CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2815|Reply: 7

5 Tragedi Letupan Mega Paling Dasyat Dan Menggemparkan Dunia

  [Copy link]
Post time 12-10-2020 01:50 PM | Show all posts |Read mode




Bencana alam merupakan suatu kejadian yang sukar dan tidak dapat diramal dengan tepat oleh manusia walaupun memiliki segala kecanggihan teknologi.

Sebagai contohnya kejadian letupan mega secara tiba-tiba yang telah banyak mengorbankan ribuan nyawa dan juga harta benda.

Berikut merupakan antara letupan mega yang merupakan tragedi letupan paling dasyat di dunia:


1. Letusan Gunung Krakatau (1883)



Letusan gunung berapi terbesar dalam sejarah bumi, Gunung Krakatau di Indonesia pada 1883 menyebabkan dentuman teramat kuat boleh didengar sehingga 3,000 kilometer di Pulau Andaman dan Nikobar serta 5,000 kilometer di Papua New Guinea serta Australia Barat, diikuti bumi bertukar menjadi gelap.


Malah penduduk yang berada sejauh 7,000 kilometer di Pulau Rodrigues, Lautan Hindi, dekat Mauritius turut dikejutkan dengan bunyi terbabit.


Sumber : bisnis.com


Menerusi catatan saksi yang direkodkan, letupan gunung berapi itu boleh didengar satu pertiga penduduk seluruh dunia di lebih 50 lokasi.

Begitulah dahsyatnya gambaran letusan Gunung Krakatau pada 27 Ogos 1883 yang mengorbankan 36,000 orang.




2. Siberia (1908)


Sumber : Phys.org



Pada 30 Jun 1908, satu letupan kuat  udara di angkasa hutan terpencil di Siberia, dekat sungai Podkamennaya Tunguska.

Meteor bersaiz 50-100m, telah menghasilkan api marak dan meranapkan  2 ribu km persegi hutan di daerah itu, sekaligus membakar sekitar 80 juta pokok.


Sumber : siberiantimes.com


Bumi bergegar, jendela-jendela rumah di kawasan penduduk terdekat hingga lebih dari 60 km jauhnya juga turut pecah. Penduduk di sana turut merasakan bahang panas dari ledakan itu.


Ledakan itu kemudian disusuli bunyi-bunyi keras seperti batu yang jatuh dari langit. Seorang saksi mengatakan bahawa "langit terbelah menjadi dua, dan jauh di ketinggian di atas hutan, seluruh bahagian utara langit kelihatan diliputi api ..."


"Peristiwa Tunguska" ini masih merupakan letusan paling hebat dalam jenisnya yang tercatat dalam sejarah, melepaskan kuasa sekitar 185 kali lebih kuat dibandingkan dengan ledakan bom atom Hiroshima (ramai yang menganggap lebih kuat lagi). Gegaran gempa boleh dirasai hingga ke United Kingdom.



3. Bom Hiroshima dan Nagasaki (1945)


Sumber - nuclearauthority.weebly.com


Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.


Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan. Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.





Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.


Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945



Mangsa maut akibat peristiwa ini berjumlah 140 ribu orang di Hiroshima dan 70 ribu orang di Nagasaki. Pengeboman ini juga menghancurkan hampir seluruh bangunan penting di dua bandar tersebut.




4. Tragedi Letupan WTC 9/11 (2001)




Sembilan belas tahun lalu, hampir 3,000 terbunuh dalam kejadian 11 September 2001 yang mengubah politik dunia selepas 19 orang merampas empat pesawat penumpang Amerika Syarikat dengan dua merempuh bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC).


Pesawat ketiga, Penerbangan 77 American Airlines, merempuh Pentagon menyebabkan 184 terbunuh manakala pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, terhempas di sebuah padang di Shanksville, Pennsylvania, membunuh 40 orang.







Menurut Daily Mail, seramai 2,977 terbunuh di New York, Washington DC dan di Shanksville, Pennsylvania, dalam serangan yang didakwa Amerika dilakukan al Qaeda pimpinan Osama bin Laden.


Di WTC, Lower Manhattan, 2,753 terbunuh apabila pesawat Penerbangan 11 American Airlines Flight 11 dan Penerbangan 175 United Airlines merempuh menara utara dan selatan. Menara berkembar WTC runtuh 102 minit selepas serangan.


CNN melaporkan, mereka yang maut dalam serangan di WTC menyebabkan dua menara itu runtuh, 343 orang adalah anggota bomba New York, 23 anggota polis dan 37 kakitangan Pihak Berkuasa Pelabuhan. Mangsa berusia antara dua hingga 85 tahun dengan 80 peratus adalah lelaki.


Tragedi itu mengubah politik dunia apabila Amerika menyerang Afghanistan bagi menghapuskan al-Qaeda. Sehingga kini 14,000 tentera Amerika masih berada di negara itu dengan jumlah teramai 100,000 anggota pada 2010.


Banyak negara mengubah atau memperkukuh undang-undang anti-pengganas dan pandangan dunia terhadap Islam juga berubah dengan ramai dianggap pengganas mewujudkan Islamophobia.




5. Letupan Lebanon, Beirut (2020)


Sumber : buzzkini.com


Letupan dahsyat di Beirut umpama pengeboman nuklear Hiroshima dan Nagasaki Jepun, demikian gambaran Gabenor Beirut, Marwan Abboud menceritakan situasi bencana yang berlaku sambil menitiskan air mata.


Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh, manakala ribuan lagi cedera dalam letupan di sebuah gudang di pelabuhan Beirut, Lubnan. Dilaporkan, ramai mangsa terperangkap di bawah serpihan runtuhan bangunan, misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.


Hospital-hospital di bandar Lubnan dipenuhi dengan mangsa-mangsa yang cedera dan jumlah kematian dijangka meningkat


Sumber : HarianMetro


Letupan dikatakan berpunca daripada ammonium nitrat yang disimpan di gudang di kawasan pelabuhan. Letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.






Bila lihat senarai diatas, bolehlah kita kira berapa banyak letupan mega yang telah menyebabkan ribuan nyawa tidak berdosa terkorban dan harta benda musnah dilakukan oleh manusia sendiri berbanding "mother nature". Itu belum lagi melibatkan kemusnahan serta korban nyawa yang tidak berdosa akibat perang yang tercetus bertahun-tahun dikawasan bergolak. Oh manusia! - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Letupan Pompeii?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 03:26 PM | Show all posts

kat mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
[quote]RatuDunia94: Letupan Pompeii?[/quote
Kes puak LGBT kannn?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 12-10-2020 03:26 PM
kat mana pulak?

Italy .....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Letupan di Nanjing?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Input merapu
The first two....OK.... next 3 dah merapu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
So next year..letupan apa pulak bakal berlaku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.089856 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list