Netflix, aku tak teringin nak masuk panggung tengok wayang dah..

Uols, i sejak ada netflix, jgn kata pawagam. Tv biasa apatah lg tv3, i mmg xbukak terus. Klau ttgk drama tv3 tu i rasa malu sgt!! Sbb teruk sgt kualiti compare series yg ada dkt netflix tu. xtau la mcm mana rakyat malaysia boleh hadap. Sama mcm utuber yg syazli ke apa tu. teruk sgt mentaliti org kita. Lawak terlampau bodoh pon boleh ada jutaan tontonan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo cinema bukak pun iols tgk citer hollywood jah.. kalo dkt tv pun iols x tgk citer melayu apetah lagi kalo dkt cinema mmg jauh skali la.. and yes thanks to netflix sbb mengisi kegersangan iols terhadap industri perfileman local yg mcm sampah.. gituuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:03 PM | Show all posts
Tumpg simpati kpd sesiapa yg bekerja lama kt pawagam sbgai smber pendptn depa.....xdak siapa sgka dunia dilanda wabak Covid-19 shingga menjejaskan sumbr pndptn depa.....moga Allah kurniakan rezeki kpd ssiapa yg dilanda situasi begini......

Buat msa skg nk komen psl target nk menang OSCAR tu mcm xperlu la dgn situasi skg....dan klu nk bri tumpuan dlm mghasilkan program2 kat platform digital utk jana pndptn bg industri hiburan....mampukah ltk program2 yg bagus dri segi kreativiti dlm ssuatu program, kualiti video, visual drama/filem stnding Netflix atau msih disajikan dgn program2 yg dah sllu tgk kt saluran tv biasa/ASTRO.....ttp kna kluar modal jgk utk itu ....tp ceq puji ada tv series yg bgus mcm The Bridge (and a few of it) dari Malaysia yg blh jual dan standing dgn tv series dr luar negara...depa ad menang award bru ni...CONGRATS!

Tu smua brgntng pd org2 yg pegang jawatan dan berkuasa dan juga karyawan2 kt FINAS tu sndiri....hrpny depa dptlah cri jln dlm nk bangunkan dan majukan industri hiburan Malaysia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-10-2020 12:46 PM
Uols, i sejak ada netflix, jgn kata pawagam. Tv biasa apatah lg tv3, i mmg xbukak terus. Klau ttgk ...

Btol u.
I dr dulu mmg x tgok tv drama sgt.
Sblom ade netflix ni lyn streaming series or tv show online je.

Nape la drama tv msia x wat siri penyiasatan ke. Lawyer drama ke..
X perlu nk cintan cintun anak datok megah holding bagai hahahah.

X berkembang lgsong.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 04:04 PM | Show all posts
rasanya sbb covid ni lagi teruk kesannye.nk kata psl andoid box netflix dh lama ada tp tk terkesan pun iols masih gi tengok wayang sbg aktiviti liburan.cuma lps covid langsung tk maduk
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 04:06 PM | Show all posts
mana2 bisness mmg affected pun skrg...lagi 2 tahun boleh naik lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Klakor la korang ni
Sembang semua tgk netflix tapi masuk bod gosip tempatan. Apooooo
Kalo dah x lyn drama or movie tmpatan baikle kome bkuntum kat bod retis luar negara tuh
Bagi aku plak mmg xde masa nak netflix bagai. Balik rumah pun dah ptg. Bukak tv3 utk berita jam 8 n layan slot pkl 7.
Sampah ke x sampah le drama nya ada ku kesah. Layan je la. Yg penting xserabut kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 18-10-2020 03:26 PM
Btol u.
I dr dulu mmg x tgok tv drama sgt.
Sblom ade netflix ni lyn streaming series or tv show ...

Btul uols. The problem is main theme cinta yg mmg xwujud. Klau series omputih medic theme, walaupon ada cinta, tp terselit drama patient salah ubat or slh diagnos, terselit dpt boss yg mcm taik. Ni jilaker drama melayu teruk sgt. I pelik masih ramai penonton. Tertgk episod last yg nazim othman n Emilia henderson tu cringe sgt. How i met ur mother pon main theme cinta jugak, tp boleh bertahan smpai 7 tahun. Cerita melayu smpai 7 bulan pon xmgkin i mampu tgk. Nak ada series mcm the big bang theory? MUSTAHIL.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 18-10-2020 04:14 PM
Klakor la korang ni
Sembang semua tgk netflix tapi masuk bod gosip tempatan. Apooooo
Kalo dah ...

Dah nama pon forum. Bila bg cadangan halau pulak. Iols pon x ada masa, tp lepas langgan netflix mcm ada pulak masa tu. u x langgan boleh la ckp mcm tu. try la tgk sebulan je nk tgk u ckp mcm ni lg ke x. Sbb apa org yg tgk netflix berkumtum dkt sini?? Sbb asalnya kami pon tgk je drama melayu. Tp bila lama2 jln cerita yg sama, jd muak jugak. N ada jugak tertengok drama sekian2.

Drama melayu ada je yg best tp xramai nk buat. Budak tebing bg iols best. Muka2 fresh, theme persahabtan. Paling i suka gol n gincu. Tema cinta, tp lebih pd sahabat. Vibes dia lain dari yg lain. Kenapa pengarah / penerbit xterbitkan drama bkualiti mgkin sbb ramai support mcm uols. Jenis xkisah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 06:15 PM | Show all posts
netflix kalau ada original netflix local production, astro boleh bungkus yach...
iols tengok GV, BS, Kampung people semua download dekat telegram sajork
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-10-2020 04:47 PM
Btul uols. The problem is main theme cinta yg mmg xwujud. Klau series omputih medic theme, walaupo ...

Kan.
Bkn xde kesah cinta langsong tp bkn tema utama cinta
Bkk la sket minda anak muda tgok cite yg bermanfaat.

Mmg x lah u nk samekn ngn series kt sane lol.

I th lah fund maybe kurang kan nk cite cm grey's anatomy ke. Tp still kite bole try ubah sket2.

Cukup la cite kawen paksa pastu lame2 suke
Cite jatuh cinta ngn maid.
X berkembang Langsong minda.
Pastu mcm cite nye berkisar kt cinta je.
Watak utama langsong xde interest lain lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 18-10-2020 04:14 PM
Klakor la korang ni
Sembang semua tgk netflix tapi masuk bod gosip tempatan. Apooooo
Kalo dah ...

Haiyokk.

Yelah u.
Tp cube lah try tgok cite lain jgk
Berkembang sket otak hehehehe

Ni pn forum u.
Semua org berhak nk bg pendapat memasing x gitu.
Mcm u suke tgok cite melayu malaya.
Ade yg x suke tgok cite melayu..

Ade je cite melayu yg bgos.
Tp x byk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list