Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
989
View
17
Reply

[Tempatan] Bukit Aman temui wang tunai RM2.5 juta dalam kondominium. Antara aktivitinya ialah Macau Scam !

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2020 06:56 AM | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
Bukit Aman temui wang tunai RM2.5 juta | Berita Harian
Oleh Safeek Affendy Razali - Oktober 18, 2020 @ 6:41am



KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah RM2.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras, di sini, malam tadi.

Wang tunai berkenaan yang dipercayai disimpan untuk proses pengubahan wang haram adalah hasil daripada kegiatan mempromosikan aktiviti pelacuran secara dalam talian di negara China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata terdahulu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu satu unit kediaman di sebuah kondominium di Bandar Hussein Onn, Kajang, sekitar jam 2 petang semalam.

"Hasil serbuan pertama itu, pihak polis menahan lapan warga China termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 28 tahun selain merampas dua komputer riba, 15 telefon bimbit dan dua kertas catatan jadual kerja harian.

"Siasatan awal mendapati kediaman berkenaan dijadikan sebagai 'calling centre' untuk mempromosikan aktiviti pelacuran untuk pelanggan di China," katanya malam tadi.

Beliau berkata sindiket yang turut bekerjasama dengan rakyat tempatan itu turut dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian atau Macau Scam.

"Susulan dari serbuan pertama itu, polis kemudian menyerbu sebuah kediaman di Jalan Desa Bukit Tiara, Taman Taynton View, Cheras dan menahan lapan lagi individu.

"Dalam serbuan ini pihak polis menemui wang tunai sebanyak RM2.5 juta yang disimpan dalam beberapa bagasi di beberapa bilik berasingan," katanya.

Huzir berkata pihaknya percaya wang berkenaan akan digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kalau wang tunai ini adalah dari hasil yang sah mereka pastinya menyimpannya di bank atau agensi kewangan yang sah, namun apabila mereka menyimpannya dalam rumah ini berkemungkinan wang dari aktiviti yang salah," katanya.

Dalam serbuan kedua itu pihak polis merampas tiga komputer riba, empat telefon bimbit serta sejumlah kecil pil dipercayai dadah.

Katanya, pihak polis juga mengesan adanya aktiviti pelaburan jenis mata wang krypto dalam komputer riba yang dirampas.

"Polis juga yakin sindiket ini menjadikan negara ini sebagai hub panggilan serta menjadikan dua rakyat Malaysia sebagai koordinator bagi menyediakan kelengkapan komputer, kediaman, untuk melancarkan aktiviti promosi pelacuran, penipuan serta judi dalam talian untuk sasaran mangsa di China," katanya.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-10-2020 07:18 AM | Show all posts
Banyak betul duit scammer nih....... Mungkin ada kebenarannya submissi peguam Najib, si Shafee Abdullah bahawa sebenernya scammer yang memasokan duit sebanyak RM42,000,000.00 ke dalam akaun Najib dan Najib sebenernya adalah mangsa scammer.......Prrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Rupa duit tu sama macam gambar peniaga2 kipas duit.
Akak selalu tertanya tanya, macam mana duit hasil berniaga boleh kemas tersusun gitu...rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 07:47 AM | Show all posts
simpan cash berlambak dalam rumah ni bukan je sebab buat aktiviti salah.

ada je bebudak kita kaya raya sebab e-gold, btc melambung. sebab trade kat luar.

then, cash out dgn local trader.

kalau buat wdraw ATM guna Visa/MC, teleg transfer, oberc cheque ofcoz akan lalu BNM.. ada limit transaction per day.

tak silap zaman2 aku dulu 100k je CTL ni.

sekarang tak silap 30k ke 50k je sehari limit.

lebih2 kena minta kebenaran BNM.

ni orang nak cashout juta2

then malas nak declared.. hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah nenek aku dlu simpan 28k bwh bantal je. Sapa pon x tau
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 18-10-2020 08:05 AM
Arwah nenek aku dlu simpan 28k bwh bantal je. Sapa pon x tau

Ko cemana tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:39 AM | Show all posts
Love Scam, Parcel Scam dan African Scam serta Phone Scam bila lagi nak dibanteras?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 18-10-2020 08:37 AM
Ko cemana tahu?

Masa kitorg nk kemas bilik tdo arwah la. Adik aku nk kebas2 bantal bantal. Bantal tu plak dilapis smpai dua. Berbungkus cantik je dlm kain batik. Duit tu mak ayah aku x ambik la. Diorg buat upah haji arwah dgn atok la. Yg lbh tu sedekah kt masjid
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:54 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 18-10-2020 08:50 AM
Masa kitorg nk kemas bilik tdo arwah la. Adik aku nk kebas2 bantal bantal. Bantal tu plak dilapis  ...

Alhamdulillah........
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
akaun keldai dah beku
Macau Scam pun dah ditangkap
yg jadi misteri ialah mana sindiket tu dpt maklumat mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:31 AM | Show all posts
R2D2 replied at 18-10-2020 09:27 AM
akaun keldai dah beku
Macau Scam pun dah ditangkap
yg jadi misteri ialah mana sindiket tu dpt makl ...

itu yg pelik...mak iols yg 70 pun dapat panggilan love scam.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2020 10:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Wei mintak seikat duit tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
namr replied at 18-10-2020 11:08 AM
Wei mintak seikat duit tuh

Lps tu bahagi2 laa eaa kt ahli forum..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:17 AM | Show all posts
sbb diorang susah nak cuci duit tu....teringat mcm kes di sabah...sampai bawah katil disimpan duit.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:25 AM | Show all posts
hasil sumber kerajaan dikala covid..masyukk
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 18-10-2020 10:35 AM

Wwooaaahhh... skang iols bayangkan 200k tu tak byk mana pun..  2.5 juta pun nampak sikit boleh masuk dlm beberapa luggage bag. 200k mesti masuk henbeg je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:34 AM | Show all posts
Wuiishh kalau aku tengok duit berkepok2 cam tu aku pun tergugat iman. Agak2 ada tak pihak berkuasa curi duit tu? pas tu declare lower amount.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list