|
Peningkatan kes Covid-19 kembali meresahkan rakyat Malaysia. Pelakon dan pengacara Ashraf Muslim menerusi Instagram sebelum ini memberi peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan tidak mengambil sambil lewa virus Covid-19.
 Kredit foto: IG Asharaf
"Covid tidak mengenal kita siapa. Anda kaya ke? Miskin ke? Datuk ke Tan Sri? Badan sado ke kurus kering? Makan supplement hari-hari atau tak makan? Covid ni belasah semua," pesannya di IG.
Dia bagaimanapun kesal apabila melihat orang ramai mengambil mudah hingga menyebabkan kenaikan mendadak kes positif Covid-19.
"Risau bila melihat segelintir kita ada yang mengambil secara lewa. Sebelum ini, angka semakin berkurangan dan ada yang mengambil kesempatan.
"Dulu masa awal-awal dulu orang nak sanitasi tangan setiap masa, nak jaga jarak, jarang keluar, tapi sekarang, apabila sudah lupa, sambil lewa, akibatnya sekarang kes naik mendadak,
"Rasa-rasanya gelombang kali ini besar dan terlalu cepat berbanding sebelum ini. Bagi saya, ianya sudah menjadi sesuatu yang bahaya sangat untuk mereka yang tak kena.
"Apabila jadi macam ini semua kelam-kabut. Sepatutnya dari peringkat awal sudah kena berjaga-jaga," katanya kepada mStar.
Ashraf sebelum ini dilihat sering memberi peringatan di media sosial kerana dia sudah merasa dan melalui sendiri peritnya selepas dijangkiti wabak itu.
"Saya dah pernah lalui dan rasa macam mana kepayahan dan tertekan. Cuma tidak sakit sehingga ditempatkan di ICU... itu yang saya bersyukur. Bagi saya, semua orang kena tunjuk contoh.
"Walaupun kita dah berjaga-jaga, tapi tetap kita tak tahu. Sebelum ini, di IG pun saya ada cakap, siapa yang balik dari Sabah sebelum 27 September perlu kuarantin, tapi ramai tak buat," ujarnya. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|