CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 3479|Reply: 30

[Dunia] Hanya di India. Lagi wanita kasta terendah dirogol beramai-ramai hingga mati

  [Copy link]
Post time 1-10-2020 11:04 PM | Show all posts |Read mode

NEW DELHI: Polis hari ini mengesahkan, seorang wanita kasta Dalit meninggal dunia selepas dirogol secara berkumpulan, beberapa hari selepas kes seorang remaja wanita dari kasta sama mati akibat diperkosa lelaki berkasta tinggi.


Anggota Pusat Perpaduan Sosialis India (SUCI) membawa sepanduk di Ahmedabadsebagai memprotes kematian wanita 19 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai di kampung Bool Garhi, Uttar Pradesh. - Foto AFP

Wanita 22 tahun itu diperkosa dua lelaki pada Selasa dan disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Perkara itu disahkan oleh pihak polis di Uttar Pradesh, utara India.

Serangan terbaru itu berlaku beberapa bulan selepas empat lelaki dihukum gantung kerana kesalahan memperkosa dan membunuh seorang pelajar pada 2012 dalam sebuah bas di New Delhi.

Polis berkata, kedua-dua lelaki itu telah ditangkap dan dituduh atas kesalahan rogol dan bunuh.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identiti semua tertuduh dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Rangkaian berita NDTV memetik ibu kepada mangsa memaklumkan anaknya itu dicampak keluar dari sebuah kereta di depan rumah mereka.

"Seorang pemandu membawanya pulang ke rumah.

"Anak saya tidak dapat berdiri dan bercakap," katanya.

Kejadian itu berlaku di daerah Balrampur Uttar, kira-kira 500 kilometer dari tempat gadis Dalit lain dirogol pada pertengahan September lalu oleh empat lelaki dari kasta tinggi.

Mangsa berusia 19 tahun itu ditinggalkan dalam keadaan cedera dan tubuhnya lumpuh. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia di hospital pada Selasa lalu.

Kira-kira 200 juta penduduk kasta Dalit berdepan penindasan serta penderaan sejak sekian lama, yang menurut aktivis, lebih ramai wanita menjadi mangsa sejak pandemik COVID-19 menular.

Mengikut data terbaru yang dikeluarkan pada Selasa lalu oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, dianggarkan 87 kes rogol dilaporkan setiap hari pada tahun lalu.

Bagaimanapun, dipercayai terdapat sejumlah besar kes yang tidak dilaporkan kepada pihak polis. Biro itu turut melaporkan, lebih daripada tujuh peratus peningkatan membabitkan jenayah terhadap wanita pada 2019 berbanding tahun sebelumnya. - AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamjad sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa macamtu. Unsur pembersihan etnik ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik betul lahh..kunun kasta rendah hina,jijik,keji hatta pinggan pun tak boleh kongsi,tapi poen ada selera pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni kalau marah kat dorang boleh sebut dalit instead of perkataan sensitif P tu ke tak

Atau macam kesian pulak kasta dalit asyik kena buli

Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 11:51 PM | Show all posts
bencinya..semoga mendapat hukuman yg setimpal..msk penjara ndak sempat tidur lah..jahat sejahatnya perangai diaorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasta je tinggi, eq rendah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
camna diorg boleh tau org sekian2 dari kasta apa eh... dh macam sesuka hati ja rogol irg pastu campak je depan rumah org tu. polis pun bodoh babi boleh xkesah sbb org tu kasta rendah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2020 09:14 AM | Show all posts
Dorg ni rakyat punyalah ramai, pegilah kawin sesama korang bodooo! Keje nak merogol je bukannya kaum wanita dah pupus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg bahaya bahagian utara... kat selatan ramai je pelakon kasta dalit aman2 je.. x silap byk kasta dalit tukar agama ke budha or kristian kalau x kena tindas.. ayoooo... bukan lahir2 boleh pilih pun nak kasta apa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:01 AM | Show all posts
Uttar ni kerap sungguh aku dengar kes2 rogol ni. Pekat sungguh diorang punya keganasan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:02 AM | Show all posts
Belibis replied at 1-10-2020 11:24 PM
Pelik betul lahh..kunun kasta rendah hina,jijik,keji hatta pinggan pun tak boleh kongsi,tapi poen ad ...

exactly.. .. setuju sangat
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasta tinggi ni like, ada termaktub dlm mana2 undang2 dia ka boleh buat org kasta rendah sesuka hati? Hrpnya dorg ni mati kena covid la, good riddance
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila lah belajar seni pertahanan diri ....stress Aku dgr kes mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:35 AM | Show all posts
Edited by maharani_gebu at 2-10-2020 10:37 AM

kasta aje tinggi tapi sifat lagi bawah dr tapak kaki... takyah nak berkasta2 sgt kalau diri lagi hina dari kasta rendah!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:36 AM | Show all posts
Edited by maharani_gebu at 2-10-2020 10:38 AM
misuke replied at 2-10-2020 08:57 AM
camna diorg boleh tau org sekian2 dari kasta apa eh... dh macam sesuka hati ja rogol irg pastu campa ...

ade signature tertentu kot... kalau dlm bangsa sikh, gelang yg diorang pakai tu menentukan kasta diorg... ni my ex officemate citer ar.. he's punjabi... kasta tinggi katnye... kat nama keturunan dia ade hujungnyer "gill" pastu dia ade pakai gelang silver
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2020 10:39 AM | Show all posts
kesiannya deols.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:40 AM | Show all posts
Belibis replied at 1-10-2020 11:24 PM
Pelik betul lahh..kunun kasta rendah hina,jijik,keji hatta pinggan pun tak boleh kongsi,tapi poen ad ...

kannn.... bab darjat kemain lg  nak jaga keturunan...tapi kalau mencelop tak kira plak bnda tu suma...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:40 AM | Show all posts
Kejamnya perbuatan dan penghinaan yang diberikan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga covid hapus separuh populasi india
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.093472 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list